Hangat.com
TRENDING
No Result
View All Result
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
SUBSCRIBE
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
No Result
View All Result
Hangat.com
No Result
View All Result
Home INSENTIF GOMEN

Prasarana Harap Inisiatif Pas Perjalanan Tanpa Had My50 Diteruskan Dalam Belanjawan 2026

by Ayu Ieranatasya
October 9, 2025
in INSENTIF GOMEN
5
SHARES
Share on FacebookShare on Twitter

Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) berharap kerajaan akan mengekalkan inisiatif pas perjalanan tanpa had My50 serta memberi sokongan penuh terhadap projek Laluan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) dalam pembentangan Belanjawan 2026 yang dijadualkan berlangsung esok.

Menurut kenyataan yang dikongsikan kepada Bernama, Prasarana menjelaskan bahawa My50 telah terbukti membantu rakyat mengurangkan kos sara hidup, selain menyediakan pilihan pengangkutan awam yang lebih mampu milik dan inklusif.

“Kami percaya sokongan berterusan kerajaan terhadap projek LRT3 yang hampir siap amat penting dalam memperkukuh rangkaian pengangkutan awam di Lembah Klang serta memudahkan pergerakan harian jutaan penumpang,” katanya kepada Bernama.

Syarikat pengendali perkhidmatan rel itu menambah bahawa usaha ini sejajar dengan matlamat kerajaan untuk membangunkan sistem pengangkutan awam yang lebih selamat, cekap dan mesra rakyat, demi kesejahteraan masyarakat serta kemajuan negara.

Tumpuan Perlu Diberi Kepada Sabah & Sarawak

Dalam pada itu, Pengarah Institut Pengangkutan Malaysia (MiTRANS) merangkap pensyarah UiTM, Prof Madya Dr. Wan Mazlina Wan Mohamed, menyarankan agar Belanjawan 2026 turut memberi perhatian kepada pembangunan pengangkutan di Sabah dan Sarawak.

Katanya, kerajaan memperuntukkan RM253 juta pada tahun 2025 bagi menaik taraf Lapangan Terbang Tawau di Sabah dan Lapangan Terbang Miri di Sarawak, bertujuan meningkatkan kesalinghubungan serta menyokong pertumbuhan pelancongan di kawasan berkenaan.

Selain itu, beliau turut menekankan bahawa lapangan terbang di Sabah dan Sarawak memainkan peranan penting semasa kecemasan atau krisis, termasuk dalam penyampaian bantuan kepada masyarakat. Peningkatan infrastruktur seperti landasan pelepasan dan pendaratan singkat (STOL) bukan sahaja membantu operasi harian, tetapi juga meningkatkan daya tahan komuniti luar bandar dalam berdepan situasi tidak dijangka.

Fokus Kepada Rel Kargo Baharu

Selain itu, beliau turut menyarankan agar kerajaan memperuntukkan dana bagi pembelian atau baik pulih pengangkutan rel kargo, memandangkan permintaan terhadap pengangkutan rel semakin meningkat di Malaysia.

“Membaik pulih bermaksud menaik taraf atau memodenkan gerabak dan lokomotif kargo lama supaya ia boleh beroperasi dengan selamat dan lebih cekap untuk tempoh yang lebih lama, dan bukannya hanya bergantung kepada pembelian baharu,” katanya.

Tambah beliau ini akan membantu negara mencapai sasaran untuk meningkatkan kadar penggunaan pengangkutan rel daripada lima peratus kepada 12 peratus menjelang tahun 2030 sekali gus memastikan projek besar seperti Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan terminal bersepadu dapat beroperasi pada kapasiti maksimum.

Sumber: BERNAMA

Share2Tweet1Pin

Related Posts

Berita

Dividen ASB 2025 Dijangka Kekal Stabil Antara 5.3–6.0 Sen

December 1, 2025
Acara

Kementerian Pertahanan Perkasa Pendidikan Anak ATM Melalui Program e-Perkasa dan Sentuhan Elit

November 27, 2025
Berita

Bantuan Wang Ihsan RM1,000 Disalurkan Kepada Semua Mangsa Banjir Berdaftar

November 26, 2025
Berita

Bantuan Awal RM500 Kepada Mangsa Banjir Selangor

November 26, 2025
Berita

KPM Aktifkan Ops Payung, Nafi Dakwaan Kertas SPM Bocor

November 25, 2025
Berita

SPM Musim Banjir, Peperiksaan Tetap Jalan Di Seluruh Negeri Bermula Hari Ini

November 25, 2025
Next Post

Tahukah Anda Tentang Nomophobia? Ketakutan Apabila Tiada Telefon di Tangan

TRENDING

Risiko Banjir Meningkat: Negeri Utara & Pantai Timur Terjejas Teruk

November 25, 2025

(EKSKLUSIF) Dah Mula Kerja Terus Kena ‘Sponsor’ Keluarga?

December 1, 2025

Siri Dramatik Safira (Bukan Nama Sebenar) Dirasmi Akan Datang

November 10, 2025

Bantuan Wang Ihsan RM1,000 Disalurkan Kepada Semua Mangsa Banjir Berdaftar

November 26, 2025

Wanita Hat Yai Terpaksa Simpan Jenazah Ibu Dalam Peti Sejuk Terapung Ketika Banjir Besar

November 27, 2025

Serbuan Songsang Chow Kit: Guru Antara 201 Ditahan, i-Guru Desak KPM Bertindak Tegas

December 1, 2025
  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

© 2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Automotif
  • Contact
  • Demo Homepage
  • Example of Shortcodes
  • Full Screen Home
  • Full Screen Slider Home
  • Home
  • Home 1
  • Home 1
  • Home 2
  • Home 2
  • Infinite Scroll Home
  • No Sidebar Home
  • Sample Page
  • Simple Four
  • Simple One
  • Simple Three
  • Simple Two

© 2025 JNews - Premium WordPress news & magazine theme by Jegtheme.