Dah ‘Prepare’ Macam-Macam Untuk Tetamu, Sekali Tak Jadi Datang & Bagi Alasan Pergi Rumah Orang Lain

![|650x435](upload://gw2tLYitAMJVehOtvPys7dUWr97.png)

Sekadar gambar hiasan

Sudah menjadi ‘kelaziman’ buat tuan rumah untuk menyediakan juadah buat tetamu yang datang. Bahkan, persediaan yang rapi dibuat bagi meraikan kehadiran mereka.

Bagaimanapun, tindakan tetamu yang sesuka hati membatalkan hasrat untuk berkunjung setelah ‘berjanji’ secara tidak langsung membuatkan tuan rumah terasa.

Artikel Berkaitan: Tiga Kali Jiran Letak Paip Aircond Dekat Rumah Orang, Yang Pelik Bila Tanya Tak Mengaku

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Jiran Oh Jiran! Sampai 3 Rumah Dia Tumpang Sidai Baju…

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Wanita Geram Jiran Suka Sidai Baju Dekat Pagar Rumah, Buat Macam Pagar Sendiri!

Dah sedia macam-macam…

![|650x322](upload://wjkaRpFcNBSFxP9x30jaBL1BgNy.png)

 

![|650x225](upload://mM5qkGCn4Z9sCSypdnSMYX8LARh.png)

Seperti perkongsian seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Amarshafie tampil meluahkan rasa kesal dengan sikap tetamu ibu bapanya yang dipercayai membatalkan kunjungan. Apa yang lebih menyedihkan, ibu bapanya telah membuat persiapan rapi dengan menyediakan pelbagai juadah sebagai hidangan.

Namun, tetamu tersebut dikatakan membatalkan kunjungan tersebut dan memberikan alasan singgah ke rumah kawan yang lain tanpa memaklumkan terlebih dahulu kepada tuan rumah.

Terkilan dengan sikap tetamu

![|650x546](upload://h6Ky2KKk83LOahqbyXczI7xQyal.png)

Bukan itu sahaja, pengguna Twitter ini turut meluahkan rasa rasa terkilan dengan sikap tetamu tersebut yang tidak memaklumkan terlebih dahulu dan membuatkan ibu bapanya tertunggu-tunggu.

Menerusi ruangan balas, rata-rata netizen turut tidak berpuas hati dengan sikap tetamu tersebut yang disifatkan tidak menghormati tuan rumah.

Sumber: Amarshafie


This is a companion discussion topic for the original entry at
https://ohbulan.com/dah-prepare-macam-macam-untuk-tetamu-sekali-tak-jadi-datang-bagi-alasan-pergi-rumah-orang-lain