Alami Keracunan Makanan Teruk, Ruhainies Korban Cuti Demi Penggambaran – ‘Kena Kerja Juga Supaya Tak Menyusahkan Orang Lain’

![|650x400](upload://p0GNcU5VbbpAIuMgnsIXPpMawwr.jpeg)

Pelakon Ruhainies mengalami keracunan makanan pada minggu lalu dan terpaksa dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.

Artikel Berkaitan: ‘Saya Dengan Zul Memang Sangat Rapat’ – Ruhainies

Sakit perut & muntah

![|650x547](upload://8Ecl5FfuhxgosCZruTrDK8w4v9B.jpeg)

Menurut Ruhainies, 30, berkata dia terpaksa menanggung sakit perut, dada dan muntah-muntah yang teruk.

Hanya Tuhan yang tahu perasaan saya ketika ini. Mengalami keracunan makanan beberapa hari lepas, sebab itu saya agak pendiam kebelakangan ini.

Hari ini ja rasa betul-betul pulih dari muntah serta kejang perut dan dada. Tak ingat bila kali terakhir saya kena keracunan makanan teruk mcm ini.

Biarpun masih belum pulih, pemilik nama Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas tetap meneruskan tuntutan kerja kerana enggan menyusahkan pihak produksi.

Kena kerja sambil awak sakit tu seksa okay. Orang macam kami ini sijil cuti sakit (MC) tak ada value tau. Tak kisah apa pun yang terjadi, kena kerja juga supaya tak menyusahkan orang lain.

Terima kasih kepada produksi drama kerana sangat memahami, dorang bagi saya calltime lewat untuk keesokan hari shooting. Alhamdulillah, kini saya semakin sihat.

Pentingkan kesihatan dalam kehidupan

![|650x753](upload://yBeRiFsgsaUPbeQviNhbcxxDIRW.png)

Dalam pada itu, pelakon drama Cukup Derita Itu turut mengingatkan kepada semua untuk mengutamakan kesihatan diri bagi mengelakkan diri daripada jatuh sakit.

Pesanan anis, jaga diri, jaga kesihatan okey. Tidak kira seberapa keras anda bekerja, berapa banyak yang anda peroleh, kesihatan tu nombor satu supaya anda boleh mendapat lebih, dan memberi lebih.

Sumber: Instagram @ruhainies7


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/alami-keracunan-makanan-teruk-ruhainies-berkorban-cuti-demi-penggambaran-kena-kerja-juga-supaya-tak-menyusahkan-orang-lain