Hangat.com
TRENDING
No Result
View All Result
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
SUBSCRIBE
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
No Result
View All Result
Hangat.com
No Result
View All Result
Home PEEK DAILY

Penyelesaian FELDA Menarik Semula Persepsi Rakyat

by Bunyamin Azuddin
November 11, 2025
in PEEK DAILY, Trivia
6
SHARES
Share on FacebookShare on Twitter

Sebagai seorang pelajar, mungkin anda akan menceburi dunia pekerjaan selepas SPM seperti di kedai runcit, gerai tepi jalan, dan pelbagai lagi.

Mungkin juga lepas habis belajar di peringkat diploma dan ijazah anda akan bekerja di peringkat yang lebih tinggi seperti sektor perkhidmatan awam, kewangan, industri kreatif, perdagangan, dan sebagainya.

Namun begitu, diketahui bahawa cuma lima peratus sahaja tenaga kerja terdiri daripada warga tempatan di ladang Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), selebihnya masih bergantung kepada pekerja asing.

Timbalan Pengarah Jabatan Kelestarian FELDA, Mohamad Firdaus Mansor berkata, keadaan ini menjadi cabaran utama FELDA dalam kepastian kesinambungan penglibatan generasi baru peneroka dalam sektor perladangan negara.

Walau bagaimanapun, penglibatan bumiputera dalam rantaian perniagaan dan perkhidmatan sokongan FELDA masih dianggap stabil.

“Walaupun hanya sekitar lima peratus pekerja tempatan yang terlibat secara langsung di ladang, kira-kira 60 peratus kontraktor dan pemborong dalam ekosistem Felda adalah dalam kalangan bumiputera, termasuk generasi Felda sendiri.”

Firdaus menjelaskan semasa berada di Mayang Mall, Kuala Terengganu ketika menghadiri program Jelajah Sawit Hijau anjuran Yayasan Pemuliharaan Hijau Minyak Sawit Malaysia (MPOGCF). Program ‘edutainment’ bertujuan sebagai pendekatan masyarakat terhadap kelestarian industri sawit dan pemuliharaan hidupan liar.

Pendedahan ini kepada generasi muda adalah antara kepentingan amalan lestari ladang.

Firdaus mengujarkan, persepsi pendapatan mereka tidak jauh berbeza dengan pekerja asing adalah punca utama penyertaan warga tempatan rendah.

Tambahan pula, mereka beranggap golongan terbabit ‘menikmati’ lebih banyak kemudahan seperti asrama, kenderaan, dan pelbagai insentif lain, lalu menjadi cabaran untuk mengubah persepsi tersebut. Kekurangan kefahaman kalangan warga peneroka terhadap aspek pemeliharaan alam, penjagaan sungai dan tanah, menuntut perhatian dan pendekatan lebih berfokus daripada pihak FELDA.

Firdaus berkata, keperluan komitmen dan konsistensi tinggi terutama tugas-tugas rutin seperti merumput, membaja, dan meracun disertai oleh warga tempatan, kerja berat seperti menuai dan mengangkat buah melibatkan tenaga warga asing.

Oleh itu, penggunaan jentera dan teknologi moden digunakan untuk menggalakkan penglibatan generasi muda bagi meningkatkan produktiviti di ladang.

Selain itu, diutamakan untuk anak peneroka dengan penyediaan lot generasi, kemudahan perumahan, serta insentif perubatan dan kenderaan kepada mereka yang berkhidmat di kawasan FELDA sendiri.

“Langkah tersebut bukan sahaja memberi impak kepada kesejahteraan komuniti, malah mampu mengurangkan kebergantungan terhadap tenaga kerja asing dalam jangka panjang.”

Firdaus menjelas penyelesaian tersebut.

FELDA juga bekerjasama dengan MPOGCF dalam mengusahakan peningkatan kesedaran peneroka dan generasi baharu mengenai kepentingan kelestarian.

Katanya, perkara ini berkaitan dengan kelestarian terutama penglibatan ladang, hidupan liar, dan sebagainya.


Rujukan: Majoriti

Share2Tweet2Pin1

Related Posts

Games

Sony Perkenal Controller PS5 Edisi Terhad Genshin Impact

December 3, 2025
PEEK DAILY

Kenapa Kelantan Selalu Banjir Hujung Tahun? Ini Puncanya!

December 2, 2025
PEEK DAILY

Budaya Songsang: Ancaman Fitrah, Moral & Masa Depan Masyarakat

December 2, 2025
PEEK DAILY

Baca Al-Quran Guna Telefon Tanpa Wuduk, Boleh Ke? Ini Penjelasan Sebenar

December 2, 2025
Games

GTA 6 Dijangka Meletup Di 2026 — Tetapi Adakah PS6 Lebih Awal Dari Yang Kita Sangka?

December 2, 2025
PEEK DAILY

(EKSKLUSIF) Dah Mula Kerja Terus Kena ‘Sponsor’ Keluarga?

December 2, 2025
Next Post

'Rugi Kalau Tak Cuba!' Senarai Promosi Makanan & Minuman Sempena 11.11 Tahun Ini

TRENDING

Lebih 53,000 Pasangan Islam Bercerai Dalam Tempoh Sembilan Bulan, JKSM Bongkar Lima Punca Utama

November 10, 2025

Ramai Tak Tahu! Ini Kisah Sebenar Di Sebalik Wau Bulan Yang Jadi Ikon Malaysia

October 28, 2025

Kenapa Durian Digelar Raja Buah? Ini Sebabnya!

October 16, 2025

“Takut Tapi Nak Tahu? Ini Cara Betul Menonton Semua Filem Chucky Dari 1988 Hingga Kini”

October 30, 2025

Disalahguna Ejen Coway, Identiti Dipakai Tanpa Kebenaran Hingga Nama Tersangkut CTOS

December 1, 2025

Apakah Perbezaan Antara STR Dan SARA?

October 21, 2025
  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

© 2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Automotif
  • Contact
  • Demo Homepage
  • Example of Shortcodes
  • Full Screen Home
  • Full Screen Slider Home
  • Home
  • Home 1
  • Home 1
  • Home 2
  • Home 2
  • Infinite Scroll Home
  • No Sidebar Home
  • Sample Page
  • Simple Four
  • Simple One
  • Simple Three
  • Simple Two

© 2026 JNews - Premium WordPress news & magazine theme by Jegtheme.