Hangat.com
TRENDING
No Result
View All Result
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
SUBSCRIBE
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
No Result
View All Result
Hangat.com
No Result
View All Result
Home Berita

Sibu Kecoh! Pemandu Kenari Rempuh Kereta Motor, Dakwa Dikejar

by Farah Fatihah
October 7, 2025
in Berita
5
SHARES
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ni tular satu rakaman video di akaun infosibu memaparkan sebuah Perodua Kenari melanggar beberapa kenderaan, termasuk motosikal, di kawasan Jalan Ulu di Sibu.

Dalam video tersebut, Perodua Kenari tersebut dilihat meluncur dengan laju dan merempuh kenderaan yang berada di hadapannya menyebabkan suasana di lokasi kejadian menjadi kecoh dan panik.

Insiden itu menarik perhatian ramai netizen yang rata-rata terkejut dengan tindakan berbahaya pemandu terbabit. Ada yang mendakwa pemandu itu dikejar individu tidak dikenali.

Pemandu kereta Kenari berusia 25 tahun itu dilaporkan mendakwa dirinya dikejar seseorang dan bertindak melarikan diri kerana panik serta ketakutan.

Keadaan itu dipercayai menyebabkan pemandu berkenaan bertindak menekan pedal minyak dengan laju hingga hilang kawalan dan merempuh beberapa kenderaan lain di jalan berkenaan.

Meninjau ke ruangan komen, ramai netizen turut berkongsi pandangan dan rasa ingin tahu mengenai punca sebenar kejadian itu berlaku.

Ada yang bersimpati dengan pemandu tersebut, sementara yang lain menasihatkan pengguna jalan raya supaya sentiasa peka dan berhati-hati. .

Orang ramai yang berada di lokasi dilihat cuba membantu mangsa serta menenangkan keadaan selepas kejadian. Rakaman insiden itu pantas menjadi tular di platform TikTok, mendapat ribuan tontonan dan pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-rata terkejut dengan kejadian itu.

Netizen meluahkan rasa syukur  kerana tiada kecederaan serius dilaporkan. Walaupun tiada kehilangan nyawa, beberapa kenderaan dilaporkan mengalami kerosakan yang agak teruk akibat rempuhan tersebut.

Bagi Hangat.com, insiden seperti ini jadi peringatan kepada semua supaya sentiasa berwaspada ketika memandu. Kadang-kadang perkara kecil macam rasa cemas atau tergesa-gesa pun boleh jadi punca kejadian yang tak diingini. Lebih baik bertenang dan utamakan keselamatan diri serta orang lain.

Share2Tweet1Pin

Related Posts

Berita

8,000 Kereta Tenggelam Banjir di Hat Yai

December 2, 2025
Berita

Dividen ASB 2025 Dijangka Kekal Stabil Antara 5.3–6.0 Sen

December 1, 2025
Berita

Serbuan Songsang Chow Kit: Guru Antara 201 Ditahan, i-Guru Desak KPM Bertindak Tegas

December 1, 2025
Berita

Wanita Hat Yai Terpaksa Simpan Jenazah Ibu Dalam Peti Sejuk Terapung Ketika Banjir Besar

November 27, 2025
Berita

‘Saya Bukan Proksi!’ Wanita Nafi Terlibat, Tuduh Albert Tei Buat Fitnah Jahat Libatkan PM & Shamsul Iskandar

November 27, 2025
Berita

Bantuan Wang Ihsan RM1,000 Disalurkan Kepada Semua Mangsa Banjir Berdaftar

November 26, 2025
Next Post

250,000 Berarak Di Amsterdam! Rakyat Belanda ‘Bingkas Bangun’ Desak Hentikan Perang Gaza

TRENDING

Ramai Tak Tahu! Ini Kisah Sebenar Di Sebalik Wau Bulan Yang Jadi Ikon Malaysia

October 28, 2025

Lebih 53,000 Pasangan Islam Bercerai Dalam Tempoh Sembilan Bulan, JKSM Bongkar Lima Punca Utama

November 10, 2025

“Takut Tapi Nak Tahu? Ini Cara Betul Menonton Semua Filem Chucky Dari 1988 Hingga Kini”

October 30, 2025

Asal-Usul Tarian Ulik Mayang: Antara Mistik & Keindahan Seni

October 30, 2025

Nampak Sama, Tapi Tak Serupa! Ini Perbezaan Antara LRT dan MRT

October 29, 2025

Roti Putih vs Roti Gandum: Mana Sebenarnya Lebih Sihat Untuk Sarapan?

October 21, 2025
  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

© 2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Automotif
  • Contact
  • Demo Homepage
  • Example of Shortcodes
  • Full Screen Home
  • Full Screen Slider Home
  • Home
  • Home 1
  • Home 1
  • Home 2
  • Home 2
  • Infinite Scroll Home
  • No Sidebar Home
  • Sample Page
  • Simple Four
  • Simple One
  • Simple Three
  • Simple Two

© 2026 JNews - Premium WordPress news & magazine theme by Jegtheme.