Hangat.com
TRENDING
No Result
View All Result
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
SUBSCRIBE
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
No Result
View All Result
Hangat.com
No Result
View All Result
Home PEEK DAILY

Menara Merdeka 118 Diiktiraf Bangunan Tinggi Terbaik Dunia, Cipta Sejarah Baharu Buat Malaysia!

by Ayu Ieranatasya
November 4, 2025
in PEEK DAILY, Trivia
5
SHARES
Share on FacebookShare on Twitter

Malaysia terus mencipta nama di peringkat antarabangsa apabila Menara Merdeka 118 secara rasminya diiktiraf sebagai Bangunan Tinggi Terbaik (300 meter ke atas) oleh Council on Vertical Urbanism (CVU), satu lagi pencapaian membanggakan buat negara di mata dunia.

Anugerah berprestij ini disampaikan sempena Majlis Anugerah CVU 2025 di Toronto, Kanada, yang meraikan kecemerlangan dalam reka bentuk bangunan tinggi dan perancangan bandar di peringkat global.

Diiktiraf Dunia, Simbol Kemajuan Negara

CVU, sebelum ini dikenali sebagai Council on Tall Buildings and Urban Habitat (CTBUH), merupakan antara badan paling berpengaruh dalam bidang pencakar langit dan kehidupan bandar moden.

Menurut PNB Merdeka Ventures Sdn. Bhd. (PNBMV), pengiktirafan ini mencerminkan kehebatan seni bina, kepakaran kejuruteraan, serta komitmen Merdeka 118 terhadap kelestarian.

“Dengan ketinggian 678.9 meter di tengah-tengah Kuala Lumpur menjadikan Merdeka 118 sebagai bangunan tertinggi di Asia Tenggara dan menara kedua tertinggi di dunia, melambangkan kemajuan serta aspirasi negara,” menurut kenyataan itu.

“Bukan Sekadar Menara Ikonik” – Tengku Ab Aziz

Ketua Pegawai Eksekutif PNBMV, Datuk Tengku Ab Aziz Tengku Mahmud berkata pengiktirafan ini merupakan penghormatan besar buat Malaysia serta semua pihak yang terlibat dalam merealisasikan pembinaan Merdeka 118.

 

“Sejak dari awal lagi, visi kami bukan hanya untuk membina sebuah menara ikonik, tetapi juga membentuk sebuah kawasan menghubungkan masyarakat, meraikan warisan serta menyumbang kepada pembangunan bandar yang lebih mampan dan inklusif.

Kami berasa bangga apabila visi ini diiktiraf di peringkat antarabangsa. Merdeka 118 mencerminkan semangat kemerdekaan, melambangkan ketabahan dan keyakinan Malaysia terhadap masa depan,” katanya.

Seni Bina Abadi Yang Menghormati Warisan

Arkitek utama Fender Katsalidis, Karl Fender, pula berkata reka bentuk Merdeka 118 bukan sekadar untuk mencapai ketinggian luar biasa, sebaliknya mencipta monumen abadi yang menghormati warisan Malaysia sambil meraikan masa depannya.

“Anugerah ini mengukuhkan keyakinan kami bahawa seni bina unggul terhasil daripada nilai serta tujuan mendalam, sekali gus menjadi sumber inspirasi kepada generasi akan datang,” katanya.

Pengerusi CVU, Shonn Mills, menyifatkan Merdeka 118 sebagai kecemerlangan reka bentuk bersepadu yang menggabungkan kecekapan teknikal, nilai penceritaan budaya dan tanggungjawab terhadap alam sekitar.

“Ia menjadi contoh bagaimana bangunan tinggi mampu berperanan sebagai pemangkin kepada pembaharuan bandar, sambil mencerminkan identiti serta aspirasi sesebuah negara,” katanya.

Sebaris Dengan Pembangunan Bertaraf Dunia

Menurut PNBMV, Merdeka 118 kini diiktiraf sebaris dengan pembangunan bertaraf dunia atas keunggulan dalam reka bentuk, inovasi, serta peranannya dalam memajukan konsep pembangunan bandar lestari.

Dibangunkan oleh PNB Merdeka Ventures, anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB), menara ini menjadi mercu utama Presint Merdeka 118 yang merangkumi pembangunan bercampur yang menampilkan dua stadium bersejarah, ruang komuniti dan reka bentuk berasaskan kelestarian.

“Komponen utama seperti Stadium Merdeka dan 118 Mall dijangka menjadi destinasi awam inklusif, disokong pelbagai inisiatif berteraskan komuniti termasuk Program Penambahbaikan Ruang Awam Merdeka 118 dan Geran Komuniti Merdeka 118,” menurut kenyataan itu.

Hidupkan Semula Warisan Kuala Lumpur

Kedua-dua inisiatif itu merupakan sebahagian daripada projek Warisan KL, yang bertujuan menghidupkan semula kawasan kejiranan di sekitarnya serta mengukuhkan jalinan komuniti di ibu kota.

Menurut PNBMV lagi, pengiktirafan global ini mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai peneraju dalam pembangunan bandar mampan dan inklusif.

Share2Tweet1Pin

Related Posts

Games

Sony Perkenal Controller PS5 Edisi Terhad Genshin Impact

December 3, 2025
PEEK DAILY

Kenapa Kelantan Selalu Banjir Hujung Tahun? Ini Puncanya!

December 2, 2025
PEEK DAILY

Budaya Songsang: Ancaman Fitrah, Moral & Masa Depan Masyarakat

December 2, 2025
PEEK DAILY

Baca Al-Quran Guna Telefon Tanpa Wuduk, Boleh Ke? Ini Penjelasan Sebenar

December 2, 2025
Games

GTA 6 Dijangka Meletup Di 2026 — Tetapi Adakah PS6 Lebih Awal Dari Yang Kita Sangka?

December 2, 2025
PEEK DAILY

(EKSKLUSIF) Dah Mula Kerja Terus Kena ‘Sponsor’ Keluarga?

December 2, 2025
Next Post

BUDI95 Kini Sampai 800 Liter Sebulan! Pemandu E-Hailing Tarik Nafas Lega, Tapi Cukup Ke?

TRENDING

Lebih 53,000 Pasangan Islam Bercerai Dalam Tempoh Sembilan Bulan, JKSM Bongkar Lima Punca Utama

November 10, 2025

Apakah Perbezaan Antara STR Dan SARA?

October 21, 2025

Ramai Tak Tahu! Ini Kisah Sebenar Di Sebalik Wau Bulan Yang Jadi Ikon Malaysia

October 28, 2025

Baca Al-Quran Guna Telefon Tanpa Wuduk, Boleh Ke? Ini Penjelasan Sebenar

December 2, 2025

Budaya Songsang: Ancaman Fitrah, Moral & Masa Depan Masyarakat

December 2, 2025
Foto: Techlicious

Ikuti 5 Cara Mudah Mengatasi Telefon Bimbit Mati

January 15, 2019
  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

© 2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Automotif
  • Contact
  • Demo Homepage
  • Example of Shortcodes
  • Full Screen Home
  • Full Screen Slider Home
  • Home
  • Home 1
  • Home 1
  • Home 2
  • Home 2
  • Infinite Scroll Home
  • No Sidebar Home
  • Sample Page
  • Simple Four
  • Simple One
  • Simple Three
  • Simple Two

© 2026 JNews - Premium WordPress news & magazine theme by Jegtheme.