Hangat.com
TRENDING
No Result
View All Result
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
SUBSCRIBE
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
No Result
View All Result
Hangat.com
No Result
View All Result
Home FOMO

Siri Dramatik Safira (Bukan Nama Sebenar) Dirasmi Akan Datang

by Bunyamin Azuddin
November 10, 2025
in FOMO, PEEK DAILY
44
SHARES
Share on FacebookShare on Twitter

Apa itu Safira (Bukan Nama Sebenar)? Well, ia adalah satu siri dramatik yang dapat disaksi oleh semua pada 7 November 2025, (setiap Jumaat dan Sabtu) dua episod pada setiap minggu, jam 8:00 malam di platform iQIYI.

Pelanggan iQIYI dapat menikmati promosi 40% potongan harga Premium VIP hanya di aplikasi. Tawaran harga adalah RM107.90 daripada harga kebiasaan RM179.90.

Tawaran ini juga memberi akses awal ke episod akhir drama dan paparan 4K Ultra HD. Tetapi, peluang tawaran ini akan berakhir pada 13 November!

Kesemua ini diumum secara rasmi semasa sidang media dan sesi temu ramah bersama pelakon di Pavilion Damansara Heights pada 29 Oktober 2025. Sebelum tayangan ekslusif dan sesi Q&A, majlis ini dimulakan dengan persembahan OST Aisha Retno.

Perasmian ini juga ditaja oleh Safi Perfect White dan Mentos Yes to Fresh.

Pelakon Yang Terlibat Dan Watak Mereka Memainkan

Datin Elvina Mohd – Nilam/Safira Abdullah
Redza Rosli – Azam Bakri
Datuk Aaron Aziz – Dato’ Rahman
Sazzy Falak – Datin Laila
Malek Mccrone – Chester De Guerra
Haziq Dean – Syahid
Natasha Sass – Julia
Emelda Rosmila – Intan

Drama ini mengisahkan seorang gadis bernama Nilam yang mahu mengubah nasib hidup sebagai individu B40 dengan menyusup ke dunia atasan T20. Nilam menukar penampilan diri dan namanya kepada Safira untuk memasuki ke dunia tersebut. Tetapi pelbagai dugaan dalam kehidupannya dengan kehadiran beberapa lelaki yang bakal mengubah segalanya.

Pengarah Ejump Moh berkongsi pengalamannya:

“Sebenarnya pengalaman mengarahkan drama Safira ini adalah sesuatu yang amat saya hargai. Setiap pelakon ada warna dan tenaga mereka sendiri. Contohnya Elvina, dia jenis yang sangat fokus, dia mengkaji watak Safira dari sebesar-besar hinggalah sekecil-kecil emosi sebab watak Safira ni ada emosi yang pelbagai.

“Redza Rosli pula bawa tenaga yang segar, selalu bagi idea, dan dia cepat faham mood yang saya mahukan. Manakala Sazzy Falak, dengan pengalaman dia, banyak bantu saya dari segi emosi dan dinamik watak. Datuk Aaron Aziz pula, walaupun kita dah biasa tengok beliau dalam banyak watak besar, kali ni beliau tunjuk sisi yang lebih tenang tetapi mendalam.”

Kisah ini menggambarkan perjalanan transformasi seorang wanita muda dalam usahanya mencari cinta sejati, sambil menyingkap hakikat bahawa dunia elit meskipun tampak sempurna dan mempesona di mata umum, sebenarnya tidak seindah yang disangka.

Penerbit drama Safira (Bukan Nama Sebenar), Teo Jason berkata,

“Kekuatan drama Safira terletak pada mesej tentang ketabahan dan kekuatan wanita dalam menentukan jalan hidupnya sendiri. Ia bukan sekadar kisah emosi, tapi juga tentang keberanian seorang wanita untuk bangkit, membuat pilihan, dan berdiri atas prinsipnya walau berdepan tekanan dari sekeliling.

