Hangat.com
TRENDING
No Result
View All Result
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
SUBSCRIBE
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
No Result
View All Result
Hangat.com
No Result
View All Result
Home Acara

Harga Bermula RM179,800, Sime Darby Motors Lancar BYD SEAL di Malaysia

by Phic Arman
February 22, 2024
in Acara, Gear
7
SHARES
Share on FacebookShare on Twitter

Sime Darby Motors dan BYD melakar detik bersejarah dalam sektor kenderaan elektrik (EV) Malaysia yang pesat berkembang dengan pelancaran rasmi BYD SEAL, model sedan elektrik sepenuhnya serba baharu lagi canggih dan majlis pelancaran yang diadakan di The Exchange TRX

Selain ciri-ciri serba maju ini, BYD SEAL dilengkapi e-Platform 3.0 yang menjanjikan kepintaran, kecekapan, keselamatan dan estetika yang serba sempurna. Sistem enjin pacuan kuasa elektrik 8 dalam 1 keluaran besar-besaran pertama dunia mengoptimumkan penggunaan ruang dan kecekapan tenaga, manakala sistem pam haba meningkatkan kecekapan haba dan mengurangkan kehilangan tenaga pada pelbagai julat suhu. BYD SEAL ialah model pertama untuk mengguna pakai seni bina pacuan roda belakang, melambangkan komitmennya untuk menjangkaui sempadan dan menetapkan piawaian baharu dalam kejuruteraan EV.

Ocean Aesthetics (Estetika Lautan): Direka Cipta Untuk Era Baharu

Di bawah kepimpinan berwawasan Ketua Pereka Global BYD, Wolfgang Egger, BYD SEAL membayangkan era baharu reka bentuk automotif berasaskan falsafah “Ocean Aesthetics” atau Estetika Lautan.

Model terbaharu yang berilhamkan konsep ‘X’ ini menggabungkan gaya dan prestasi dengan reka bentuk aerodinamik sebanding kereta coupe, lantas meningkatkan daya tarikan dan juga kecekapan. Ciri-ciri tersendiri seperti garis badan ombak, cermin titisan air, bumbung kaca panorama dan lampu belakang LED mencerminkan keanggunan semula jadi ombak dan gunung-ganang. BYD SEAL, dengan bahagian dalam luas serta ruang but 400L dan tambahan 50L lagi di bawah bonet, menyerlahkan penampilan dengan panjang 4800mm dan lebar 1875mm. Dalaman kereta berwarna Hitam Thaumas serta penukar gear kristal menambah sentuhan kemewahan, menghidupkan ciri Ocean Aesthetics yang sebenar.

Teknologi Pintar: Tahap Keterhubungan dan Keselesaan Serba Baharu

BYD SEAL menampilkan teknologi automotif moden yang mengagumkan, dengan skrin sentuh berputar 15.6-inci di tengah-tengah kabin, memberikan pemandu antara muka intuitif bagi petunjuk arah, hiburan dan penetapan kenderaan. Paparan ini disokong oleh sistem kokpit pintar BYD, yang lancar disepadukan dengan Aplikasi BYD, memberikan tahap keterhubungan dan kawalan lebih tinggi. Fungsi arahan pula memudahkan pemadu berinteraksi dengan sistem kenderaan, menambah lagi kemudahan pemanduan. Sistem bunyi premium HIFI Dynaudio yang disediakan mewujudkan pengalaman mendengar yang mengasyikkan, manakala sistem penapisan lanjutan PM2.5 menjamin persekitaran dalam kabin yang bersih dan sihat, demi kesihatan dan kesejahteraan penghuninya.

Keselamatan Berbilang Dimensi: Menetapkan Penanda Aras Baharu

Keselamatan dititikberatkan dalam reka bentuk BYD SEAL, yang telah diberikan penarafan lima Bintang oleh ANCAP selepas mematuhi kriteria ujian ketat 2023-25. Kombinasi teknologi Blade Battery dan binaan CTB bukan sahaja meningkat kestabilan kenderaan tetapi juga menambah baik profil keselamatannya. Struktur sandwic bateri BYD SEAL, laluan transmisi daya teroptimum, dan bateri bertaraf IP67 membuktikan komitmen BYD untuk membina sebuah EV yang mantap dan boleh dipercayai. Dengan ketegaran badan yang lebih kukuh dan ciri-ciri keselamatan pasif, termasuk sembilan beg udara, selain unsur keselamatan aktif seperti ADAS dan sistem kamera resolusi tinggi 360, BYD SEAL direka cipta untuk memberikan ketenangan fikiran dalam setiap perjalanan.

Kawalan Unggul Bagi Pemanduan Selesa dan Dinamik

BYD SEAL membawa pengendalian kenderaan dan keselesaan ke tahap lebih tinggi dengan suspensi depan palang siku berganda dan suspensi belakang berbagai pautan, memberikan kawalan jitu dan pemanduan lancar. Model Premium dan Prestasi AWD menambah baik pengalaman memandu dengan roda aloi 19-inci spesifikasi 235/45 R19 yang menawan. Dipilih khas untuk penampilan visual dan prestasi di atas jalan raya, BYD SEAL menjanjikan pengalaman memandu lebih menarik, yang memenuhi kehendak pemandu yang arif.

Sistem kawalan adaptasi tork pintar iTAC memastikan prestasi optimum dalam keadaan memandu yang berubah-ubah, manakala, agihan bebanan gandar depan dan belakang 50:50 menjamin pengalaman memandu yang seimbang dan responsif. Jejari pusingan minimum 5.7 meter memudahkan pergerakan dalam persekitaran bandar yang sempit, menyerlahkan sifat serba boleh BYD SEAL sebagai EV yang mesra kota.

