Doubletree by Hilton Putrajaya Lakeside, Lokasi Ideal Untuk Beristirehat Hanya 40 Minit Dari KL

![|630x420](upload://9rAUGYdmQHu4cODkEfZCNqaffl6.jpeg)

Jenama hotel terkemuka Hilton baru-baru ini mengumumkan pembukaan DoubleTree Putrajaya Lakeside, yang mana merupakan DoubleTree by Hilton pertama di Putrajaya!

Lokasi strategik dengan jarak pemanduan sekitar 40 minit dari Kuala Lumpur melalui KL-Putrajaya Expressway dan 20 minit dari Lapangan Terbang Antarabanga (KLIA 1 & KLIA 2) menjadikan DoubleTree Putrajaya Lakeside sebagai lokasi sempurna untuk percutian bersama tersayang mahupun bagi urusan perniagaan. 

Dilengkapi 290 bilik dan dikelilingi pelbagai tarikan istimewa

Sedia menerima tetamu dengan 290 bilik yang dihias sempurna, DoubleTree Putrajaya Lakeside menyediakan 10 jenis kemudahan untuk memudahkan setiap urusan pelanggan mereka. Antaranya bilik non-smoking yang dilengkapi flat-screen TV berserta saluran HD, 24-hour room service dan Wi-fi untuk ahli Hilton Honors.

Bonus! Mereka juga menyediakan meja kerja di setiap bilik bagi memastikan keselesaan tetamu yang perlu berkerja terjamin.

![|630x351](upload://9G8j0QH6k2sxcVo2IVv6SgtJMvL.jpeg)

Perlukan masa untuk diri sendiri? Jom keluarkan sedikit peluh di fitness centre mereka yang lengkap dengan semua jenis alatan untuk bersenam. Anak-anak pula, biarkan mereka berendam sepuasnya di Splash Pool, mesti si kecil seronok bermain air!

![|630x802](upload://vTk4LmFukAJcrl6YlCAgs6VCBYj.jpeg)

DoubleTree Putrajaya Lakeside juga dikelilingi tarikan istimewa seperti Monumen Millennium, Masjid Putra, Moroccan Pavilion, Putrajaya Botanical Garden dan banyak lagi! Senang kata, ada macam-macam aktiviti yang korang boleh lakukan bila menginap di sini, tak ada lah boring terperap je dalam bilik tu.

Menawarkan beraneka jenis hidangan istimewa! Ia juga lokasi sempurna untuk setiap majlis

Selain daripada kemudahan, makanan pun penting okay! Sebab tu, DoubleTree Putrajaya Lakeside menyediakan pelbagai jenis juadah istimewa daripada masakan tempatan sehinggalah antarabangsa!

![|630x420](upload://va2YtzCjIRGM5a14vC31YbGOSWv.jpeg)

Kalau korang teringin makanan Malaysia silakan berkunjung ke Makan Kitchen yang menghidangkan pelbagai hidangan tempatan seperti masakan Melayu, Cina, India, Iban dan Peranakan.

Buat pecinta kopi, jangan lepaskan peluang untuk rasai sendiri kenikmatan kopi istimewa di The KOFFEE, di sini mereka juga menyajikan bermacam jenis pilihan pastries dan makanan ringan.

![|630x945](upload://f9kF2rxgPmEOXF8Jj1Fm9cH3WNn.jpeg)

DoubleTree Putrajaya Lakeside juga merupakan lokasi ideal untuk pelbagai jenis majlis dan keraian. Mereka mempunyai ruang majlis sehingga 3,773 kaki persegi dengan dewan terbesar sekitar 926 meter persegi.

Hotel ini juga memiliki 22 bilik mesyuarat dilengkapi LCD projector, Wi-Fi serta wired internet, video dan kemudahan untuk telepersidangan. 

![|630x369](upload://vXth580XitAckYK3KWrf5OFjueO.jpeg)

Kalau korang tengah mencari tempat untuk majlis perkahwinan impian korang, haa DoubleTree Putrajaya Lakeside lah jawapannya! Korang boleh pilih sama ada nak buat majlis secara indoor ataupun outdoor.

The pillarless Grand Ballroom mampu memuatkan sehingga 400 orang tetamu pada satu masa, ia juga boleh dibahagikan kepada dua buah ruangan kecil untuk majlis yang lebih intimate.

Atau pilih ruang terbuka Temenggor untuk pemandangan indah Tasik Putrajaya yang bakal membuatkan majlis korang lebih bermakna!

![|630x265](upload://wdwnGThOt6mKjH60RUIT3jG0k6z.jpeg)

CleanStay Program sebahagian daripada langkah khas menangani wabak COVID-19

Sebagai salah satu langkah bagi mengekang penularan wabak COVID-19, DoubleTree Putrajaya Lakeside mengambil bahagian dalam Hilton CleanStay Program bagi memastikan setiap tetamu mereka dapat menikmati penginapan yang selamat dan bersih sepanjang tinggal di hotel mereka.

Melalui program ini, setiap bilik akan dibersihkan secara menyeluruh dan dinyahkuman terlebih dahulu sebelum tetamu berikutnya check-in. Proses check-in juga kini djalankan secara contactless untuk keselamatan semua pihak. Kalau nak tahu dengan lebih lanjut tentang CleanStay Program, korang boleh klik DI SINI,

Istimewa sempena pembukaan DoubleTree Putrajaya Lakesideahli Hilton Honors bakal menikmati 1,000 bonus points untuk setiap tempahan penginapan selama lima malam di DoubleTree Putrajaya Lakeside, tempahan perlulah dibuat secara lansung di Hilton dari 1 June hingga 30 November 2021.

Korang bukan ahli Hilton Honors? Jangan risau boleh daftar DI SINI. Percuma je tau!

![|630x420](upload://9rAUGYdmQHu4cODkEfZCNqaffl6.jpeg)

DoubleTree Putrajaya terletak di No 2, Jalan P5/5, Presint 5, Putrajaya,  62200, Malaysia.

Jika korang ada pertanyaan atau nak buat tempahan penginapan, korang boleh hubungi DoubleTree Putrajaya Lakeside di +603 8890 0000 atau layari laman web rasmi mereka di Putrajayalakeside.DoubleTreebyHilton.com


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/doubletree-by-hilton-putrajaya-lakeside-lokasi-ideal-untuk-beristirehat-hanya-40-minit-dari-kl