Hangat.com
TRENDING
No Result
View All Result
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
SUBSCRIBE
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
No Result
View All Result
Hangat.com
No Result
View All Result
Home Berita

Makkah Dilanda Banjir Kilat Selepas Hujan Lebat, Kenderaan Terkandas Dalam Air Deras

by Farah Fatihah
November 13, 2025
in Berita, PEEK DAILY, Trivia
6
SHARES
Share on FacebookShare on Twitter

Sumber: Tangkapan layar video tular di X

Kota suci Makkah dilanda banjir kilat selepas hujan lebat turun tanpa henti semalam. Fenomena luar biasa itu jadi tular di media sosial apabila orang ramai berkongsi video air berlumpur mengalir deras di jalan utama sekitar bandar suci berkenaan.

Dalam rakaman yang dikongsi pengguna di platform X dan TikTok, kelihatan beberapa kenderaan terperangkap dalam banjir, manakala pemandu lain cuba mengharungi air yang semakin tinggi.

Malah, ada lebuh raya utama dilaporkan sesak kerana hujan lebat dan angin kuat yang menyebabkan lori serta kereta bergerak perlahan.

Mekkah, Jeddah dan Madinah Terjejas

Menurut laporan The Sun US, keadaan cuaca tidak menentu turut melanda kawasan utara dan barat Arab Saudi, termasuk Makkah, Jeddah dan Madinah.

Selain itu, Jabatan kaji cuaca tempatan menjangkakan hujan lebat akan berterusan hingga hujung minggu ini, dengan amaran ribut petir dan hujan batu dijangka berlaku dalam beberapa hari akan datang.

Kelajuan angin juga dilaporkan mencecah 50 kilometer sejam, sementara ombak di beberapa kawasan meningkat sehingga dua setengah meter.

Bukan itu sahaja, pihak berkuasa cuaca turut memberi amaran bahawa wilayah Jazan, Asir, Al-Baha dan Makkah akan terus menerima hujan lebat dalam tempoh terdekat.

Untuk rekod, tahun lalu juga beberapa kawasan di Arab Saudi pernah dilanda hujan lebat yang menyebabkan jalan raya bertukar menjadi sungai deras. Semoga keadaan kembali reda dan penduduk di sana dilindungi daripada sebarang bencana.

Hangat.com turut mendoakan agar semua jemaah, penduduk tempatan serta petugas di kawasan Makkah berada dalam keadaan selamat sepanjang tempoh cuaca tidak menentu ini.

Orang ramai juga diingatkan supaya sentiasa berwaspada dan mengikuti perkembangan semasa dari pihak berkuasa.

Share2Tweet2Pin1

Related Posts

Games

Sony Perkenal Controller PS5 Edisi Terhad Genshin Impact

December 3, 2025
PEEK DAILY

Kenapa Kelantan Selalu Banjir Hujung Tahun? Ini Puncanya!

December 2, 2025
PEEK DAILY

Budaya Songsang: Ancaman Fitrah, Moral & Masa Depan Masyarakat

December 2, 2025
Berita

8,000 Kereta Tenggelam Banjir di Hat Yai

December 2, 2025
PEEK DAILY

Baca Al-Quran Guna Telefon Tanpa Wuduk, Boleh Ke? Ini Penjelasan Sebenar

December 2, 2025
Games

GTA 6 Dijangka Meletup Di 2026 — Tetapi Adakah PS6 Lebih Awal Dari Yang Kita Sangka?

December 2, 2025
Next Post

Rakyat Kelantan Kini Boleh Dulang Emas, Lesen Akan Dikeluarkan Oleh Kerajaan Negeri

TRENDING

Hampir 10 Kenderaan Rosak, Stesen PETRONAS BBN Nilai Ditutup Dakwaan Petrol Bercampur Air

November 19, 2025

Siri Dramatik Safira (Bukan Nama Sebenar) Dirasmi Akan Datang

November 10, 2025
Foto: Flickr

7 Telefon Bimbit Terawal Dan Tertua Yang Pernah Di bina

December 26, 2018

Nampak Sama, Tapi Tak Serupa! Ini Perbezaan Antara LRT dan MRT

October 29, 2025
Foto: Techlicious

Ikuti 5 Cara Mudah Mengatasi Telefon Bimbit Mati

January 15, 2019
Foto: The Metropolitan Museum of Art, New York

Unik! 10 Jam Tertua Di Dunia

November 22, 2018
  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

© 2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Automotif
  • Contact
  • Demo Homepage
  • Example of Shortcodes
  • Full Screen Home
  • Full Screen Slider Home
  • Home
  • Home 1
  • Home 1
  • Home 2
  • Home 2
  • Infinite Scroll Home
  • No Sidebar Home
  • Sample Page
  • Simple Four
  • Simple One
  • Simple Three
  • Simple Two

© 2025 JNews - Premium WordPress news & magazine theme by Jegtheme.