Hangat.com
TRENDING
No Result
View All Result
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
SUBSCRIBE
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
No Result
View All Result
Hangat.com
No Result
View All Result
Home Life

Rahsia Wanita Berhijab Nampak Anggun Walaupun Gaya Simple

by Farah Fatihah
November 11, 2025
in Life, PEEK DAILY, Trivia, Wear
5
SHARES
Share on FacebookShare on Twitter

Sumber: Facebook

Bagi wanita berhijab, memilih tudung yang sesuai boleh menjadi dilema terutama apabila koleksi tudung sudah memenuhi satu almari tapi tetap rasa “tak ada tudung nak pakai”!

Tak kira sama ada untuk ke pejabat, majlis istimewa, atau sekadar keluar lepak, penggayaan tudung yang betul boleh menaikkan keyakinan diri dan melengkapkan keseluruhan gaya.

Pilih Fabrik Yang Selesa & Sesuai Dengan Cuaca

Tak dinafikan, jenis fabrik memainkan peranan penting dalam keselesaan seharian. Untuk cuaca panas Malaysia, elakkan fabrik tebal yang mudah buat kepala berpeluh.

Sebaliknya, pilihlah kain seperti cotton, chiffon, viscose atau bawal ringan, lembut, mudah dibentuk dan tak panas!

Kalau kalian nak gaya lebih elegan untuk majlis rasmi, tudung satin silk pun boleh jadi pilihan tapi pastikan pakai inner agar tidak licin.

Corak Tudung

Kadang-kadang kita terlalu teruja dengan corak cantik sampai lupa tak semua corak sesuai dengan bentuk muka atau warna kulit kita.

Untuk wajah bulat, corak kecil atau susunan corak menegak boleh membantu beri ilusi wajah lebih panjang.

Kalau kalian suka tudung bercorak floral atau geometri, pastikan bahagian kepala tudung tidak terlalu sarat supaya wajah tidak “tenggelam” dengan corak.

Dan satu lagi tip penting iaitu elakkan tudung bercorak binatang seperti harimau atau zebra. Bukan saja nampak garang, tapi juga kurang sesuai untuk gaya muslimah sopan.

 Padanan Tudung & Baju Kena Bijak

Rahsia utama untuk nampak kemas dan bergaya adalah seimbangkan corak dan warna antara tudung dan pakaian.

Kalau baju kalian dah bercorak besar atau berwarna terang, pilih tudung berwarna lembut dan polos. Sebaliknya, jika pakaian kamu sederhana, tudung bercorak lembut boleh menaikkan seri.

Elakkan memakai tudung dan baju dengan warna sedondon sangat atau corak yang sama, sebab ia boleh nampak terlalu “berat” di mata.

Dan satu tip tambahan, pastikan anak tudung tak terkeluar supaya gaya nampak lebih kemas dan profesional.

Jadi, lepas ni jangan pening-pening lagi nak pilih tudung. Ingat, tudung bukan sekadar pelengkap gaya, tapi juga lambang keperibadian dan keyakinan diri seorang wanita berhijab.

SUMBER RUJUKAN: NONA

Share2Tweet1Pin

Related Posts

Games

Sony Perkenal Controller PS5 Edisi Terhad Genshin Impact

December 3, 2025
PEEK DAILY

Kenapa Kelantan Selalu Banjir Hujung Tahun? Ini Puncanya!

December 2, 2025
PEEK DAILY

Budaya Songsang: Ancaman Fitrah, Moral & Masa Depan Masyarakat

December 2, 2025
PEEK DAILY

Baca Al-Quran Guna Telefon Tanpa Wuduk, Boleh Ke? Ini Penjelasan Sebenar

December 2, 2025
Games

GTA 6 Dijangka Meletup Di 2026 — Tetapi Adakah PS6 Lebih Awal Dari Yang Kita Sangka?

December 2, 2025
PEEK DAILY

(EKSKLUSIF) Dah Mula Kerja Terus Kena ‘Sponsor’ Keluarga?

December 2, 2025
Next Post

“Tidur Pun Salah Ke?” Lelaki Trauma Perempuan Baran

TRENDING

Hampir 10 Kenderaan Rosak, Stesen PETRONAS BBN Nilai Ditutup Dakwaan Petrol Bercampur Air

November 19, 2025

Siri Dramatik Safira (Bukan Nama Sebenar) Dirasmi Akan Datang

November 10, 2025
Foto: Techlicious

Ikuti 5 Cara Mudah Mengatasi Telefon Bimbit Mati

January 15, 2019
Foto: Flickr

7 Telefon Bimbit Terawal Dan Tertua Yang Pernah Di bina

December 26, 2018
Foto: Apple Support

Mode ‘Do Not Disturb’ Di iPhone? Apa Fungsinya?

November 7, 2018

Baca Al-Quran Guna Telefon Tanpa Wuduk, Boleh Ke? Ini Penjelasan Sebenar

December 2, 2025
  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

© 2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Automotif
  • Contact
  • Demo Homepage
  • Example of Shortcodes
  • Full Screen Home
  • Full Screen Slider Home
  • Home
  • Home 1
  • Home 1
  • Home 2
  • Home 2
  • Infinite Scroll Home
  • No Sidebar Home
  • Sample Page
  • Simple Four
  • Simple One
  • Simple Three
  • Simple Two

© 2025 JNews - Premium WordPress news & magazine theme by Jegtheme.