Caprice Dakwa Sharnaaz Buat ‘Silap Besar’ Sebab Cari Masalah Dengannya – ‘Oh Man Mamu, Big Mistake Brother’

![|650x419](upload://1puJi9Gq52T82drueoppNX9Gfdx.jpeg)

Sesi IG live pelakon terkenal iaitu Sharnaaz Ahmad dan rakan baiknya, Shukri Yahaya semalam menjadi bualan hangat di media sosial. Kebanyakan netizen mendakwa tindakan Sharnaaz memakai filter serban dan cara percakapannya seolah meniru gaya penyanyi Rap terkenal iaitu Caprice.

Artikel Berkaitan: Sharnaaz & Shukri Yahaya Perli Pakai Serban Dalam IG Live, Caprice ‘Sound’ Balik– ‘Dari Jauh Je Berani Sotong’

Artikel Berkaitan: Sharnaaz Ajak Caprice Bersemuka Isu Pakai Serban Di IG Live – ‘Mai Sini Kita Tengok Siapa Pula Yang Sotong’

Berikutan daripada isu itu, Caprice telah tampil memberi respon dan memberitahu orang ramai bahawa Sharnaaz hanya berani dari jauh sahaja selain menyifatkan pelakon itu seperti ‘sotong’.

‘Oh man mamu, big mistake brother’

![|650x777](upload://oGy3NBIL6xiDypQrBd4div1yTli.png)

Namun tidak lama selepas Caprice memberi respon, Sharnaaz sekali lagi tampil membalas dan mengajak penyanyi Rap itu untuk bersemuka. Tidak terhenti di situ, pelakon yang berusia 36 tahun itu turut menghantar lokasinya kepada Caprice menerusi pesanan di WhatsApp. Menerusi screenshot yang dimuat naik, Sharnaaz mendakwa Caprice sudah menyekat akaun media sosialnya.

Susulan daripada itu, Caprice memaklumkan bahawa Sharnaaz membuat kesilapan yang besar kerana mencari ‘masalah’ dengannya. Dakwa Caprice lagi, dia kini berada dalam tempoh kuarantin. Oleh hal demikian, dia seakan memerli Sharnaaz untuk menulis surat kepada KKM supaya memanjangkan lagi tempoh kuarantinnya.

Oh man mamu, big mistake brother. You want have a problem with Caprice. Dengar sini, pertama sekali, lebih baik hang tulis surat dekat KKM minta depa extend kuarantin saya.

Tapi kita bagi hang 3 4 jam lah untuk fikir secara waras sebab Ampang, Damansara, KL terlalu kecil, bro. Hang fikirlah secara waras, call you punya brother brother dulu. If you want to have this problem. I’ll see you when i see you, InsyaAllah.

Respon Caprice

Sumber: Caprice


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/caprice-dakwa-sharnaaz-buat-silap-besar-sebab-cari-masalah-dengannya-oh-man-mamu-big-mistake-brother