Hangat.com
TRENDING
No Result
View All Result
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
SUBSCRIBE
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
No Result
View All Result
Hangat.com
No Result
View All Result
Home Berita

MCW Persoal Legaliti Tol Jalan Genting Highlands

by Ayu Ieranatasya
November 17, 2025
in Berita, INSENTIF GOMEN
6
SHARES
Share on FacebookShare on Twitter

Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim menegaskan bahawa jalan raya yang digunakan orang awam tidak boleh dikenakan tol secara unilateral oleh pihak swasta. MCW memandang serius isu kewujudan plaza tol di laluan menuju Genting Highlands yang didakwa sebagai jalan persendirian.

SPRMPresiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim

Jais berkata langkah itu boleh menimbulkan persoalan besar melibatkan dasar awam, integriti pentadbiran tanah dan kepentingan pengguna.

“Hakikatnya, laluan Genting Highlands bukan sekadar jalan ke pusat peranginan atau kasino tetapi ia digunakan setiap hari oleh ribuan pekerja, guru, petugas operasi, penduduk setempat, dan menjadi laluan penghubung antara Genting Sempah ke Batang Kali dan antara Pahang-Selangor-Perak,”katanya.

Tambah beliau apabila jalan awam digunakan untuk tujuan umum, maka prinsip kepentingan awam mestilah mengatasi kepentingan komersial mana-mana syarikat.

Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW)

MCW turut mempersoalkan sama ada wujud kelulusan rasmi kerajaan negeri atau Persekutuan yang membenarkan kutipan tol oleh entiti swasta.

“Di manakah ketelusan kadar tol, mekanisme kutipan, audit dan penguatkuasaannya. Apakah jaminan bahawa tindakan ini tidak menjadi preseden berbahaya , yang mana selepas ini mana-mana syarikat boleh membina jalan ke premis mereka dan kemudian mengenakan tol ke atas rakyat,” katanya.

MCW menggesa kerajaan negeri Pahang dan Selangor menjelaskan status tanah serta legaliti tol tersebut, selain meminta Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Kewangan menyatakan pendirian rasmi.

Terdahulu, Genting Malaysia Bhd memaklumkan semua kenderaan yang memasuki laluan itu akan dikenakan bayaran, dengan butiran lanjut akan diumumkan kemudian.

Jais turut menegaskan bahawa kos infrastruktur tidak boleh dibebankan kepada rakyat, khususnya pekerja yang terpaksa melalui laluan berkenaan setiap hari. MCW menuntut siasatan dan semakan integriti dilakukan segera sebelum sebarang kutipan tol dilaksanakan.

Sumber: Berita Harian

Share2Tweet2Pin1

Related Posts

Berita

8,000 Kereta Tenggelam Banjir di Hat Yai

December 2, 2025
Berita

Dividen ASB 2025 Dijangka Kekal Stabil Antara 5.3–6.0 Sen

December 1, 2025
Berita

Serbuan Songsang Chow Kit: Guru Antara 201 Ditahan, i-Guru Desak KPM Bertindak Tegas

December 1, 2025
Berita

Wanita Hat Yai Terpaksa Simpan Jenazah Ibu Dalam Peti Sejuk Terapung Ketika Banjir Besar

November 27, 2025
Acara

Kementerian Pertahanan Perkasa Pendidikan Anak ATM Melalui Program e-Perkasa dan Sentuhan Elit

November 27, 2025
Berita

‘Saya Bukan Proksi!’ Wanita Nafi Terlibat, Tuduh Albert Tei Buat Fitnah Jahat Libatkan PM & Shamsul Iskandar

November 27, 2025
Next Post

Apa Malaysia Boleh Ambil Daripada China Dalam Pembelajaran?

TRENDING

Siri Dramatik Safira (Bukan Nama Sebenar) Dirasmi Akan Datang

November 10, 2025

RVM Pintar 5 Dalam 1, Inovasi Hijau Selangor Galak Masyarakat Kitar Semula

October 8, 2025

Apakah Itu ‘Refresh Rate’ 120 Hz Pada Telefon Bimbit Dan Kegunaannya

November 30, 2023

Apakah Perbezaan Antara STR Dan SARA?

October 21, 2025
Foto: Flickr

7 Telefon Bimbit Terawal Dan Tertua Yang Pernah Di bina

December 26, 2018

Tabung Haji Buka Peluang Kedua! Rayuan Haji 2026 Kini Boleh Dimohon Mulai 3 November

October 28, 2025
  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

© 2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Automotif
  • Contact
  • Demo Homepage
  • Example of Shortcodes
  • Full Screen Home
  • Full Screen Slider Home
  • Home
  • Home 1
  • Home 1
  • Home 2
  • Home 2
  • Infinite Scroll Home
  • No Sidebar Home
  • Sample Page
  • Simple Four
  • Simple One
  • Simple Three
  • Simple Two

© 2026 JNews - Premium WordPress news & magazine theme by Jegtheme.