Hangat.com
TRENDING
No Result
View All Result
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
SUBSCRIBE
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
No Result
View All Result
Hangat.com
No Result
View All Result
Home INSENTIF GOMEN

Pemandu E-Hailing, P-Hailing Bakal Terima Kuota Tambahan BUDI95

by Ayu Ieranatasya
October 9, 2025
in INSENTIF GOMEN
6
SHARES
Share on FacebookShare on Twitter

Kerajaan bersetuju untuk menambah kuota subsidi petrol RON95 di bawah program BUDI MADANI (BUDI95) kepada pemandu e-hailing dan p-hailing sepenuh masa yang menggunakan kenderaan persendirian bagi menjana pendapatan.

Menurut Menteri Ekonomi, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, pemberian kuota tambahan ini akan dibuat berdasarkan data penggunaan kenderaan dan corak perjalanan sebenar yang diperoleh melalui Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

Data APAD Jadi Asas Pemberian Kuota Tambahan

Beliau menjelaskan bahawa kerajaan sudah menerima sebahagian data daripada syarikat e-hailing melalui APAD, dan kini sedang meneliti kaedah terbaik untuk menyalurkan bantuan tersebut dengan lebih tepat dan dijangka akan menerima manfaat BUDI95 sebelum 15 Oktober ini.

Langkah Reformasi Fiskal Bantu Rakyat

Oleh itu, langkah menambah kuota ini bukan sekadar membantu rakyat menghadapi tekanan kos sara hidup, malah menjadi sebahagian daripada reformasi fiskal kerajaan bagi memastikan subsidi disalurkan kepada golongan yang benar-benar layak.

Reformasi fiskal juga membantu kerajaan meningkatkan hasil tanpa menjejaskan disiplin kewangan serta memperkukuh bantuan bersasar seperti STR dan SARA.

Tambahan pula, mulai 30 September lalu, lebih 16 juta rakyat Malaysia berumur 16 tahun ke atas yang memiliki MyKad dan lesen memandu aktif layak menikmati subsidi petrol RON95 pada harga RM1.99 seliter, berbanding harga pasaran semasa RM2.05 seliter.

Mengulas lanjut mengenai hasil negara, Datuk Seri Amir Hamzah menjelaskan bahawa sebarang keputusan berkaitan penurunan kadar cukai individu atau korporat akan diumumkan semasa pembentangan Belanjawan 2026 yang dijadualkan pada Jumaat ini.

Share2Tweet2Pin1

Related Posts

Berita

Dividen ASB 2025 Dijangka Kekal Stabil Antara 5.3–6.0 Sen

December 1, 2025
Acara

Kementerian Pertahanan Perkasa Pendidikan Anak ATM Melalui Program e-Perkasa dan Sentuhan Elit

November 27, 2025
Berita

Bantuan Wang Ihsan RM1,000 Disalurkan Kepada Semua Mangsa Banjir Berdaftar

November 26, 2025
Berita

Bantuan Awal RM500 Kepada Mangsa Banjir Selangor

November 26, 2025
Berita

KPM Aktifkan Ops Payung, Nafi Dakwaan Kertas SPM Bocor

November 25, 2025
Berita

SPM Musim Banjir, Peperiksaan Tetap Jalan Di Seluruh Negeri Bermula Hari Ini

November 25, 2025
Next Post

Pink Ribbon Run 2025: KKM Bantu Wanita Malaysia Sayangi Diri Dan Lawan Kanser Payudara

TRENDING

Apakah Perbezaan Antara STR Dan SARA?

October 21, 2025

Siri Dramatik Safira (Bukan Nama Sebenar) Dirasmi Akan Datang

November 10, 2025

Roti Putih vs Roti Gandum: Mana Sebenarnya Lebih Sihat Untuk Sarapan?

October 21, 2025

Apakah Itu ‘Refresh Rate’ 120 Hz Pada Telefon Bimbit Dan Kegunaannya

November 30, 2023

Budaya Songsang: Ancaman Fitrah, Moral & Masa Depan Masyarakat

December 2, 2025

Baca Al-Quran Guna Telefon Tanpa Wuduk, Boleh Ke? Ini Penjelasan Sebenar

December 2, 2025
  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

© 2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Automotif
  • Contact
  • Demo Homepage
  • Example of Shortcodes
  • Full Screen Home
  • Full Screen Slider Home
  • Home
  • Home 1
  • Home 1
  • Home 2
  • Home 2
  • Infinite Scroll Home
  • No Sidebar Home
  • Sample Page
  • Simple Four
  • Simple One
  • Simple Three
  • Simple Two

© 2026 JNews - Premium WordPress news & magazine theme by Jegtheme.