Jualan 11.11 atau lebih dikenali sebagai Singles’ Day Sale kembali lagi tahun ini dengan tawaran yang bukan calang-calang! Selain diskaun besar-besaran untuk barangan runcit dan gajet, rangkaian restoran serta jenama makanan minuman (F&B) terkenal di Malaysia turut sama menyertai kemeriahan dengan tawaran harga serendah RM1.10 dan pelbagai kombo menarik.
Berikut merupakan senarai promosi F&B yang boleh anda nikmati sempena jualan 11.11 tahun 2025 pastikan anda tidak lepaskan peluang menjamu selera dengan penjimatan hebat!
KyoChon

Peminat KyoChon pula berpeluang menikmati snek ayam kegemaran mereka dengan harga runtuh. Dapatkan 11 biji Salsal Balls pada harga RM11 sahaja. Promosi ini bermula dari 11 hingga 17 November 2025 dan sah untuk dine-in sahaja di cawangan terpilih (tidak sah di KLIA, Kota Bharu, dan Tanjung Pinang).
Sushiro
Berita baik buat penggemar sushi! Sushiro menawarkan menu Assorted Salmon pada harga promosi RM7.80 sahaja pada hari istimewa 11.11 ini. Promosi ini hanya berlangsung pada 11 November 2025 (SATU hari), jadi tandakan kalendar anda dan jangan lepaskan peluang.
🍝 Tony Roma’s
Tony Roma’s turut serta dalam kemeriahan 11.11 dengan menawarkan hidangan pasta y
ang lazat! Nikmati Pasta pada harga RM11.11 dengan setiap pembelian mana-mana hidangan utama (main course). Tawaran ini sah dari 10 hingga 12 November 2025 tetapi hanya tersedia di Tony Roma’s Pavilion Kuala Lumpur sahaja.
NY Steak Shack
NY Steak Shack memberikan penjimatan hebat untuk hidangan makan tengah hari anda. Nikmati Set Sizzling Crispy Chicken bersama Minty Lime Cooler hanya RM15.90! Promosi ini hanya sah pada 11 November 2025 sahaja.
Marrybrown

Rangkaian ayam goreng tempatan, Marrybrown, mengajak anda memuat turun aplikasi mereka. Dapatkan Menu RM11 yang eksklusif ini melalui MB App sepanjang tempoh 8 hingga 11 November 2025.
Mikhael Fried Chicken

Bagi peminat ayam goreng rangup, Mikhael Fried Chicken turut tidak ketinggalan meraikan sambutan jualan 11.11 dengan tawaran istimewa — tiga ketul ayam goreng hanya RM10! Promosi ini berlangsung pada 11 November 2025 dan dibahagikan kepada dua sesi iaitu 10 pagi hingga 3 petang serta 5 petang hingga 10 malam. Menariknya, tawaran ini hanya sah di dua cawangan terpilih — Presint 4 dan Presint 15, Putrajaya.
Teh Tarik Place

Teh Tarik Place meraikan 11.11 dengan hidangan klasik tempatan. Nikmati Nasi Lemak Ayam Berempah pada harga RM11.11 dengan setiap pembelian minuman. Tawaran ini sah pada 11 November 2025 di semua cawangan.
MyeongDong Topokki
Peminat makanan Korea pasti gembira dengan tawaran dari MyeongDong Topokki. Mereka menawarkan promosi Beli 1 Percuma 1 (MDT Pokki). Promosi ini berlangsung dari 9 hingga 11 November 2025 pada sesi masa terhad iaitu 11 pagi hingga 2 petang.
SugarBun
SugarBun tidak ketinggalan dengan promosi ayam goreng pedas. Dapatkan Set “Kano Pedas Broasted Chicken” pada harga RM9.90 sahaja. Tawaran ini sah dari 11 hingga 16 November 2025 di seluruh Semenanjung Malaysia.
Boat Noodle
Peminat Boat Noodle boleh menjamu selera dengan bajet paling rendah! Nikmati Mi Original hanya RM1.90 semangkuk pada 11 November 2025 sahaja.
FamilyMart
FamilyMart memudahkan anda menikmati snek segera dengan tawaran kombo menarik. Dapatkan Kombo RM11 untuk 2 bagel, 2 milkshake, atau 3 onigiri yang ditawarkan melalui My FamilyMart App. Promosi berlangsung dari 10 hingga 12 November 2025.
BananaBro
Jika anda mengidamkan pisang goreng, BananaBro ada tawaran istimewa pada bulan November. Dapatkan Set “Craving” pada harga RM11 sepanjang 1 hingga 30 November 2025, dari hari Isnin hingga Jumaat selepas jam 6 petang.
CoolBlog
CoolBlog memberi diskaun yang luar biasa dengan minuman serendah RM1.10. Nikmati Teh Tarik atau Passion Fruit 500ml pada harga RM1.10 sahaja. Tawaran ini berlangsung dari 30 Oktober hingga 16 November 2025 di cawangan terpilih.
Kenangan Coffee
Kenangan Coffee meraikan 11.11 sepanjang bulan November. Anda boleh menikmati minuman Pistachio pada harga RM11.11 setiap hari Isnin, sepanjang bulan November 2025.
J.CO Donuts & Coffee

Manjakan diri dengan minuman dingin dari J.CO. Sempena “Frappe Week”, anda boleh mendapatkan 2 Frappe pada harga RM20 dari 10 hingga 14 November 2025.
Taco Bell
Taco Bell tampil dengan promosi Beli 1 Percuma 1 untuk empat menu pilihan. Tawaran ini berlangsung dari 1 hingga 13 November 2025.
Gigi Coffee
Gigi Coffee juga tidak mahu ketinggalan dalam kempen 11.11 ini. Nikmati minuman anda dan dapatkan Cawan Kedua hanya pada harga RM1.10 sahaja. Promosi ini berlangsung dari 10 hingga 16 November 2025.
Emart24

Bagi yang mencari makanan mudah Korea, emart24 menawarkan Kombo Cupbap dan Minuman pada harga RM11. Promosi ini berlangsung dari 10 hingga 12 November 2025.
Semua maklumat lanjut dan sebarang kemas kini untuk setiap jenama boleh disemak di laman Facebook rasmi masing-masing. Selain jenama di atas, pastinya banyak lagi rangkaian F&B lain di Malaysia yang turut menawarkan promosi 11.11 yang menarik! Anda dinasihatkan untuk terus menyemak laman rasmi media sosial seperti Facebook atau Instagram jenama-jenama kegemaran anda untuk mendapatkan maklumat terkini dan tidak terlepas sebarang diskaun hebat.
