Cari Pembantu Melayu, Rupanya Ramai Nak Kerja Dengan Rebecca Nur Al-Islam – ‘3 Bulan Sekali Cuti’

![|650x531](upload://3mfCQOsgAMe5KZilZHG6JzHzDoN.png)

Pelakon Datin Rebecca Nur Al-Islam menerusi posting di Instagram memaklumkan bahawa dia membuka peluang pekerjaan kepada bangsa Melayu untuk menjadi pembantu serta mengasuh anak-anaknya.

Artikel berkaitan : Suami Rebecca Nur Al-Islam Sakit Pinggang, Terpaksa Jalan Pakai Tongkat – ‘Tak Tahu Nak Cakap Apa Punca’

Artikel berkaitan : [VIDEO] ‘2 Jam Kami Tunggu Tepi Jalan, Hospital Penuh’ – Rebecca Nur Islam Positif Covid-19, Suami Perlu Bekalan Oksigen Segera

Artikel berkaitan : ‘Keluarga Kami Diserang Penyakit Covid-19’ – Rebecca Nur Islam

Cari pembantu Melayu

![|650x475](upload://ag7y7M6PvLKZZN64ASrM1qbiXhh.png)

Datin Rebecca memaklumkan jenis pekerjaan dan jumlah gaji yang ditawarkan serta syarat-syarat yang menjadi keutamaannya untuk memilih pembantu yang boleh mengasuh anak-anaknya.

Mummybecca nak tanya, sesiapa yang berminat nak kerja sebagai pembantu untuk anak-anak Mummybecca di rumah?

Gaji atas RM1,000, 3 bulan sekali cuti, selepas 3 bulan naik gaji.

Dalam pada itu, Rebecca turut mengenakan syarat-syarat yang lain antaranya bangun sekitar 6.00 pagi dan menjaga solat serta mengemas rumah tetapi lebih kepada menjaga anak-anaknya.

Waktu bangun 6.00 pagi. Solat dan menjaga naak-anak serta mengemas rumah tetapi lebih kepada menjaga anak.

InsyaAllah kemana saya berjalan, saya sentiasa bawa anda juga.

Ujarnya lagi, kalau pekerja barunya itu menjaga anak-anak dengan baik, dia akan menjaganya dengan baik juga serta memberi extra bonus jika dapat orang yang pandai mengajar.

Extra bonus kalau dapat orang yang nijak mengajar adik-adik pun bagus.

Awak jaga anak-anak Mummybecca baik-baik, InsyaAllah Mummybecca jaga awak terbaik hehe.

Respon netizen

![|650x284](upload://pLEkBSxYDsjhMtvk8VCWPtiTHfm.png) ![|650x284](upload://7sc9BbkKEeuOoVF8w9F9rOjDBmq.png) ![|650x200](upload://VARv00wsbqtXiJnrxm3yh7PZSS.png) ![|650x213](upload://6XUU4Qz9WAlOm5EDAOnyV31sJ4c.png) ![|650x201](upload://c5Z5FF1xDdLaiJGbTrdtVSbM1ey.png)

Menjengah ke ruangan komen rata-rata warganet tertarik dengan tawaran kerja yang diberikan olehnya. Malah ada juga di antara mereka yang ingin bekerja dengannya, namun umur telah lebih daripada syarat yang ditetapkan.

Sumber : rebeccanuralislamahmad


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/cari-pembantu-melayu-rupanya-ramai-nak-kerja-dengan-rebecca-nur-al-islam-3-bulan-sekali-cuti