Hangat.com
TRENDING
No Result
View All Result
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
SUBSCRIBE
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
No Result
View All Result
Hangat.com
No Result
View All Result
Home Games

Screamer Dedah Sistem ‘Echo’

by Iffah Najwa
November 10, 2025
in Games, PEEK DAILY
5
SHARES
Share on FacebookShare on Twitter

Milestone kongsikan pandangan mendalam tentang elemen teras dalam permainan lumba bergaya anime ini

Pembangun permainan video terkenal dari Itali, Milestone, kini kembali mencuri perhatian dengan pendedahan baharu mengenai judul perlumbaan terbaharu mereka, Screamer.

Pengarah Screamer, Federico Cardini, serta Pengarah Pembangunan dan Kreatif, Michele Caletti membincangkan secara mendalam tentang sistem Echo, iaitu nadi utama yang menggerakkan keseluruhan mekanik permainan di dalam video temu bual pembangunan kedua yang baru diterbitkan baru-baru ini.

 

Sistem Echo: Antara ‘Sync’ dan ‘Entropy’

Menurut Milestone, sistem Echo dibina atas dua komponen penting iaitu Sync dan Entropy.
Sync boleh dijana secara automatik atau melalui kawalan aktif pemain, terutamanya apabila mereka menukar gear pada masa yang tepat.

Sumber tenaga ini amat serba guna kerana ia boleh digunakan untuk meningkatkan kelajuan atau bertindak sebagai perisai untuk menangkis serangan lawan.

Menariknya, setiap kali Sync digunakan, ia akan menghasilkan Entropy, satu bentuk tenaga yang menjadi bahan bakar kepada dua fungsi serangan utama, iaitu Strike dan Overdrive.

Strike membolehkan pemain melancarkan serangan pantas untuk memusnahkan kenderaan lawan, manakala Overdrive menawarkan kelajuan ekstrem serta perlindungan sementara.

Namun, jika pemain terlanggar dinding ketika mod ini aktif, kenderaan akan meletup dan menjadikan strategi dan ketepatan masa amat penting untuk bertahan.

Strategi Dinamik Dalam Setiap Pusingan

Sync dan Entropy bukan sekadar hiasan mekanik semata-mata. Ia memacu seluruh pengalaman dalam bermain Screamer, menjadikan setiap perlumbaan lebih sengit dan tidak dapat dijangka.

Pemain perlu menyeimbangkan antara gaya pemanduan agresif dan taktikal bagi menentukan kemenangan.

Selain itu, perbezaan antara keupayaan watak dan cara setiap kenderaan dikendalikan turut menambah variasi cabaran di setiap pusingan. Sama ada bermain secara solo atau dalam mod multiplayer, kerjasama dan masa reaksi menjadi faktor utama untuk menguasai trek.

Gabungan Gaya Anime dan Aksi Perlumbaan Sengit

Screamer menampilkan visual bergaya anime yang digabungkan dengan aksi perlumbaan penuh adrenalin. Milestone menjanjikan pengalaman yang bukan sekadar menekankan kelajuan, tetapi juga emosi dan motivasi watak.

Bermula dengan keinginan untuk memenangi perlumbaan sehinggalah didorong dendam dan maruah. Screamer dijadualkan untuk dilancarkan pada tahun 2026 bagi platform PlayStation 5, Xbox Series X|S, dan PC.

Dengan sistem Echo yang inovatif dan pendekatan sinematik penuh gaya, permainan ini dijangka menjadi antara judul perlumbaan paling dinanti pada tahun hadapan.

Share2Tweet1Pin

Related Posts

Games

Sony Perkenal Controller PS5 Edisi Terhad Genshin Impact

December 3, 2025
PEEK DAILY

Kenapa Kelantan Selalu Banjir Hujung Tahun? Ini Puncanya!

December 2, 2025
PEEK DAILY

Budaya Songsang: Ancaman Fitrah, Moral & Masa Depan Masyarakat

December 2, 2025
PEEK DAILY

Baca Al-Quran Guna Telefon Tanpa Wuduk, Boleh Ke? Ini Penjelasan Sebenar

December 2, 2025
Games

GTA 6 Dijangka Meletup Di 2026 — Tetapi Adakah PS6 Lebih Awal Dari Yang Kita Sangka?

December 2, 2025
PEEK DAILY

(EKSKLUSIF) Dah Mula Kerja Terus Kena ‘Sponsor’ Keluarga?

December 2, 2025
Next Post

Lebih 53,000 Pasangan Islam Bercerai Dalam Tempoh Sembilan Bulan, JKSM Bongkar Lima Punca Utama

TRENDING

Siri Dramatik Safira (Bukan Nama Sebenar) Dirasmi Akan Datang

November 10, 2025

RVM Pintar 5 Dalam 1, Inovasi Hijau Selangor Galak Masyarakat Kitar Semula

October 8, 2025

Apakah Perbezaan Antara STR Dan SARA?

October 21, 2025
Foto: Flickr

7 Telefon Bimbit Terawal Dan Tertua Yang Pernah Di bina

December 26, 2018

Hidup Dalam Bilik 45 Kaki Persegi, Ada 7 Helai Baju, Doktor Ini Pilih Hidup Minimalis Demi Jiwa Tenang

November 4, 2025

Batik Malaysia vs Batik Indonesia: Nampak Sama Tapi Sebenarnya Banyak Beza!

October 29, 2025
  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

© 2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Automotif
  • Contact
  • Demo Homepage
  • Example of Shortcodes
  • Full Screen Home
  • Full Screen Slider Home
  • Home
  • Home 1
  • Home 1
  • Home 2
  • Home 2
  • Infinite Scroll Home
  • No Sidebar Home
  • Sample Page
  • Simple Four
  • Simple One
  • Simple Three
  • Simple Two

© 2026 JNews - Premium WordPress news & magazine theme by Jegtheme.