Pada hari Isnin (17/11) yang lepas, seorang wakil daripada pihak Murai di bawah Lowyat diberi peluang untuk menuntut jemputan sebuah majlis yang berlaku di Hemisfera Luxury Sky Hall. Tapi apakah majlis yang telah berlaku di lokasi tersebut?
Senang cerita: untuk mengumum semula kembali Prosperity Burger, yang telah berlaku dari 20 November dan berakhir hingga 31 Disember 2025.
Ini adalah disebabkan McDonald’s Malaysia melancar kempen terbaharunya: “Prosperity Kembali, Lebih Bererti.” Ini adalah untuk menyambut kembalian burger lada hitam, tetapi merupakan satu peluan dalam penyumbangan masyarakat.
Selain itu, dapat juga curly fries dan McFizz di lebih 370 restoran McDonald’s di seluruh negara.
Ini juga kerana ia sebuat tradisi yang dinantikan-natikan oleh rakyat Malaysia. Naib Presiden Kanan dan Ketua Pegawai Impak McDonald’s Malaysia, Melati Abdul Hai mengujar bahawa konsep ‘prosperity’ bukan hanya terletak pada apa yang dimiliki, tetapi pada sokongan, hubungan, dan kesatuan komuniti.

Melati Abdul Hai (bertudung putih)
Tetapi sebelum majlis pengumuman ini berlaku pada waktu, kanak-kanak dari Rumah Ronald McDonald di Hospital Tunku Azizah dan Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM berpeluan menimati pengalaman ini juga.
Dia menyatakan sebegini:
“Tahun ini lebih istimewa lagi kerana kami memanfaatkannya dengan menyantuni kanak-kanak yang memerlukan, menerusi badan amal pilihan kami, Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) Malaysia.
Merujuk kepadanya juga, dana yang disalur melalui sumbangan 20 sen kepada RMHC bagi setiap pembelian set pada tarikh tersebut daripada kempen ini akan menyokong program-program tersebut:
Rumah Ronald McDonald
- Penyediaan penginapan kepada keluarga pesakit pediatrik
Gift of Smile
- Penajaan pembedahan sumbing bibir dan lelangit
Back-to-School
- Pembekalan kelengkapan sekolah untuk murid daripada keluarga berpendapatan rendah
Sensory Rooms
- Membantu kanak-kanak berkeperluan khas mendapat akses terapi yang lebih selesa
Melalui ini, dia berkata sokongan bukan sahaj dapat menyajikan hidangan kegemaran ramai tetapi membantu RHMC dan mengubah kehidupan kanak-kanak yang memerlukan di seluruh negara.
Dia menjelas sebegini:
“Prosperity Burger bukan hanya satu hidangan, ia melambangkan harapan, kebersamaan dan kenangan yang dikongsi bersama. Setiap tahun, rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang, keluarga, dan rakan-rakan akan bertemu bagi berkongsi momen istimewa sambil menikmati Prosperity Burger.”
Sebelum mengumum penamatan majlis ini, berlakunya gimik pelancaran formasi cahaya ratusan dron menerangi langit di lokasi tersebut.
Rujukan: Berita Harian, Sinar Harian












