Hangat.com
TRENDING
No Result
View All Result
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
SUBSCRIBE
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
No Result
View All Result
Hangat.com
No Result
View All Result
Home How To

Pasport Malaysia Merangkumi Tempat Ketiga Keseluruhan Global?

by Bunyamin Azuddin
November 6, 2025
in How To, PEEK DAILY, Trivia
5
SHARES
Share on FacebookShare on Twitter

Anda tahu tak bahawa Pasport Malaysia telah merangkumi tempat ketiga secara global dalam Indesk Pasport 2025, lalu menjadi penanda aras untuk kedudukan pasport? Ini adalah satu capaian yang perlu diraikan!

Walau bagaimanapun, ini hanyalah sebuah kebetulan, kerana Malaysia berkongsi kedudukan ketiganya dengan 15 negara lain iaitu Belgium, Perancis, Jerman, Belanda, Finland, Luxembourg, Itali, Denmark, Portugal, Switzerlan, Greece, Austria, Norway, Ireland, dan Korea Selantan.

Namun tidak dipandang rendah bahawa Malaysia mempunyai kekuasaan yang sama dengan negara-negara lain.

Pasport Emiriah Arab Bersatu (UAE), menduduki tempat pertama, manakala Singapura dan Sepanyol menduduki tempat kedua, masing-masing boleh melancong ke 179 dan 175 negara.

Di tempat ketiga pula hanya dapat berlancong ke 174. Walaupun perbezaannya kecil, ia tetap ada kesan yang tinggi.

Merujuk kepada Jabatan Imigresen Malaysia di laman media sosialnya, mengumumkan pencapaian ini mencerminkan kepercayaan antarabangsa dan pengiktirafan terhadap keselamatan dokumen perjalanan Malaysia pada 5 November 2025 yang lalu.

Tidak dinafikan kenapa sesetengah rakyat tidak mempunyai pasport.

Seterusnya akan dinyatakan kenapa mempunyai pasport amat penting, dan bagaimana seseorang individu boleh membuat pemohonan pasport jikalau telah mengatasi atau berada dibawah umur 18 tahun.


Mengapa

Identifikasi dan Pengesahan Identiti

Ini adalah salah satu sebab yang paling penting kerana maklumat peribadi dan biometrik termasuk dalam pasport, dapat meningkatkan integriti dokumen perjalanan dan melindungi identiti pemegang pasort daripada pemalsuan dan kecurian identiti. Dengan teknolgi cip yang sukar dipalsukan, sistem e-pasport yang digunakan Malaysia diperkukuh keselamatannya.

Memudahkan Pergerakan Antarabangsa

Ini juga adalah sebab yang ringkas diterangkan juga, di mana pemegang dapat kemudahan perjalanan visa-free atau visa on arrival ke 174 negara; dengan sebab ini juga pelancongan, urusan perniagaan, pendidikan, dan pekerjaan di luar negara tanpa halngan visa yang ketat dapat dipermudahkan.

Keselamatan dan Kawalan Imigresen

Kawalan keselamatan pintu masuk negara dijalankan dengan lebih berkesan bagi menyaring pelawat berisiko tinggi dan menjaga keselamatan nasional.

Menyokong Pelbagai Sektor Ekonomi dan Sosial

Pelancongan

Pasport yang kukuh memudahkan perjalanan antarabangsa lalu membantu meningkatkan jumlah pelancong Malaysia yang menjelajah dunia serta menarik pelancong asing ke Malaysia.

Oleh itu, ia dapat memanfaatkan ekonomi negara melalui perbelanjaan pelancong, cukai pelancongan, penciptaan pekerjaan, dan perniagaan berkaitan serta promosi budaya

Pekerjaan dan Pendidikan

Dengan pasport ini dapat memudahkan pengaksesan peluang pekerjaan, latihan, dan pendidikan di luar negara dengan lebih mudah tanpa halangan visa yang rumit, lalu membantu pemindahan kemahiran dan jaringan profesional.

Urusan Perniagaan dan Pelaburan

Akhir sekali, mobiliti yang tinggi melalui penggunaan pasport di lapangan terbangan dapat membolehkan pemiliknya menjalankan urusan dalam pelbagai pasaran global


Bagaimana Untuk Membuat Permohonan

Inilah adalah secara ringkasnya, tetapi anda boleh membuat layaran yang lebih lanjut di laman sesawang ini.

