Hangat.com
TRENDING
No Result
View All Result
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
SUBSCRIBE
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
No Result
View All Result
Hangat.com
No Result
View All Result
Home INSENTIF GOMEN

Pengecualian Cukai 50 Peratus Kepada Syarikat Anjur Sukan Antarabangsa

by Ayu Ieranatasya
October 13, 2025
in INSENTIF GOMEN
5
SHARES
Share on FacebookShare on Twitter

Kerajaan memperkenalkan insentif pengecualian cukai pendapatan sebanyak 50 peratus kepada syarikat swasta yang menganjurkan kejohanan sukan bertaraf antarabangsa bermula tahun depan. Langkah ini bertujuan merancakkan aktiviti sukan sempena Tahun Melawat Malaysia 2026.

Menurut laporan Berita Harian, Inisiatif tersebut selaras dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat, jumaat lalu.

Berdasarkan pengumuman itu, syarikat yang menganjurkan aktiviti kesenian, kebudayaan, pelancongan serta pertandingan sukan dan rekreasi bertaraf antarabangsa yang melibatkan peserta asing akan menikmati pengecualian cukai pendapatan sebanyak 50 peratus ke atas pendapatan berkanun.

Galak Sektor Swasta Sertai Pembangunan Sukan

Langkah ini dijangka dapat menarik lebih banyak penganjuran acara sukan antarabangsa ke Malaysia, sekali gus memperkukuh sektor pelancongan dan industri sukan tempatan. Pengecualian cukai tersebut juga merupakan peningkatan ketara berbanding insentif sebelum ini yang hanya memberi pelepasan sebanyak 10 peratus untuk penajaan.

Selain itu, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menekankan bahawa setiap penganjur kejohanan antarabangsa perlu memperoleh kelulusan rasmi daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi memastikan penganjuran mematuhi syarat yang ditetapkan, termasuk aspek insurans dan permit pihak berkuasa tempatan. Langkah ini penting bagi mengelakkan sebarang isu yang boleh menjejaskan imej negara.

Pengecualian Cukai 100% untuk Sumbangan Kepada KWASN

Kerajaan turut memperkenalkan satu lagi insentif tambahan, iaitu pengecualian cukai 100 peratus kepada syarikat yang menyalurkan sumbangan kepada Tabung Kumpulan Wang Amanah Sukan Negara (KWASN).

Sumbangan tersebut bertujuan menyokong pembangunan sukan secara menyeluruh, termasuk program latihan dan kebajikan atlet negara, bukan hanya untuk sukan tertentu.

Insentif cukai ini diharap dapat menggalakkan lebih banyak penyertaan sektor swasta dalam pembangunan ekosistem sukan negara. Selaras dengan usaha kerajaan untuk menjadikan Tahun Melawat Malaysia 2026 sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi dan sukan negara.

Share2Tweet1Pin

Related Posts

Berita

Dividen ASB 2025 Dijangka Kekal Stabil Antara 5.3–6.0 Sen

December 1, 2025
Acara

Kementerian Pertahanan Perkasa Pendidikan Anak ATM Melalui Program e-Perkasa dan Sentuhan Elit

November 27, 2025
Berita

Bantuan Wang Ihsan RM1,000 Disalurkan Kepada Semua Mangsa Banjir Berdaftar

November 26, 2025
Berita

Bantuan Awal RM500 Kepada Mangsa Banjir Selangor

November 26, 2025
Berita

KPM Aktifkan Ops Payung, Nafi Dakwaan Kertas SPM Bocor

November 25, 2025
Berita

SPM Musim Banjir, Peperiksaan Tetap Jalan Di Seluruh Negeri Bermula Hari Ini

November 25, 2025
Next Post

Bayaran STR Fasa 4 Diawalkan! Deepavali Kali Ini Lebih Bermakna Bagi Penerima B40

TRENDING

Lebih 53,000 Pasangan Islam Bercerai Dalam Tempoh Sembilan Bulan, JKSM Bongkar Lima Punca Utama

November 10, 2025

Apakah Perbezaan Antara STR Dan SARA?

October 21, 2025

Ramai Tak Tahu! Ini Kisah Sebenar Di Sebalik Wau Bulan Yang Jadi Ikon Malaysia

October 28, 2025

Baca Al-Quran Guna Telefon Tanpa Wuduk, Boleh Ke? Ini Penjelasan Sebenar

December 2, 2025

Budaya Songsang: Ancaman Fitrah, Moral & Masa Depan Masyarakat

December 2, 2025
Foto: Techlicious

Ikuti 5 Cara Mudah Mengatasi Telefon Bimbit Mati

January 15, 2019
  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

© 2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Automotif
  • Contact
  • Demo Homepage
  • Example of Shortcodes
  • Full Screen Home
  • Full Screen Slider Home
  • Home
  • Home 1
  • Home 1
  • Home 2
  • Home 2
  • Infinite Scroll Home
  • No Sidebar Home
  • Sample Page
  • Simple Four
  • Simple One
  • Simple Three
  • Simple Two

© 2026 JNews - Premium WordPress news & magazine theme by Jegtheme.