Hangat.com
TRENDING
No Result
View All Result
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
SUBSCRIBE
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
No Result
View All Result
Hangat.com
No Result
View All Result
Home PEEK DAILY

Ramai Masih Keliru Tentang Nikah & Cerai Sah, Ini Fakta Penting Yang Perlu Kita Tahu!

by Ayu Ieranatasya
October 27, 2025
in PEEK DAILY, Trivia
6
SHARES
Share on FacebookShare on Twitter

Isu perkahwinan dan perceraian sering menjadi bualan hangat, lebih-lebih lagi bila melibatkan nama-nama besar dunia hiburan. Tapi di sebalik semua cerita sensasi, ada sesuatu yang jauh lebih penting iaitu perlu benar-benar faham apa yang menjadikan nikah itu sah dan bagaimana perceraian dilakukan mengikut syarak.

Sebagai umat Islam, hal ini bukan sekadar soal cinta atau emosi. Ia melibatkan akad suci, hukum Allah dan maruah rumah tangga. Jadi, sebelum kita terlalu cepat menghakimi atau percaya pada apa yang tular, jom semak dulu fakta sebenar tentang nikah dan cerai dalam Islam.

5 Tips Lancar Mengucapkan Ijab Kabul | Oriethewedding.com

Nikah Sah Bukan Sekadar Lafaz, Tapi Ada Rukun Wajib Dipenuhi

Ramai yang fikir “asal ada akad, sah la nikah.” Tapi sebenarnya, perkahwinan hanya sah bila cukup rukun dan syaratnya.
Antara perkara wajib ialah:

  • Persetujuan kedua-dua pihak (pengantin lelaki & perempuan)
  • Wali yang sah untuk pengantin perempuan
  • Dua orang saksi yang adil
  • Lafaz ijab dan kabul yang jelas dan difahami

Kalau tiada wali, atau akad dibuat tanpa saksi, nikah itu tidak sah menurut hukum Islam.

Selain itu, tarikh dan waktu akad juga kena tepat dan jelas. Kadang-kadang, beza antara tarikh akad sebenar dan tarikh dalam sijil boleh timbulkan kekeliruan tapi jangan risau, pegawai agama dan mahkamah akan nilai berdasarkan bukti yang sah.

Dan paling penting, kedua-dua pasangan mesti beragama Islam semasa akad. Kalau salah seorang keluar Islam sebelum malam pertama, akad itu terbatal. Tapi kalau kembali kepada Islam dalam tempoh iddah, perkahwinan itu masih dikira sah.

Cara Cerai Paling Cepat di Malaysia: Panduan Lengkap

Perceraian Dalam Islam Bukan Perkara Main-Main

Islam memang benarkan perceraian, tapi ia pilihan terakhir selepas semua usaha damai gagal.
Lafaz talak bukan boleh dibuat dalam marah atau gurauan. Ia mesti dilakukan dengan niat yang jelas, dan perlu disahkan oleh Mahkamah Syariah.

Jenis-jenis perceraian yang diiktiraf termasuk:

  • Talak oleh suami bila suami lafazkan cerai dengan niat dan mengikut hukum syarak.
  • Fasakh – cerai yang diputuskan oleh mahkamah kerana sebab seperti penderaan, gagal nafkah, atau isteri dizalimi.
  • Tebus talak (khulu‘) – bila isteri menebus diri dengan bayaran yang dipersetujui suami.

Setiap bentuk perceraian ada prosedur dan hikmahnya. Sebab itu penting untuk rujuk pihak berautoriti, bukan media sosial atau cerita dari mulut ke mulut.

Nikah Dengan Niat Cerai, Sah Ke Tak Sah?

Menurut kebanyakan ulama, nikah masih sah selagi tidak bertentangan dengan prinsip perkahwinan Islam, dan niat cerai itu hanya dalam hati. Tapi kalau akad itu dilakukan dengan niat sementara seperti nikah mut‘ah, maka ia tidak sah menurut jumhur ulama.

Dalam zaman media sosial yang serba cepat, kita mudah terpengaruh dengan kisah rumah tangga orang lain. Tapi sebagai umat Islam, lebih baik kita ambil iktibar daripada isu yang tular dan jadikan ia peluang untuk tambah ilmu tentang hukum nikah dan cerai. Perkahwinan itu amanah selain satu ibadah.

Untuk yang masih keliru tentang hukum dan prosedur nikah atau cerai, boleh rujuk pautan rasmi di bawah:

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Portal e-Syariah – Sistem Nikah, Cerai & Rujuk
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

Share2Tweet2Pin1

Related Posts

Games

Sony Perkenal Controller PS5 Edisi Terhad Genshin Impact

December 3, 2025
PEEK DAILY

Kenapa Kelantan Selalu Banjir Hujung Tahun? Ini Puncanya!

December 2, 2025
PEEK DAILY

Budaya Songsang: Ancaman Fitrah, Moral & Masa Depan Masyarakat

December 2, 2025
PEEK DAILY

Baca Al-Quran Guna Telefon Tanpa Wuduk, Boleh Ke? Ini Penjelasan Sebenar

December 2, 2025
Games

GTA 6 Dijangka Meletup Di 2026 — Tetapi Adakah PS6 Lebih Awal Dari Yang Kita Sangka?

December 2, 2025
PEEK DAILY

(EKSKLUSIF) Dah Mula Kerja Terus Kena ‘Sponsor’ Keluarga?

December 2, 2025
Next Post

Kabus Tebal, Jeritan & Misteri! Halloween Haunted Highlands Kembali ‘Hantui’ Genting Highlands

TRENDING

Siri Dramatik Safira (Bukan Nama Sebenar) Dirasmi Akan Datang

November 10, 2025

Apakah Perbezaan Antara STR Dan SARA?

October 21, 2025

Apakah Itu ‘Refresh Rate’ 120 Hz Pada Telefon Bimbit Dan Kegunaannya

November 30, 2023

Tabung Haji Buka Peluang Kedua! Rayuan Haji 2026 Kini Boleh Dimohon Mulai 3 November

October 28, 2025

Masih Ramai Tak Tahu Apa Itu IMEI, Ini Fungsinya & Cara Untuk Periksa Pada iPhone Anda!

May 24, 2023
Foto: Flickr

7 Telefon Bimbit Terawal Dan Tertua Yang Pernah Di bina

December 26, 2018
  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

© 2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Automotif
  • Contact
  • Demo Homepage
  • Example of Shortcodes
  • Full Screen Home
  • Full Screen Slider Home
  • Home
  • Home 1
  • Home 1
  • Home 2
  • Home 2
  • Infinite Scroll Home
  • No Sidebar Home
  • Sample Page
  • Simple Four
  • Simple One
  • Simple Three
  • Simple Two

© 2026 JNews - Premium WordPress news & magazine theme by Jegtheme.