Hangat.com
TRENDING
No Result
View All Result
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
SUBSCRIBE
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
No Result
View All Result
Hangat.com
No Result
View All Result
Home Berita

SHMPP Deepavali 2025: 9 Barang Dikawal Harga Mulai Khamis Ini

by Ayu Ieranatasya
October 14, 2025
in Berita, INSENTIF GOMEN
5
SHARES
Share on FacebookShare on Twitter

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan melaksanakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali 2025 bermula Khamis ini hingga 22 Oktober, melibatkan sembilan jenis barangan harga terkawal.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali menjelaskan bahawa pelaksanaan skim itu bertujuan memastikan kestabilan harga barangan keperluan pengguna sepanjang musim perayaan serta mengelakkan kenaikan harga tidak munasabah oleh peniaga.


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Antara barangan yang dikawal ialah daging kambing biri-biri bertulang import, tomato, cili merah, bawang merah kecil India, bawang merah kecil India jenis ROS, bawang merah besar import, kacang dal Australia, kelapa biji (peringkat borong) dan kelapa parut (peringkat runcit).
<br />Dalam pada itu, KPDN tahun ini akan menambah satu lagi barangan baharu iaitu bawang merah kecil India, menjadikan keseluruhan sembilan jenis barangan di bawah SHMMP Deepavali 2025. Semua barangan ini akan dilabel dengan tanda harga berwarna merah jambu bagi memudahkan pengguna membuat semakan harga. Maklumat lengkap juga boleh disemak di laman web rasmi KPDN.

Skim ini turut mengambil kira pandangan pemain industri bagi memastikan pelaksanaannya tidak menjejaskan operasi perniagaan. Peniaga tidak dibenarkan menjual melebihi harga maksimum yang ditetapkan, namun digalakkan menawarkan harga lebih rendah.

Kementerian turut bekerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bagi memastikan bekalan barangan mencukupi sepanjang musim perayaan.
<br />Tambah beliau, agenda reformasi subsidi bersasar yang diumumkan dalam Belanjawan 2026 adalah langkah bagi memastikan bantuan kerajaan disalurkan secara lebih tepat kepada golongan memerlukan.
<br />Pelaksanaan bantuan melalui MyKad bagi program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) turut menjadi antara inovasi di bawah Kerajaan MADANI bagi meningkatkan ketelusan dan keberkesanan agihan subsidi kepada rakyat.

Share2Tweet1Pin

Related Posts

Berita

8,000 Kereta Tenggelam Banjir di Hat Yai

December 2, 2025
Berita

Dividen ASB 2025 Dijangka Kekal Stabil Antara 5.3–6.0 Sen

December 1, 2025
Berita

Serbuan Songsang Chow Kit: Guru Antara 201 Ditahan, i-Guru Desak KPM Bertindak Tegas

December 1, 2025
Berita

Wanita Hat Yai Terpaksa Simpan Jenazah Ibu Dalam Peti Sejuk Terapung Ketika Banjir Besar

November 27, 2025
Acara

Kementerian Pertahanan Perkasa Pendidikan Anak ATM Melalui Program e-Perkasa dan Sentuhan Elit

November 27, 2025
Berita

‘Saya Bukan Proksi!’ Wanita Nafi Terlibat, Tuduh Albert Tei Buat Fitnah Jahat Libatkan PM & Shamsul Iskandar

November 27, 2025
Next Post

[RUMOR] Pokemon Gen 10 “Winds & Waves” Dikhabarkan Berlatar Asia Tenggara, Fokus Pada Tema Keluarga dan Alam Semula Jadi

TRENDING

Lebih 53,000 Pasangan Islam Bercerai Dalam Tempoh Sembilan Bulan, JKSM Bongkar Lima Punca Utama

November 10, 2025

Apakah Perbezaan Antara STR Dan SARA?

October 21, 2025

Ramai Tak Tahu! Ini Kisah Sebenar Di Sebalik Wau Bulan Yang Jadi Ikon Malaysia

October 28, 2025

Baca Al-Quran Guna Telefon Tanpa Wuduk, Boleh Ke? Ini Penjelasan Sebenar

December 2, 2025

Budaya Songsang: Ancaman Fitrah, Moral & Masa Depan Masyarakat

December 2, 2025
Foto: Techlicious

Ikuti 5 Cara Mudah Mengatasi Telefon Bimbit Mati

January 15, 2019
  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

© 2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Automotif
  • Contact
  • Demo Homepage
  • Example of Shortcodes
  • Full Screen Home
  • Full Screen Slider Home
  • Home
  • Home 1
  • Home 1
  • Home 2
  • Home 2
  • Infinite Scroll Home
  • No Sidebar Home
  • Sample Page
  • Simple Four
  • Simple One
  • Simple Three
  • Simple Two

© 2026 JNews - Premium WordPress news & magazine theme by Jegtheme.