Menurut jemputan media daripada Razer yang di petik daripada Lowyat.Net, syarikat berkenaan akan melancarkan telefon bimbit Razer Phone 2 di Malaysia pada 15 Januari 2019 ini.

Meskipun tarikh pelancaran telefon berkenaan telah di keluar tetapi ia tidak bermakna telefon bimbit Razer Phone 2 ini akan keluar di pasaran Malaysia pada hari yang sama.

Razer Phone 2 ini di perkasa dengan penggunaan Qualcomm Snapdragon 845 beserta di lengkapi dengan 5.72 inci paparan skrin QHD IGZO 120Hz yang pad. Di samping itu, Razer Phone 2 ini di reka dengan 8GB RAM dengan jumlah kapasiti simpanan dalaman sebanyak 64GB.

Menariknya kamera di bahagian belakang telefon bimbit ini di datangi dengan 12MP f/1.75 bagi kamera wide-angle dan 12MP f/2.6 untuk kamera telefoto. Manakala bagi kamera hadapan telefon bimbit di lengkapi dengan 8MP f/2.0 kamera.

Tambahan lagi, speaker telefon Razer Phone 2 ini di sokong oleh perisian Dolby Atmos! Dan bateri sebanyak 4000 mAh beserta sokongan Qualcomm QuickCharge 4.0+ menguatkan lagi kehebatan telefon bimbit pintar oleh Razer ini.

Untuk makluman, harga Razer Phone 2 yang di jual di Amerika Syarikat adalah USD$ 799.99 atau RM 3277 wang Malaysia. Sememangnya harga yang hebat untuk telefon bimbit hebat ini. Agak-agak berapa pula harga telefon ini jika memasuki pasaran Malaysia, mungkin lebih kurang sama dengan harga di Amerika Syarikat.
Nantikan kemunculan Razer Phone 2 di Malaysia!
Emas untuk Kelantan, Penduduk Harap Lesen Mendulang Hanya untuk Anak Jati
Rakyat Kelantan Kini Boleh Dulang Emas, Lesen Akan Dikeluarkan Oleh Kerajaan Negeri
Penduduk Israel Hidup Dalam Ketakutan, Rumah Diserang Ular Setiap Hari Di Tiberias
Caj RM10 Perlindungan Scam, Tindakan Telco Disifatkan Tidak Wajar
Aktiviti Riadah Yang Dasyat: ‘Rock Climbing’ Dan ‘Wall Climbing’
Cara Lain Untuk Lebih Bertenaga Tanpa Peminuman Kafein
AIFFA 2025 Angkat Bakat Muda dan Semangat Baharu Sinema ASEAN
Isu Kebuluran Yang Semakin Merosot Di Luar Negara