Hangat.com
TRENDING
No Result
View All Result
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
SUBSCRIBE
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
No Result
View All Result
Hangat.com
No Result
View All Result
Home Berita

Subsidi Baja dan Racun Padi Bukit Dilancar untuk Pesawah di Sabah & Sarawak

by Ayu Ieranatasya
November 24, 2025
in Berita, INSENTIF GOMEN
6
SHARES
Share on FacebookShare on Twitter

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) melancarkan Skim Subsidi Baja dan Racun Padi Bukit/Huma (SBRPB) bagi pembekalan 2025 untuk mengukuhkan penanaman padi bukit di luar kawasan jelapang.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, berkata sebanyak RM42 juta diperuntukkan untuk baja sebatian Padi 4 dan baja urea cecair, manakala RM11.4 juta lagi bagi racun rumpai cecair pada Program Libat Urus bersama-sama Peladang, Penternak dan Nelayan di Dewan Kampung Johan Jaya di Sook.

Mohamad Sabu - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu

Skim tersebut bermula pada musim penanaman Oktober dan dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 44,000 hektar tanaman padi bukit di Sabah dan Sarawak.

Pelaksanaan skim diselaraskan bersama Pertubuhan Peladang Kebangsaan NAFAS, yang mengurus pembekalan serta pengagihan baja dan racun kepada pesawah yang layak.

Mohamad Sabu berkata, kerajaan mahu penanaman padi bukit bergerak daripada skala sara diri kepada pengeluaran lebih komersial, sekaligus meningkatkan ekonomi komuniti luar bandar.

“Kementerian sedar di Sabah, penanaman padi bukit masih dilaksanakan secara tradisi turun-temurun. Justeru, dasar kementerian kini tidak hanya tertumpu di kawasan jelapang padi utama di Semenanjung, tetapi kita juga memperkasakan kawasan luar jelapang termasuk di seluruh Sabah,” katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa Keningau berpotensi menjadi hab utama padi bukit dan huma di Sabah kerana tanahnya yang subur.

Program turut disertai Jualan Agro MADANI dengan potongan harga sehingga 30 peratus.

Share2Tweet2Pin1

Related Posts

Berita

8,000 Kereta Tenggelam Banjir di Hat Yai

December 2, 2025
Berita

Dividen ASB 2025 Dijangka Kekal Stabil Antara 5.3–6.0 Sen

December 1, 2025
Berita

Serbuan Songsang Chow Kit: Guru Antara 201 Ditahan, i-Guru Desak KPM Bertindak Tegas

December 1, 2025
Berita

Wanita Hat Yai Terpaksa Simpan Jenazah Ibu Dalam Peti Sejuk Terapung Ketika Banjir Besar

November 27, 2025
Acara

Kementerian Pertahanan Perkasa Pendidikan Anak ATM Melalui Program e-Perkasa dan Sentuhan Elit

November 27, 2025
Berita

‘Saya Bukan Proksi!’ Wanita Nafi Terlibat, Tuduh Albert Tei Buat Fitnah Jahat Libatkan PM & Shamsul Iskandar

November 27, 2025
Next Post

Valve Steam Machine Bakal Dijual Setara PC Gaming, Bukan Harga Konsol

TRENDING

Siri Dramatik Safira (Bukan Nama Sebenar) Dirasmi Akan Datang

November 10, 2025

Apakah Perbezaan Antara STR Dan SARA?

October 21, 2025

Apakah Itu ‘Refresh Rate’ 120 Hz Pada Telefon Bimbit Dan Kegunaannya

November 30, 2023

Tabung Haji Buka Peluang Kedua! Rayuan Haji 2026 Kini Boleh Dimohon Mulai 3 November

October 28, 2025

Masih Ramai Tak Tahu Apa Itu IMEI, Ini Fungsinya & Cara Untuk Periksa Pada iPhone Anda!

May 24, 2023
Foto: Flickr

7 Telefon Bimbit Terawal Dan Tertua Yang Pernah Di bina

December 26, 2018
  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

© 2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Automotif
  • Contact
  • Demo Homepage
  • Example of Shortcodes
  • Full Screen Home
  • Full Screen Slider Home
  • Home
  • Home 1
  • Home 1
  • Home 2
  • Home 2
  • Infinite Scroll Home
  • No Sidebar Home
  • Sample Page
  • Simple Four
  • Simple One
  • Simple Three
  • Simple Two

© 2026 JNews - Premium WordPress news & magazine theme by Jegtheme.