Ditangkap Hisap Syabu, Nia Ramadhani Menangis Dijatuhi Hukuman Penjara Setahun

![|650x362](upload://jgGNlG9XFeSwCzeNKPIdjW4qYcK.png)

Sebelum ini, pelakon terkenal Indonesia iaitu Nia Ramadhani dan suami, Ardi Bakrie telah ditahan oleh polis atas kesalahan penggunaan dadah jenis syabu. Berikutan daripada itu, hakim mahkamah memutuskan pasangan pelakon bersama pemandu peribadi mereka untuk menjalani hukuman penjara selama satu tahun.

Artikel Berkaitan: Nia Ramadhani Ambil Dadah Sebab Sedih Ayah Meninggal Dunia, Hakim Persoalkan Kenapa Selepas Tujuh Tahun?

Artikel Berkaitan: Masih Dalam Pusat Pemulihan Dadah, Nia Ramadhani & Suami Bakal Dihadapkan Ke Mahkamah

Artikel Berkaitan: Menyesal Hisap Syabu, Nia Ramadhani Menangis Mohon Maaf, Sedih Setiap Kali Tengok Video Anak-Anak

Nia, suami dan pemandu dipenjara setahun

![|650x507](upload://yKx9YQdOee6T5irXfMYZEo5vrPw.png)

Memetik laporan Tribunnews, pelakon sinetron Bawang Merah Bawang Putih ini tidak dapat menahan sebak sehingga minitiskan air mata saat hukuman dibacakan oleh ketua hakim, Muhammad Damis. Kelihatan juga, Nia Ramadhani sempat pandang ke arah peguamnya, Wa Ode Nur Zainab dengan wajah yang agak terkilan dan sayu.

Meskipun Nia dan suami berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu selain melampirkan mengenai tanggungan keluarga tetapi pihak mahkamah menganggap hukumana penjara satu tahun itu adalah hukuman yang setimpal.

Hukuman yang patut dijatuhkan kepada para terdakwa adalah hukuman penjara kerana terdakwa Zen Vivanto, Nia Ramadhani dan Ardi Bakrie telah terbukti secara sah dan meyakinkan melakukan kesalahan. Ketiga-tiga mereka akan dihukum penjara selama setahun.

Suami cuba tenangkan Nia

![|650x537](upload://wBCSmWrpXSJbNPIcuvRWcbO4w2n.png)

Sebelum keluar dari mahkamah, Ardie Bakri mengusap perlahan bahu Nia untuk menenangkan isteri tercinta. Menerusi video yang dimuat naik di Youtube, kelihatan para wartawan dan pihak media sudah berkumpul di luar mahkamah sambil mengajukan soalan kepada Nia dan suami.

Tak dinafikan, desakan daripada pihak media secara tidak langsung membataskan pergerakan pasangan ini sehingga sesekali terlihat pelakon berusia 32 tahun mengesat air mata seakan tertekan dengan asakan tersebut.

Sementara itu, peguam yang mewakili Nia dan Ardi iaitu Wa Ode Nur Zainab berpendapat anak guamnya sepatutnya wajib melakukan rehabilitasi tetapi sayangnya hakim mempunyai pendapat yang berbeza. Meskipun begitu, Wa Ode Nur Zainab memaklumkan mereka menghormati segala keputusan mahkamah.

Video

Sumber: Tribunnews, Youtube


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/ditangkap-hisap-syabu-nia-ramadhani-menangis-dijatuhi-hukuman-penjara-setahun