Dakwa Suami Pernah ‘Kahwin’ Sebanyak 25 Kali, Selebriti Indonesia Minta Cerai Cemburu Suami Dikelilingi Ramai Wanita

![|650x469](upload://l27hUnOa6YVdzjIpycubHcEkZMQ.png)

Seorang selebriti Indonesia, Kalina Oktrani bersama suaminya Vicky Prasetyo telah mengesahkan penceraian mereka. Berita tersebut diketahui apabila Kalina sendiri mengaku bahawa dirinya single ketika dia sedang menghadiri satu majlis bersama rakan-rakan yang lain.

Cerai selepas setahun mendirikan rumah tangga

![|650x486](upload://orjFGTgwDdHehCUBxIYdD4W9KGX.png)

Meskipun, baru setahun mendirikan rumah tangga, namun perkahwinan itu merupakan perkahwinan ketiga bagi Kalina dan kali kelima buat Vicky. Lebih mengejutkan lagi apabila empat daripadanya telah didaftarkan di pejabat agama secara rasmi manakala satu lagi perkahwinannya itu adalah secara nikah siri.

Namun, ada dakwaan yang mengatakan bahawa suaminya itu pernah berkahwin lebih 24 kali dan sebanyak 21 kali pernikahannya itu tidak berdaftar. Walau bagaimanapun, khabar angin berkenaan adalah tidak benar sama sekali dan ia hanya gurauan semata-mata.

Ada kenal dalam sebulan, seminggu. Paling singkat kenal malam minggu tapi pagi isnin dah putus.

Difahamkan, Kalina dan Vicky baru setahun mendirikan rumah tangga dan Vicky menyatakan bahawa perkahwinannya itu merupakan paling lama. Isterinya itu dikatakan pernah mengalami keguguran ketika usia kandungannya mencecah tiga bulan.

Apabila ditanya mengenai punca penceraiannya, Vicky mengatakan bahawa isterinya itu kuat cemburu apabila dia dikelilingi dengan banyak perempuan ketika sedang bekerja.

Perkahwinan Vicky yang ke-25?

@orami_id Merupakan pernikahan Vicky yang ke-25! ? #vickyprasetyo #kalinaocktaranny #vickykalina #pernikahan #marriage #perceraian #divorce #foryou #fyp ? suara asli – Deddy

Sumber : Kompas, Orami Indonesia


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/dakwa-suami-pernah-kahwin-sebanyak-25-kali-selebriti-indonesia-minta-cerai-cemburu-suami-dikelilingi-ramai-wanita