Hangat.com
TRENDING
No Result
View All Result
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
SUBSCRIBE
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
No Result
View All Result
Hangat.com
No Result
View All Result
Home Berita

Penduduk Israel Hidup Dalam Ketakutan, Rumah Diserang Ular Setiap Hari Di Tiberias

by Farah Fatihah
November 12, 2025
in Berita, PEEK DAILY, Trivia
6
SHARES
Share on FacebookShare on Twitter

Ular Muncul Setiap Hari, Penduduk Trauma

Sumber: Maariv News

Penduduk di Jalan Moran, Tiberias, kini hidup dalam ketakutan susulan kejadian ‘serangan’ ular yang dilaporkan semakin menjadi-jadi sejak sebulan lalu.

Fenomena pelik itu tular di media sosial selepas beberapa penduduk memuat naik video dan gambar menunjukkan reptilia berbahaya itu muncul di dalam rumah mereka hampir setiap hari!

Menurut laporan Maariv, ular-ular berkenaan bukan sahaja ditemui di kawasan tangga dan halaman rumah, malah ada yang merayap masuk ke dalam pangsapuri penduduk.

Keadaan itu menimbulkan kebimbangan wujudnya sarang ular di bawah bangunan kediaman, yang berpotensi mengancam keselamatan keluarga.

“Kami seolah-olah hidup dalam filem seram. Anak saya bangun untuk minum air dan terkejut melihat seekor ular dalam sangkar anjing. Bila saya ke dapur pula, ada lagi seekor! Sekarang, tiada hari tanpa ular,” luah salah seorang penduduk yang trauma dengan situasi itu.

Penduduk mendakwa pihak majlis perbandaran pernah menghantar penangkap ular, namun keadaan dilihat semakin memburuk.

Lebih mengejutkan, kini mereka bukan sahaja berdepan ancaman ular malah turut mendapati kehadiran kala jengking di kawasan yang sama.

“Ular-ular terus keluar dari tanah, tapi tiada siapa datang siasat atau buat pembasmian menyeluruh. Pengabaian ini sangat bahaya!” tegas seorang lagi penduduk yang kecewa dengan tindakan perlahan pihak berkuasa tempatan.

Sementara itu, pihak majlis perbandaran Tiberias mengesahkan menerima laporan dan memaklumkan bahawa penangkap ular telah dipanggil semula untuk menilai situasi.

Mereka juga sedang mempertimbangkan rawatan khas bagi menghapuskan lokasi pembiakan reptilia berkenaan.

Namun, penduduk mendakwa kerja pembasmian hanya dibuat di kawasan awam dan bukan di sekitar atau di dalam bangunan kediaman, yang menjadi lokasi utama kemunculan ular tersebut.

“Mereka kata ular datang dari kawasan lapang berhampiran. Tapi sementara menunggu tindakan lanjut, kami terus jumpa ular lain setiap hari. Kami dah tak rasa selamat,” kata seorang wanita yang turut bimbang keselamatan anak-anak kecil di kawasan itu.

Situasi yang dianggap semakin kritikal ini mendorong penduduk mendesak agar pembersihan dan pembasmian menyeluruh dilakukan segera.

Selain itu, mereka juga berharap kerajaan tempatan mengambil serius isu keselamatan ini sebelum berlaku tragedi yang tidak diingini.

“Seolah-olah kami tinggal dalam ‘Jurassic Park’. Ia sangat berbahaya dan selagi belum ada mangsa, mereka tidak akan faham,” tambah seorang penduduk lelaki dengan nada kecewa.

Fenomena “serangan ular” di Tiberias kini menimbulkan kebimbangan keselamatan. Penduduk mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan segera dengan pembasmian menyeluruh bagi memastikan kawasan kediaman selamat.

Kejadian ini turut menjadi tular di media sosial, menarik perhatian ramai netizen terhadap fenomena pelik ini.

Sumber: Maariv News

Share2Tweet2Pin1

Related Posts

Games

Sony Perkenal Controller PS5 Edisi Terhad Genshin Impact

December 3, 2025
PEEK DAILY

Kenapa Kelantan Selalu Banjir Hujung Tahun? Ini Puncanya!

December 2, 2025
PEEK DAILY

Budaya Songsang: Ancaman Fitrah, Moral & Masa Depan Masyarakat

December 2, 2025
Berita

8,000 Kereta Tenggelam Banjir di Hat Yai

December 2, 2025
PEEK DAILY

Baca Al-Quran Guna Telefon Tanpa Wuduk, Boleh Ke? Ini Penjelasan Sebenar

December 2, 2025
Games

GTA 6 Dijangka Meletup Di 2026 — Tetapi Adakah PS6 Lebih Awal Dari Yang Kita Sangka?

December 2, 2025
Next Post

Malaysia Tanpa Tembakau Menjelang 2040

TRENDING

Lebih 53,000 Pasangan Islam Bercerai Dalam Tempoh Sembilan Bulan, JKSM Bongkar Lima Punca Utama

November 10, 2025

Ramai Tak Tahu! Ini Kisah Sebenar Di Sebalik Wau Bulan Yang Jadi Ikon Malaysia

October 28, 2025

Kenapa Durian Digelar Raja Buah? Ini Sebabnya!

October 16, 2025

“Takut Tapi Nak Tahu? Ini Cara Betul Menonton Semua Filem Chucky Dari 1988 Hingga Kini”

October 30, 2025

Disalahguna Ejen Coway, Identiti Dipakai Tanpa Kebenaran Hingga Nama Tersangkut CTOS

December 1, 2025

Apakah Perbezaan Antara STR Dan SARA?

October 21, 2025
  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

© 2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Automotif
  • Contact
  • Demo Homepage
  • Example of Shortcodes
  • Full Screen Home
  • Full Screen Slider Home
  • Home
  • Home 1
  • Home 1
  • Home 2
  • Home 2
  • Infinite Scroll Home
  • No Sidebar Home
  • Sample Page
  • Simple Four
  • Simple One
  • Simple Three
  • Simple Two

© 2026 JNews - Premium WordPress news & magazine theme by Jegtheme.