1. Sediakan Dokumen Diperlukan

Pemohon mempunyai Kad Pengenalan (MyKad) asal

Tetapi bagi pemohon bawah 18 tahun:

  • MyKad / MyKid dan Sijil Lahir pemohon
  • MyKad ibu atau bapa (dan juga salah seorang ibu/bapa/penjaga yang sah perlu hadir bersama)

Tambahan, permohonan kali pertama perlukan pemohon hadir sendiri di Pejabat Imigresen

2. Pilih Tempat Permohonan

  • Pejabat Imigresen Malaysia (JIM) di seluruh negara
  • Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang mempunyai perkhidmatan imigresen (selalunya dengan waktu operasi yang lebih panjang)

3. Proses Permohonan di Kaunter

  1. Hadir Sendiri: Pemohon hadir sendiri ke pejabat imigresen
  2. Ambil Nombor Giliran: Dapat nombor tersebut untuk urusan
  3. Serahan Dokumen: Apabila nombor dipanggil, menyerahkan dokumen lengkap kepada pegawai
  4. Pengambilan Gambar dan Cap Jari: Pegawai mengambil gambar dan cap jari (kebanyakan Pejabat Imigresen di Semenanjung Malaysia sudah menggunakan sistem ini, jadi gambar bersazi pasport mungkin tidak diperlukan)
  5. Pembayaran: Setelah permohonan diluluskan, boleh membuat pembayaran di kaunter bayaran

Terdapat kategori yang terlibat, dengan juga bayarannya juga dalam 5 tahun:

  • Biasa (13 hingga 59 tahun): RM200
  • Kanak-kanak (12 tahun ke bawah): RM100
  • Warga Emas (60 tahun ke atas): RM100
  • Pelajar (di bawah 21 tahun, ataupun sambung ijazah luar negara): RM100
  • Orang Kelainan Upaya (OKU): Percuma

4. Pengambilan Pasport

Pasport baharu akan dicetak dan boleh mengambilnya dalam tempoh yang ditetapkan (selalunya dalam temphon beberapa jam sahaja jika tiada masalah)

Untuk Pembaharuan Pasport (Renewal)

Boleh pertimbangkan penggunaan perkhidmatan MyOnline Pasport (Pembaharuan Pasport Secara Dalam Talian) melalui portal rasmi Jabatan Imigresen Malaysia jika anda memenuhi syarat (biasanya untuk pemohon berumu 13 tahu ke atas yang telah memiliki e-pasport).


Rujukan: The Star

Share2Tweet1Pin

Related Posts

Games

Sony Perkenal Controller PS5 Edisi Terhad Genshin Impact

December 3, 2025
PEEK DAILY

Kenapa Kelantan Selalu Banjir Hujung Tahun? Ini Puncanya!

December 2, 2025
PEEK DAILY

Budaya Songsang: Ancaman Fitrah, Moral & Masa Depan Masyarakat

December 2, 2025
PEEK DAILY

Baca Al-Quran Guna Telefon Tanpa Wuduk, Boleh Ke? Ini Penjelasan Sebenar

December 2, 2025
Games

GTA 6 Dijangka Meletup Di 2026 — Tetapi Adakah PS6 Lebih Awal Dari Yang Kita Sangka?

December 2, 2025
PEEK DAILY

(EKSKLUSIF) Dah Mula Kerja Terus Kena ‘Sponsor’ Keluarga?

December 2, 2025
Next Post

7 Game Percuma Dengan Visual Setanding AAA

TRENDING

Siri Dramatik Safira (Bukan Nama Sebenar) Dirasmi Akan Datang

November 10, 2025

Apakah Itu ‘Refresh Rate’ 120 Hz Pada Telefon Bimbit Dan Kegunaannya

November 30, 2023

Hampir 10 Kenderaan Rosak, Stesen PETRONAS BBN Nilai Ditutup Dakwaan Petrol Bercampur Air

November 19, 2025

Kenapa Kelantan Selalu Banjir Hujung Tahun? Ini Puncanya!

December 2, 2025

Baca Al-Quran Guna Telefon Tanpa Wuduk, Boleh Ke? Ini Penjelasan Sebenar

December 2, 2025

ANGKASA-X Ke Angkasa Dengan Satelit Leo Yang Direka Di Malaysia Untuk Kegunaan Asia Tenggara

June 28, 2023
  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

© 2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Automotif
  • Contact
  • Demo Homepage
  • Example of Shortcodes
  • Full Screen Home
  • Full Screen Slider Home
  • Home
  • Home 1
  • Home 1
  • Home 2
  • Home 2
  • Infinite Scroll Home
  • No Sidebar Home
  • Sample Page
  • Simple Four
  • Simple One
  • Simple Three
  • Simple Two

© 2025 JNews - Premium WordPress news & magazine theme by Jegtheme.