Secara ringkas yang boleh dikatakan adalah bahawa Sanae Takaichi menjadi perdana menteri wanita yang pertama di Jepun, di mana dia menggantikan Shigeru Ishiba yang meletakkan jawatan selepas hanya setahun memegang tampuk pemerintahan susulan kekalahan besar Parti Demokratik Liberal (PDL); lalu menyebakan kekosongan politik selama tiga bulan dan membuka jalan kepada kepimpinan baharu. Apabila pelantikan baharu dilakukan, Sanae Takaichi memperoleh 237 undi, empah lebih daripada majoriti yang diperlukan, lalu menewaskan Yoshiko Noda daripada Parti Demokratik Berperlembagaan Jepun yang meraih 149 undi.
Oleh itu, perlulah kita mengetahui latar belakang, ideologi politiknya, apa keertian kemenangannya, dan apa isu-isu yang perlu diatasi olehnya dan juga apa yang seterusnya dirancang olehnya. Di artikel ini akan memberi kesemua maklumat dengan seringkas mungkin.
Latar Belakangnya
- Dilahir di Prefektur Nara, Jepun, pada 7 Mac 1961 kepada bapanya yang bekerja dalam bidang automotif Toyota dan emaknya yang berkhidmat dalam Polis Prefektur Nara
- Untuk pendidikannya, dia belajar di Nara Prefectural Unebi High School dan sambung pengajiannya di Universiti Kobe. Namun begitu, beliau ingin memasuki Universiti Keio dan Waseda tetapi keluarganya tidak membenarkannya kerana dia seorang wanita; lalu terpaksa menaiki kereta api selama enam jam setiap hari belajar di Kobe
- Selepas itu, dia menyertai Matushita Institute, lalu diberi peluang sebagai kongresional fellow di Amerika Syarikat pada tahun 1987 dengan ahli kongres Demokratik Pat Schroeder; selepas pulang pada tahu 1989 dia bekerja sebagai penganalisis legislatif, serta penulis dan kemudian penyampai berita di TV Asahi
- Lalu masa dan pasa tahu 1993, kerjaya politik bermula apabila dia dipilih ke Dewan Perwakilan Jepun sebagai calon bebasl lalu menyertai beberapa parti sebelum akhirnya menyertai Parti Demokratik Liberal (PDL) pada tahu 1996
- Dia merupakan protegee bekas Perdana Menteri Shinzo Abe dan telah memegang beberapa jawatan penting dalam kabinet dia, termasuklah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan Komunikasi, serta Menteri Keselamatan Ekonomi di bawah Perdana Menteri Fumio Kishida
- Dikenali sebagi nasionalis tegas dan konservatif, dia menyokong untuk menggubal dasar ekonomi berasas “Abenomics” dan mempunyai pandangan ketat terhadap keselamatan negara, termasuk memberi penyokongan untuk pengubahansuaian Artikel 9 Perlembagaan Jepun yang mana ia bertujuan untuk menolak penggunaan kekerasan ketenteraan
- DIa juga menentang cadangan untuk membenarkan suami dan isteri menggunan nama keluarga berasingan selepas berkahwin dan juga menyatakan sokongan untuk polisi luar pro-Taiwan dan mengukuhkan pakatan keselamatan AS-Jepun
- Tetapi juga, sebelum dilantik secara rasmi, dia telah kalah dan menang dalam beberapa pemilihan kerusi Parlimen, bekerja dalam bidang akademik ekonimi di Universiti Kinki, dan juga mencipta kontroversi kerana menyarankan pihak berkuasa membatalkan lesen siaran televisyen yang dianggap memihak dengan bias politik kerajaan
Ideologi Politiknya
- Dia merupakan seorang konservatif sosial yang tegas dan mempunyai ideologi kanan yang kuat, lalu jolokan “Japan’s Iron Lady” diberi kepadanya
- Juga penyokong kuat bekas Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe dan terinspirasi oleh bekas Perdana Menteri British Margaret Thatcher
- Dari segi sosial, dia menentang perkara seperti perkahwinan sesama jenis dan juga mengambil sikap ketat terhadap dasar imigresen; juga berpendapat pewarisan takhta kekaisaran perlu didahulukan kepada lelaki
- Dari hal keselamatan negara pula, dia terkenal dari jolokan “China hawk” di mana dia penyokong untuk pengukuhan ketenteraan Jepun dan juga mempunyai pendekatan berhati-hati serta tegas terhadap isu di Selat Taiwan
