Hangat.com
TRENDING
No Result
View All Result
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
SUBSCRIBE
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
No Result
View All Result
Hangat.com
No Result
View All Result
Home Keselamatan

Pernah Kena Scam? Ini 3 Taktik Jenayah Siber Paling Popular Yang Patut Anda Tahu

by Nurul
September 7, 2022
in Keselamatan
5
SHARES
Share on FacebookShare on Twitter

Pernahkah anda menjadi mangsa scammer? Baru-baru ini kecoh tentang mangsa-mangsa penipuan yang tampil membuat aduan dan laporan polis kerana duit-duit mereka lesap di dalam bank angkara scammer. Hal ini menjadi topik hangat di media sosial menyebabkan pelbagai spekulasi muncul. Adakah disebabkan mangsa itu sendiri, kecuaian bank atau gejala scammer berleluasa hingga sukar dibendung?

Maka, terdapat beberapa taktik yang dikenal pasti yang digunakan oleh  jenayah siber bagi memerangkap mangsa terumatama penipuan mengenai wang ringgit.  Untuk mengelak kejadian seperti itu berulang semula, masyarakat perlu peka dan berhati-hati kerana sekarang kita berada dalam zaman teknologi yang serba canggih iaitu era zaman dunia tanpa sempadan.

Scammer ini akan tumpu pada satu platform namum menggunakan pelbagai kaedah. Antaranya :

Mereka sering menggunakan khidmat pesanan ringkas atau SMS atau aplikasi Whatapps yang akan dihantar kepada mangsa-mangsanya. Kaedah yang digunakan adalah :

      1.Mesej Menang Hadiah

 

Via : Facebook Maybank

Mesej seperti ini sering dilihat atau setiap hari mesti ada mesej ini dihantar. Ia dihantar melalui nombor yang tidak dikenali dan akan memperkenalkan diri dengan menggunakan nama-nama syarikat besar yang berada di Malaysia. Ia akan menyatakan bahawa anda memenangi hadiah atau baucer dan disertakan dengan link pautan.

Oleh itu, jangan sesekali menekan pautan yang terdapat pada mesej itu kerana ia merupakan satu perangkap. Jika anda menekan, ia akan membawa anda kepada satu portal yang lain dan secara tidak langsung ia akan memuatkan kod hasad ke telefon anda.

2. Menyamar Menjadi Pihak Bank

Via : Harian Metro

Teknik ini sering dilihat kerap berlaku , boleh dikirakan setiap hari mesti ada panggilan mahupun mesej dengan bermodalkan nama mana-mana bank. Mereka juga menggunakan unsur ugutan kepada mangsa misalnya ugutan akaun bank akan ditutup, mempunyai hutang atau tunggakan yang berjumlah besar dan sebagaimya.

Ini akan membuatkan mangsa akan percaya dan mudah untuk memberi maklumat diri secara terus tanpa berfikir panjang kerana ia memikirkan duit sahaja, bukan fikirkan faktor keselamatan maklumat diri.

Oleh itu, ditekankan di sini agar jangan memberi maklumat diri secara langsung tanpa selidik. Ia akan memberikan impak buruk kepada mangsa itu sendiri. Lagi-lagi melibatkan nama penuh dan kata laluan akaun perbankan internet.

3. Berkongsi Nombor TAC/OTP 

 

Via : Twitter

Hal ini dapat dilhat pada mesej yang secara tiba-tiba, terutama dalam aplikasi whatapps. Seseorang yang tidak kenali menghantar whatapps untuk memberi tahu mengenai TAC. Dinasihatkan supaya jangan sesekali memberi nombor TAC atau OTP kepada mana-mana pihak kerana ia merupakan milik peribadi. Semua yang berdaftar adalah dibawah nama pemilik dan tidak mungkin  akan sama milik, misalnya, nombor telefon, nombor akaun dan seumpamannya.

Antara alasan yang sering dilihat ialah nombor telefon atau nombor otp akaun mangsa telah terhantar kepada anda secara tidak sengaja, maka anda perlu memberikannya dengan segara. Sudah terang lagi bersuluh, itu hanya taktik helah halus untuk kaburi mangsa.

Oleh itu, apabila anda menerima salah satu  mesej ini perlulah anda elak membuka ataupun paling mudah padam terus mesej tersebut untuk langkah berjaga-jaga. Siapa lagi kalau bukan anda untuk menjaga diri anda sendiri. Harap dengan cara ini dapat mencegah anda dari menjadi mangsa penipuan ini.

Share2Tweet1Pin

Related Posts

Keselamatan

Satu Alat Yang Amat Diperlukan Semasa Berbasikal

November 21, 2025
Keselamatan

“Green Connector” : Adakah Ia Baik Atau Tidak?

November 6, 2025
Aplikasi

GoCar Garage Tawar Perkhidmatan Ambil dan Pulang Secara Percuma

September 22, 2023
Keselamatan

Masih Ramai Tak Tahu Apa Itu IMEI, Ini Fungsinya & Cara Untuk Periksa Pada iPhone Anda!

May 24, 2023
Next Post

Sebanyak 546% Tweet K-Content Berkembang Secara Meluas Di Twitter

TRENDING

(EKSKLUSIF) Dah Mula Kerja Terus Kena ‘Sponsor’ Keluarga?

December 2, 2025

Siri Dramatik Safira (Bukan Nama Sebenar) Dirasmi Akan Datang

November 10, 2025

Risiko Banjir Meningkat: Negeri Utara & Pantai Timur Terjejas Teruk

November 25, 2025

Serbuan Songsang Chow Kit: Guru Antara 201 Ditahan, i-Guru Desak KPM Bertindak Tegas

December 1, 2025

Dividen ASB 2025 Dijangka Kekal Stabil Antara 5.3–6.0 Sen

December 1, 2025

Hampir 10 Kenderaan Rosak, Stesen PETRONAS BBN Nilai Ditutup Dakwaan Petrol Bercampur Air

November 19, 2025
  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

© 2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Automotif
  • Contact
  • Demo Homepage
  • Example of Shortcodes
  • Full Screen Home
  • Full Screen Slider Home
  • Home
  • Home 1
  • Home 1
  • Home 2
  • Home 2
  • Infinite Scroll Home
  • No Sidebar Home
  • Sample Page
  • Simple Four
  • Simple One
  • Simple Three
  • Simple Two

© 2025 JNews - Premium WordPress news & magazine theme by Jegtheme.