Hangat.com
TRENDING
No Result
View All Result
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
SUBSCRIBE
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
No Result
View All Result
Hangat.com
No Result
View All Result
Home PEEK DAILY

Penjaga Parkir Warga Bangladesh Kutip Semua Saman DBKL, Netizen Terkejut!

by Farah Fatihah
November 27, 2025
in PEEK DAILY, Trivia
10
SHARES
Share on FacebookShare on Twitter

Sebuah video yang menarik perhatian netizen di media sosial memaparkan aksi seorang penjaga parkir warga Bangladesh mengutip semua saman trafik DBKL yang dilekatkan pada cermin depan beberapa kereta.

Rakaman itu dibuat oleh seorang pemandu wanita yang ketika itu sedang mencari tempat parkir. Dalam video yang dimuat naik di TikTok, wanita berkenaan kelihatan hairan apabila menyaksikan lelaki itu mengumpulkan saman-saman tersebut.

“Kenapa ambil saman tu? Semua dah bayar kan?” soal wanita itu.

Dengan tenang, lelaki berkenaan menjawab: “Saya angkat duit. Ini semua dah bayar. Ini saman saya ambil.”

Perkongsian video ini menarik perhatian DBKL, yang mengucapkan terima kasih atas maklumat yang disalurkan dan meminta pemilik video memaklumkan lokasi kejadian.

Namun, pemilik rakaman belum memberi sebarang maklum balas setakat ini.

Di ruangan komen, ramai netizen mendakwa kawasan parkir itu sebenarnya tidak sah, dan tindakan penjaga parkir tersebut dianggap mengutip bayaran tanpa kebenaran.

“Parkir ni memang tak sah. Dia takut owner kereta tahu sebenarnya tak boleh letak situ,” kata seorang pengguna.

“Masa parking, dia minta duit. Bila kereta kena saman, dia ambil dan buang saman itu supaya tak kantoi dengan owner. Nanti bila surat saman sampai rumah, barulah owner pelik bila sebenarnya kereta dia kena saman,” tambah seorang lagi.

Ada juga yang berpendapat, tindakan itu dibuat untuk mengelak pelanggan marah apabila menyedari mereka tetap disaman walaupun sudah membayar kepada penjaga parkir tidak sah.

Insiden ini sekali lagi menimbulkan perbualan mengenai isu individu mengutip bayaran di lokasi awam tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Ramai yang menggesa DBKL memperketat pemantauan, bagi memastikan kawasan parkir di ibu negara lebih teratur, selamat, dan tidak membebankan pengguna jalan raya.

Share4Tweet3Pin1

Related Posts

Games

Sony Perkenal Controller PS5 Edisi Terhad Genshin Impact

December 3, 2025
PEEK DAILY

Kenapa Kelantan Selalu Banjir Hujung Tahun? Ini Puncanya!

December 2, 2025
PEEK DAILY

Budaya Songsang: Ancaman Fitrah, Moral & Masa Depan Masyarakat

December 2, 2025
PEEK DAILY

Baca Al-Quran Guna Telefon Tanpa Wuduk, Boleh Ke? Ini Penjelasan Sebenar

December 2, 2025
Games

GTA 6 Dijangka Meletup Di 2026 — Tetapi Adakah PS6 Lebih Awal Dari Yang Kita Sangka?

December 2, 2025
PEEK DAILY

(EKSKLUSIF) Dah Mula Kerja Terus Kena ‘Sponsor’ Keluarga?

December 2, 2025
Next Post

Tragedi Hong Kong: Menara Kediaman ‘Disambar Api’. Puluhan Terkorban, Ratusan Masih Hilang!

TRENDING

Apakah Perbezaan Antara STR Dan SARA?

October 21, 2025

Siri Dramatik Safira (Bukan Nama Sebenar) Dirasmi Akan Datang

November 10, 2025

Roti Putih vs Roti Gandum: Mana Sebenarnya Lebih Sihat Untuk Sarapan?

October 21, 2025

Apakah Itu ‘Refresh Rate’ 120 Hz Pada Telefon Bimbit Dan Kegunaannya

November 30, 2023

Budaya Songsang: Ancaman Fitrah, Moral & Masa Depan Masyarakat

December 2, 2025

Baca Al-Quran Guna Telefon Tanpa Wuduk, Boleh Ke? Ini Penjelasan Sebenar

December 2, 2025
  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

© 2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Automotif
  • Contact
  • Demo Homepage
  • Example of Shortcodes
  • Full Screen Home
  • Full Screen Slider Home
  • Home
  • Home 1
  • Home 1
  • Home 2
  • Home 2
  • Infinite Scroll Home
  • No Sidebar Home
  • Sample Page
  • Simple Four
  • Simple One
  • Simple Three
  • Simple Two

© 2026 JNews - Premium WordPress news & magazine theme by Jegtheme.