Dituduh Curang Dengan Lelaki Lain, Isteri Bunuh Suami Guna Besi Pemegang Payung

![|650x371](upload://eShLigYAgTGvpHMgZLnlBjQeB7X.png)

Sekadar gambar hiasan

Di Batu Caves, Selangor seorang lelaki maut dipercayai ditikam dengan besi pemegang payung oleh isterinya yang dikatakan berlaku curang. Insiden tersebut berlaku dua hari lepas (19 Oktober) pada jam 11.30 malam di kediaman pasangan ini.

Tuduh isteri curang

![|650x393](upload://baaMJYk9O8ljyMnyIBeo8hFPIa2.png)

Foto: Harian Metro

Lapor Harian Metro, ketika kejadian berlaku pergaduhan antara mangsa berusia 45 tahun, bertindak menuduh suspek berusia 26 tahun, yang dipercayai menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain. Ujar Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed pihaknya menerima laporan pada 12.35 tengah malam daripada seorang wanita yang mendakwa jiran lelakinya telah membunuh diri.

Namun, hasil soal siasat mendapati lelaki berkenaan telah dibunuh bukannya membunuh diri.

Berlaku pertengkaran di dalam rumah itu apabila mangsa dikatakan terlebih dahulu mengambil sebilah gunting dan cuba menyerang suspek (isterinya). Suspek kemudian bertindak balas dengan mematahkan besi pada pemegang payung dan terus menikam perut mangsa.

Akibat tindakan itu, mangsa rebah dan terbaring di atas tilam dalam keadaan berlumuran darah dan terus meninggal dunia.

Suspek ditahan dan direman

![|650x365](upload://a2ULuBT6pAZSovW7OgPFBqqH37v.jpeg)

Sekadar gambar hiasan

Mengulas lebih lanjut, pihak polis turut menemui senjata yang telah digunakan suspek bagi menikam mangsa di bahagian belakang rumah tersebut.

Motif kejadian kerana cemburu dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Bedah siasat akan dijalankan esok di Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas laporan ujian Covid-19 diperoleh.

Kini, suspek telah ditahan dan direman selama seminggu bagi membantu siasatan.

Sekiranya terdapat maklumat tambahan dari orang awam bolehlah berhubung dengan Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan I Agilan di nombor 03-61262222 atau 019-5230801.

Sumber: Harian Metro


This is a companion discussion topic for the original entry at
https://ohbulan.com/dituduh-curang-dengan-lelaki-lain-isteri-bunuh-suami-guna-besi-pemegang-payung