- Dia juga terlibat dalam kontroveri kerana melawat “Yasukuni Shrine” yang dianggap tempat memuliakan masa perang Jepun, lalu dipandang negatif oleh negara-negara jiran
- Sleepas pengeluaran parti koalisi Komeito berhaluan sederhana dari kerajaan, dia berpakat dengan Parti Inovasi Jepun yang berideologi kanan
- Walaupun ideologinya konservatif dan kanan, tetapi dalam konteks Jepun, dikatakan dia menyokong beberapa program kesejahteraan sosial yang bersifat campur tangan kerajaan
- Sokongannya difokus ke isu kesihatan wanita dan kesuburan dan juga garis panduan peranan tradisional wanita sebagai ibu dan isteri
- Akhir sekali, mempunyai kecenderungan kepada pandangan revisionis sejarah mengenai peranan Jepun dalam Perang Dunia II yang menyebabkan ketegangan diplomatik Cina dan Korea Selatan
Erti Kemenangannya
- Akibat pelantikannya, ia mewakili perubahan subversif dan juga besar dalam politik Jepun—yang mana selamanya lelaki mendominasi sektor tersebut—dan membuka lembaran baharu untuk memimpin negara
- Ia juga menunjukkan keyakinan pelabur dan rakyatnya kepada pemimpin baharunya
- Selain itu, dia akan mengetuai kerajaan minoriti kerana PDL membentuk pakatan dengan Parti Novasi Jepun (JIP) yang berhaluan kanan
- Justeru mencerminkan sokongan terhadap ideologi konservatif tegas yang Takaichi menganjurkan
- Akhir sekali, diberi peluang kepada dia untuk membentuk kabinet lebih inklusif terutama dalam memperkasakan wanita dalam kerajaan
Apa Isu-Isu Yang Perlu Ditangani Olehnya
- Kos sara hidup yang meningkat dan juga inflasi yang melonjak selepas tempoh deflasi yang panjang lalu rakyat mengekpresi ketidakpuasan berkaitan harga barang keperluan harian
- Ekonomi Jepun yang perlahan yang perlu dihidupkan semula melalui penerusan “Abenomics”: pelonggaran monetari, pembelanjaan kerajaan yang besar, reformasi fiskal, dan pembangunan teknologi
- Isu demografi yang kritikal: kadar kelahiran menurun, tenaga kerja berkurang, dan populasi warga emas yang meningkat
- Krisis kepercayaan rakyat terhadap Parti Demokratik Liberal (PDL) selepas kehilangan majoriti Parlimen dan isu skandal dana politik pentadbiran terdahulu
- Dasar keselamatan negara menghadapi ancaman Cina, dan mengukuhkan hubungan ketenteraan dengan Amerika Syarikat
- Menstabilkan politik dalaman akibat pecahan gabungan tradisional PDL dan Komeito serta membentuk kerjasama dengan Parti Inovasi Jepun yang berhaluan kanan
- Mengurus hubungan diplomati sensitif dengan negara jiran
- Mengambil perhatian terhadap isu imigresen dan menangani penolakan terhadap imigresen besar-besaran
Rancangan Seterusnya
- Dia ingin membentuk kabinet baru dengan pelantikan tokoh utama termasuk beberapa anak didik Shinzo Abe: satsuki Katayama sebagai Menteri Kewangan
- Dia juga mahu mengusahakan perkukuhan ekonomi Jepun melalui reformasi fiskal, menyokong pelonggaran cukai terutama makanan, dan meneruskan dasar “Sanaenomics”
- Selain itu, dia memperkuatkan keselamatan negara dengan pendekatan tegas terhadap Cina dan mengukuhkan kerjasama Amerika Syarikat
- Justeru, dia ingin mengukuhkan kerjasama politik Parlimen melalui pakatan Parti Inovasi Jepun (JIP) walaupun mengetuai kerajaan minoriti
- Kemudian dia merancangkan rundingan dan pertemuan dua hala dengan rakan sejawat antarabangsa termasuk Malaysia
- Di samping itu, dia menggalakkan peranan wanita dalam kerajaan walaupun kabinet barunya hanya ada wanita dilantik sebagai menteri
Itu sahaja yang boleh dinyatakan, dari segi latar belakang, ideologinya, erti kemenangnannya, isu yang perlu diatasi olehnya, dan juga apa yang dia merancang seterusnya.
Ini adalah maklumat-maklumat lanjut jikalau menginginkannya: pertama, kedua, ketiga, keempat, kelima, keenam, dan ketujuh.