Para peminat kereta berprestasi tinggi pasti teruja dengan keupayaan mengagumkan model ini. Dengan rintangan angin sangat rendah pada 0.219Cd, BYD SEAL menyediakan julat pemanduan NEDC luar biasa sehingga 650KM*, membolehkan perjalanan jarak jauh dengan hentian minimum untuk mengecas semula. Pecutan 0 hingga 100 km/j yang dicapai dalam masa hanya 3.8* saat membuktikan kuasa enjin, manakala keupayaan pengecasan pantas sehingga 150kW memastikan pemandu boleh mengecas semula dengan kadar segera dan kembali ke jalan raya.

Pakej BYD SEAL

BYD SEAL boleh didapati dalam versi Premium RWD dan Performance AWD, bermula daripada RM179,800 dan RM199,800. Pilihan warna yang disediakan termasuk Biru Artik (eksklusif untuk model Performance), Cosmos Black, Atlantis Grey, dan Aurora White (disediakan untuk Premium). 800 tempahan pertama akan menikmati pengecas wallbox percuma dan kredit cas Gentari atau ChargEV bernilai RM800 secara percuma. Tertakluk kepada terma dan syarat.

BYD dan Sime Darby Motors sukacita mengumumkan beberapa perkembangan terkini menarik bagi kenderaan elektrik BYD SEAL yang dinanti-nantikan. Memperkenalkan dua pakej servis menyeluruh: pakej Standard dan Plus. Tawaran khas ini dirangka untuk memberikan ketenangan minda pengguna dengan khidmat penjajaran, pengimbangan dan penggiliran tayar disertakan untuk kedua-dua pakej tersebut.

Mentakrifkan Semula Kecemerlangan Perkhidmatan Pelanggan

BYD terus komited untuk menyediakan pengalaman pelanggan yang luar biasa dengan menawarkan perkhidmatan terbaik menerusi rangkaian bilik pameran canggih dan pusat servis yang meluas di seluruh Malaysia. Dengan kemudahan yang terletak secara strategik di Lembah Klang, kawasan utara, Johor Bahru selatan dan Malaysia Timur, BYD memastikan tahap akses dan kemudahan tiada tandingan bagi para pelanggan. Menerusi lapan belas bilik pameran sehingga kini dan pengedar yang semakin berkembang di seluruh negara, BYD terus meluaskan kehadirannya untuk memastikan tahap perkhidmatan yang tinggi.

Untuk terus mengukuhkan lagi komitmennya, inisiatif digital yang dilaksanakan seperti aplikasi mudah alih BYD memudahkan pengguna mencari lokasi pusat servis dan diagnosis yang disediakan, memperlihatkan komitmennya terhadap perkhidmatan pelanggan yang cemerlang. Dengan rangkaian komprehensif, pakej servis peneraju industri, dan penyelesaian digital inovatif, BYD terus mengutamakan kepuasan pelanggan di setiap titik hubungan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://byd.simedarbymotors.my/ atau ikuti laman www.facebook.com/BYDCarsMalaysia atau www.instagram.com/bydcarsmalaysia/. Untuk pertanyaan, sila hubungi nombor Perkhidmatan Pelanggan di 1300-38-1888.

Share3Tweet2Pin1

Related Posts

Acara

Kementerian Pertahanan Perkasa Pendidikan Anak ATM Melalui Program e-Perkasa dan Sentuhan Elit

November 27, 2025
Acara

Sukan Dan Muzik: Acara Ini Lagi Ngam Menarik Pelancong Luar!

November 19, 2025
Acara

Scoot Buka Laluan Baharu Ke Kota Bharu: Peluang ‘Short Trip’ Ke Singapura Jadi Semakin Dekat!

October 27, 2025
Acara

AirAsia X Raikan 18 Tahun Dengan Tawaran Tiket Murah Ke Banyak Tempat Menarik!

October 28, 2025
Acara

KKM Melancarkan Bulan Kesihatan Mental Peringkat Kebangsaan 2025: Akses Kepada Perkhidmatan Dalam Krisis dan Bencana

October 13, 2025
Acara

“Cilik-Cilik Dah Celik”, Usaha Tabung Haji Didik Keluarga Muda Menabung Untuk Masa Depan

October 7, 2025
Next Post

Motorola Perkenalkan Telefon Bimbit Fleksibel di MWC 2024, Boleh Digulung Menjadi Gelang

TRENDING

Belanjawan Johor 2026: Rezeki Anak Johor, Pulang Kampung Kini Lebih Mudah

November 17, 2025

Risiko Banjir Meningkat: Negeri Utara & Pantai Timur Terjejas Teruk

November 25, 2025

Hampir 10 Kenderaan Rosak, Stesen PETRONAS BBN Nilai Ditutup Dakwaan Petrol Bercampur Air

November 19, 2025

Siri Dramatik Safira (Bukan Nama Sebenar) Dirasmi Akan Datang

November 10, 2025

Bantuan Wang Ihsan RM1,000 Disalurkan Kepada Semua Mangsa Banjir Berdaftar

November 26, 2025

Kelantan Berisiko Banjir- JPS Keluarkan Ramalan Awal Melibatkan 9 Jajahan Hingga 21 November

November 20, 2025
  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

© 2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Automotif
  • Contact
  • Demo Homepage
  • Example of Shortcodes
  • Full Screen Home
  • Full Screen Slider Home
  • Home
  • Home 1
  • Home 1
  • Home 2
  • Home 2
  • Infinite Scroll Home
  • No Sidebar Home
  • Sample Page
  • Simple Four
  • Simple One
  • Simple Three
  • Simple Two

© 2025 JNews - Premium WordPress news & magazine theme by Jegtheme.