Bersungguh Minta Fauzi Cerita Watak Perogol, Netizen Gesa Shuk Sahar Diboikot Dari Industri – ‘Artis Macam Kim Seon Ho Pun Dah ‘Cancelled’

![|650x400](upload://rWbd4dyoNZLuPF5txq4zDAKGIJ1.jpeg)

Nampaknya bukan setakat aktor Fauzi Nawawi kena kecam tetapi pelawak Shuk Sahar turut sama menjadi target netizen. Nama Shuk menjadi ‘trending’ di Twitter sejak tersebar video aib itu.

Artikel Berkaitan: Mohon Henti Sebar Video, Khir Rahman Persoal Kenapa Hanya ‘Part’ Fauzi Nawawi Tersebar – ‘Saya Tak Pasti Kalau Ada Pihak Yang Tidak Berpuas Hati’

Artikel Berkaitan: ‘Ini Kerja Bukan Suka Hati Nak Layan Nafsu’ – Sharifah Amani

Artikel Berkaitan: Paksa Gugur Kandungan, Kim Seon Ho Minta Maaf Dengan Bekas Kekasih

Ibarat mencurah minyak ke api

![|650x1179](upload://kPCQXS8o6Tt6BMC0TGyXPvvBVb5.png)

Shuk telah mengundang kemarahan warganet selepas dilihat teruja ingin mengetahui cerita Fauzi membawa watak perogol dalam filem Anak Halal bersama aktres Raja Farah.

‘Kalau boleh terangkan satu per satu, saya nak bayangkan,’ itu yang keluar dari mulut Shuk pada Fauzi ketika dalam satu temu bual.

Berulang kali terpalit dengan kontroversi curang dengan isteri, rata-rata bengang apabila Shuk masih mendapat tawaran menjadi hos.

Justeru, netizen mendesak agar pemilik nama Mohammad Shukri Mohamed Sahar diboikot daripada terus muncul di kaca televisyen. Malah, ada yang menjadikan isu pelakon Korea Selatan, Kim Seon Ho sebagai contoh apabila digugurkan daripada program realiti dan filem.

@sahierahhh: Cuba Malaysia punya industri take note, dah berapa kali Shuk tu buat masalah tetapi masih muncul di program televisyen. Boikot dia dari industri.

@soonhoonie17: Malaysia patut take note. Sekarang singkirkan Shuk dari dari setiap program yang akan datang. Kami tidak bertolak ansur dengan orang yang membuat jenaka mengenai rogol.

@syazwanyyzaty: Artis macam Kim Seon Ho pun dah cancelled dengan Korea netizen tau. Sekelip mata, major brand tarik jadi duta, produksi terus singkir. Sekiranya budaya membatalkan seperti ini wujud di Malaysia, tidak akan ada selebriti yang akan bertahan seperti Shuk, perniagaannya akan merosot!

Tutup komen Instagram

![|650x433](upload://pUzdIonKrJoxL77H7tGwdavmN8.jpeg)

Hasil pemerhatian OhBulan, pelakon filem Adnan Sempit 2 bertindak menutup ruangan komen di Instagram (IG) miliknya sejak kelmarin.

Bagaimanapun, akaun tersebut masih rancak mempromosikan perniagaan minuman yang diusahakan pengacara itu.

Sumber: Twitter, Instagram @shuk_sahar 


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/bersungguh-minta-fauzi-cerita-watak-perogol-netizen-gesa-shuk-sahar-diboikot-dari-industri-artis-macam-kim-seon-ho-pun-dah-cancelled