“Saya harap drama ini dapat diterima dengan baik oleh semua lapisan penonton, terutama generasi muda yang kini lebih terbuka terhadap jalan cerita yang jujur dan relevan.”

iQIYI International dimiliki oleh iQIYI, Inc, dan berpangkalan di Singapura.

Syarikat ini bertujuan menjadi perkhidmatan penstriman video di atas permintaan ramai dengan menawarkan pelbagai pilihan hiburan dari Asia kepada para penonton global.

Dengan penyokongan iklan dan langganan VIP penawaran ini, iQIYI International menyajikan drama-drama bersiri premium, tayangan filem, rancangan variasi dan anime.

Selain itu, sari kata dalam bahasa tempatan dikuasakan melalui teknologi terkini.

Syarikat ini juga menawarkan teknologi kepada perkhidmatan hiburan yang lain melalui perkongsian SaaS, dan juga boleh ditonton melalui pelbagai peranti menerusi laman web iQ.com dan juga aplikasinya.

Pengarah Urusan iQIYI Malaysia, Singapura, dan Indonesia Dinesh Ratnam menyatakan sebegini:

“Di iQIYI, kami percaya kepada pelaburan dalam ekosistem kandungan tempatan sesuatu yang telah menjadi komitmen kami sejak lima tahun yang lalu. Safira merupakan langkah seterusnya dalam perjalanan ini, sejajar dengan strategi kami untuk memperjuangkan kisah tempatan dan memupuk bakat kreatif di Malaysia. Sebagai sebuah platform global, aspirasi kami adalah untuk meningkatkan mutu penceritaan Malaysia dan membawa suara-suara unik tempatan ini kepada penonton di rantau ini dan di peringkat antarabangsa.”

Share18Tweet11Pin4

Related Posts

Games

Sony Perkenal Controller PS5 Edisi Terhad Genshin Impact

December 3, 2025
PEEK DAILY

Kenapa Kelantan Selalu Banjir Hujung Tahun? Ini Puncanya!

December 2, 2025
PEEK DAILY

Budaya Songsang: Ancaman Fitrah, Moral & Masa Depan Masyarakat

December 2, 2025
PEEK DAILY

Baca Al-Quran Guna Telefon Tanpa Wuduk, Boleh Ke? Ini Penjelasan Sebenar

December 2, 2025
Games

GTA 6 Dijangka Meletup Di 2026 — Tetapi Adakah PS6 Lebih Awal Dari Yang Kita Sangka?

December 2, 2025
PEEK DAILY

(EKSKLUSIF) Dah Mula Kerja Terus Kena ‘Sponsor’ Keluarga?

December 2, 2025
Next Post

Warframe Umum ‘The Devil’s Triad’, Side Story Penuh Unsur Gothic

TRENDING

Siri Dramatik Safira (Bukan Nama Sebenar) Dirasmi Akan Datang

November 10, 2025

Hampir 10 Kenderaan Rosak, Stesen PETRONAS BBN Nilai Ditutup Dakwaan Petrol Bercampur Air

November 19, 2025

Apakah Perbezaan Antara STR Dan SARA?

October 21, 2025

Kenapa Kelantan Selalu Banjir Hujung Tahun? Ini Puncanya!

December 2, 2025

Baca Al-Quran Guna Telefon Tanpa Wuduk, Boleh Ke? Ini Penjelasan Sebenar

December 2, 2025

Kerajaan Johor Hargai Media, Insentif RM1,000 Untuk Setiap Pengamal KMJ

November 17, 2025
  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

© 2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Automotif
  • Contact
  • Demo Homepage
  • Example of Shortcodes
  • Full Screen Home
  • Full Screen Slider Home
  • Home
  • Home 1
  • Home 1
  • Home 2
  • Home 2
  • Infinite Scroll Home
  • No Sidebar Home
  • Sample Page
  • Simple Four
  • Simple One
  • Simple Three
  • Simple Two

© 2025 JNews - Premium WordPress news & magazine theme by Jegtheme.