Buat ‘Content’ Mengenai Wanita Perampas, Intan Saleh Balas Teguran Netizen – ‘Siapa Yang Minta Maaf?’

![|650x516](upload://wC9s3eSOkN6ygGI7iD98Hr6MuJz.png)

Nama Intan Saleh mula mendapat perhatian netizen apabila kisah rumah tangganya bersama pemuzik, Ude Wahid diakhiri dengan penceraian. Baru-baru ini, Intan Saleh memuat naik satu video dengan mimik muka yang cukup menarik telah menjadi perhatian netizen.

Artikel berkaitan : [VIDEO] ‘Terima Kasih Layan Anak-Anak’ – Bekas Isteri Ude Dah Jumpa Calon Suami?

Artikel berkaitan : ‘Bukan Dendam, Tapi Cukuplah Apa Yang Saya Hadapi Dahulu’ – Intan Belum Sedia Maafkan Izreen

Artikel berkaitan : ‘Mana Mungkin Boleh Melupakan’ – Intan Liana

Sekadar content sahaja

![|650x536](upload://b8TxzPBpM5g9WJHgRMfg9BseTHq.png)

Menerusi video yang dimuat naik oleh Intan Saleh di TikTok, Intan dilihat membuat satu content yang diiringi suara yang berbunyi memerli golongan wanita yang merampas pasangan orang lain.

Kau cantik? Rampas hak orang tak? Rampas? Lemah!

Namun, terdapat individu yang memberi komen dengan mengatakan bahawa Intan seperti tidak move on lagi dengan kisah lama rumah tangganya itu.

Sudah-sudah lah. Kan kat Melodi dah minta maaf. Pergi buat benda-benda macam ni nampak sangat ujian rumah tangga dulu tu sebenarnya nak ajar kamu yang sama-sama lemah.

Walau bagaimanapun, pemilik nama Intan Liana Salleh memaklumkan bahawa dia hanya mengikuti content yang sedang menjadi trend sekarang di laman TikTok.

Hi sister, tak payah nak bitter sangat. Ini hanya content sahaja. kalau tak suka boleh scroll laju-laju okay?

Dekat Melodi dah minta maaf? Siapa yang minta maaf? Ujian rumah tangga tu ye memang tu semua ujian kita semua ada ujian tersendiri dan lain-lain ujian. Saya cuma nak berhibur sahaja.

‘Tak payah nak bitter sangat’

@intanroxssaleh##forfunonly? original sound – Nurhayatitahirr

@intanroxssalehReply to @missharummaneh? original sound – intanroxssaleh

Sumber : intanroxssaleh


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/buat-content-mengenai-wanita-perampas-intan-saleh-balas-teguran-netizen-siapa-yang-minta-maaf