Hangat.com
TRENDING
No Result
View All Result
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
SUBSCRIBE
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
No Result
View All Result
Hangat.com
No Result
View All Result
Home PEEK DAILY

Nexpert Academy Buka Laluan Emas Bakat Bumiputera Dalam AI & Teknologi Masa Depan

by Ayu Ieranatasya
November 27, 2025
in PEEK DAILY, Pendidikan, Tech
11
SHARES
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam usaha memperkasakan bakat Bumiputera, Nexpert Academy kini menawarkan peluang eksklusif untuk mengikuti program pensijilan profesional bertaraf industri dalam bidang Artificial Intelligence (AI), Machine Learning (ML), keselamatan siber, pengkomputeran awan, dan pembangunan perisian canggih di bawah inisiatif pembiayaan pendidikan Yayasan Peneraju.

Dari kiri: Nazreen Abdul Ghani, Pengarah Nexpert Academy, dan Shaazana Abdul Ghani, Pengurus Pemasaran Nexpert Academy.

Pengarah Nexpert Academy, Nazreen Abdul Ghani, menegaskan bahawa inisiatif ini bukan sekadar latihan, tetapi laluan strategik untuk menghasilkan tenaga kerja berkemahiran tinggi yang bersedia menghadapi cabaran Revolusi Industri 4.0.

“Inisiatif ini bertujuan memperkukuh penguasaan Bumiputera dalam sektor AI dan teknologi bernilai tinggi, selaras dengan transformasi negara ke arah ekonomi digital pintar,” kata beliau.

Program Pilihan & Permintaan Tinggi

Antara program yang mendapat sambutan hangat ialah AI & Machine Learning Bootcamp dan Network & Multicloud Bootcamp. Modulnya direka untuk peserta dari semua latar belakang, termasuk mereka bukan IT, dengan fokus kepada pembangunan model AI, analisis data besar, automasi pintar dan keselamatan siber. Peserta juga berpeluang memperoleh pensijilan antarabangsa daripada Microsoft, EC-Council dan CompTIA.

Sementara itu, Pengurus Pemasarannya, Shaazana Abdul Ghani berkata, program tersebut menarik minat ramai peserta bukan IT yang mahu beralih kerjaya kerana modulnya direka khusus untuk pemula selain menawarkan pensijilan antarabangsa.

“Pensijilan ini membuka peluang untuk kerjaya berkemahiran tinggi tanpa perlu ijazah atau diploma IT. Ramai alumni kami berjaya memasuki industri IT dan memperoleh kenaikan gaji walaupun bermula tanpa pengalaman asas,” katanya.

Pembiayaan Fleksibel & Tanpa Bayaran Balik

Melalui skim Single (tiada bayaran balik) Yayasan Peneraju, peserta menerima pembiayaan penuh yang boleh bertukar menjadi geran jika kehadiran minimum 85% dan lulus penilaian akhir berjaya dipenuhi. Langkah ini bukan sahaja memudahkan peserta menimba ilmu, malah membantu meningkatkan taraf hidup keluarga.

Misi Strategik Negara & Impak Masa Depan

Sejak penubuhannya pada 2010, Nexpert Academy telah menjadi rakan latihan rasmi Yayasan Peneraju, menyokong agenda negara dalam pembangunan bakat digital dan AI. Usaha ini seiring dengan aspirasi Malaysia menjadi negara AI menjelang 2030, di mana bakat digital dijangka menjadi tulang belakang sektor pendidikan, kesihatan, pertanian pintar, kewangan, perkhidmatan awam dan industri teknologi tinggi.

Proses permohonan mudah, melibatkan pengisian borang, dokumen rasmi, dan pengesahan Certified True Copy (CTC). Pembiayaan kursus akan dipindahkan terus kepada penyedia latihan selepas kelulusan.

Permohonan untuk pengambilan terakhir dibuka sehingga 15 Disember ini, memberi peluang kepada Bumiputera mengejar kerjaya berpendapatan tinggi dalam bidang teknologi masa depan.

Utk maklumat atau pendaftaran segera sila layari
www.nexpertsgrants.com

Share4Tweet3Pin1

Related Posts

Games

Sony Perkenal Controller PS5 Edisi Terhad Genshin Impact

December 3, 2025
PEEK DAILY

Kenapa Kelantan Selalu Banjir Hujung Tahun? Ini Puncanya!

December 2, 2025
PEEK DAILY

Budaya Songsang: Ancaman Fitrah, Moral & Masa Depan Masyarakat

December 2, 2025
PEEK DAILY

Baca Al-Quran Guna Telefon Tanpa Wuduk, Boleh Ke? Ini Penjelasan Sebenar

December 2, 2025
Games

GTA 6 Dijangka Meletup Di 2026 — Tetapi Adakah PS6 Lebih Awal Dari Yang Kita Sangka?

December 2, 2025
PEEK DAILY

(EKSKLUSIF) Dah Mula Kerja Terus Kena ‘Sponsor’ Keluarga?

December 2, 2025
Next Post

Genshin Impact Perkenal Versi Luna III Pada 3 Disember

TRENDING

Lebih 53,000 Pasangan Islam Bercerai Dalam Tempoh Sembilan Bulan, JKSM Bongkar Lima Punca Utama

November 10, 2025

Apakah Perbezaan Antara STR Dan SARA?

October 21, 2025

Ramai Tak Tahu! Ini Kisah Sebenar Di Sebalik Wau Bulan Yang Jadi Ikon Malaysia

October 28, 2025

Baca Al-Quran Guna Telefon Tanpa Wuduk, Boleh Ke? Ini Penjelasan Sebenar

December 2, 2025

Budaya Songsang: Ancaman Fitrah, Moral & Masa Depan Masyarakat

December 2, 2025
Foto: Techlicious

Ikuti 5 Cara Mudah Mengatasi Telefon Bimbit Mati

January 15, 2019
  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

© 2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Automotif
  • Contact
  • Demo Homepage
  • Example of Shortcodes
  • Full Screen Home
  • Full Screen Slider Home
  • Home
  • Home 1
  • Home 1
  • Home 2
  • Home 2
  • Infinite Scroll Home
  • No Sidebar Home
  • Sample Page
  • Simple Four
  • Simple One
  • Simple Three
  • Simple Two

© 2026 JNews - Premium WordPress news & magazine theme by Jegtheme.