Hangat.com
TRENDING
No Result
View All Result
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
SUBSCRIBE
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
No Result
View All Result
Hangat.com
No Result
View All Result
Home Games

Sony Perkenal Controller PS5 Edisi Terhad Genshin Impact

Pre-Order Dibuka 11 Disember

by Iffah Najwa
December 3, 2025
in Games, Gaming, PEEK DAILY
5
SHARES
Share on FacebookShare on Twitter

Sony kembali mencuri perhatian peminat permainan video apabila mengumumkan kolaborasi terbaharu bersama HoYoverse untuk menghasilkan Genshin Impact Limited Edition DualSense Wireless Controller.

Edisi istimewa ini hadir dengan rekaan eksklusif berinspirasikan Traveler iaitu Aether dan Lumine, sekali gus menjadikannya antara keluaran paling dinantikan hujung tahun ini.

Rekaan Eksklusif Bertema Traveler, Tampak Premium

Controller edisi terhad ini menampilkan gabungan warna pearl white dengan butang serta komponen accent biru dan emas. Estetiknya cukup halus, memaparkan anting-anting Aether pada bahagian kanan, bunga rambut Lumine pada sisi kiri, serta simbol bintang Traveler yang disulam pada permukaan Touchpad.

Kredit foto: Sony

Bahagian belakang pula dihiasi logo skrip khas bersama figura Paimon, menjadikan keseluruhan controller tampil sebagai item koleksi yang ‘clean’ dan memikat, sesuai untuk peminat yang menghargai butiran seni dalam permainan Genshin Impact.

Tarikh Pre-Order & Pelancaran Global

Pre-order untuk edisi khas ini bermula 11 Disember melalui PlayStation Direct serta beberapa kedai terpilih. Untuk pasaran Asia, termasuk Jepun, controller ini akan mula dilancarkan 21 Januari 2026, diikuti pelancaran global pada 25 Februari 2026 meliputi Amerika, Eropah, Afrika, Timur Tengah, Australia dan New Zealand.

Walau bagaimanapun, Sony menegaskan bahawa stok adalah sangat terhad. Jadi, peminat digalakkan membuat tempahan awal terutamanya bagi mereka di Malaysia yang dijangka mendapatkan edisi ini melalui pengedar sah ataupun retail terpilih yang membawa masuk produk PlayStation edisi eksklusif.

Fungsi Tetap Sama, Tetapi Nilai Koleksi Tinggi

Dari aspek fungsi, controller  ini mengekalkan ciri standard DualSense termasuk haptic feedback, adaptive triggers serta kemampuan multi-pairing sehingga empat peranti.

 

 

Kredit foto: Sony

 

Kredit foto: Sony

Dengan kemas kini firmware sebelum ini, pengguna juga boleh menukar sambungan dengan lebih pantas melalui kombinasi butang khusus.

Walaupun tidak membawa penambahbaikan teknikal, nilai eksklusifnya diperkuat dengan status limited edition, menjadikannya item rebutan terutama bagi pengumpul barangan PlayStation dan peminat tegar HoYoverse.

Beriringan Dengan Kemas Kini Versi 6.2

Pelancaran controller ini hadir seiring hype besar kemas kini Genshin Impact Version 6.2, yang memperkenalkan dua Archon Quest baharu serta watak baharu seperti Durin, selain kemunculan semula beberapa karakter popular.

Gabungan kandungan permainan yang segar dan aksesori premium ini jelas memberi lebih alasan kepada peminat untuk kembali terjun ke dunia Teyvat di hujung tahun.

Buat komuniti Genshin, ini sememangnya masa yang tepat untuk menambah koleksi dan untuk PS5, controller ini mungkin jadi yang paling aesthetic setakat ini.

Share2Tweet1Pin

Related Posts

PEEK DAILY

Kenapa Kelantan Selalu Banjir Hujung Tahun? Ini Puncanya!

December 2, 2025
PEEK DAILY

Budaya Songsang: Ancaman Fitrah, Moral & Masa Depan Masyarakat

December 2, 2025
PEEK DAILY

Baca Al-Quran Guna Telefon Tanpa Wuduk, Boleh Ke? Ini Penjelasan Sebenar

December 2, 2025
Games

GTA 6 Dijangka Meletup Di 2026 — Tetapi Adakah PS6 Lebih Awal Dari Yang Kita Sangka?

December 2, 2025
PEEK DAILY

(EKSKLUSIF) Dah Mula Kerja Terus Kena ‘Sponsor’ Keluarga?

December 2, 2025
Libur

ZEROBASEONE Sambung Aktiviti Kumpulan Selama Dua Bulan Lagi

December 1, 2025

TRENDING

Risiko Banjir Meningkat: Negeri Utara & Pantai Timur Terjejas Teruk

November 25, 2025

(EKSKLUSIF) Dah Mula Kerja Terus Kena ‘Sponsor’ Keluarga?

December 2, 2025

Siri Dramatik Safira (Bukan Nama Sebenar) Dirasmi Akan Datang

November 10, 2025

Serbuan Songsang Chow Kit: Guru Antara 201 Ditahan, i-Guru Desak KPM Bertindak Tegas

December 1, 2025

Wanita Hat Yai Terpaksa Simpan Jenazah Ibu Dalam Peti Sejuk Terapung Ketika Banjir Besar

November 27, 2025

Penjaga Parkir Warga Bangladesh Kutip Semua Saman DBKL, Netizen Terkejut!

November 27, 2025
  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

© 2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Automotif
  • Contact
  • Demo Homepage
  • Example of Shortcodes
  • Full Screen Home
  • Full Screen Slider Home
  • Home
  • Home 1
  • Home 1
  • Home 2
  • Home 2
  • Infinite Scroll Home
  • No Sidebar Home
  • Sample Page
  • Simple Four
  • Simple One
  • Simple Three
  • Simple Two

© 2025 JNews - Premium WordPress news & magazine theme by Jegtheme.