Hangat.com
TRENDING
No Result
View All Result
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
SUBSCRIBE
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
No Result
View All Result
Hangat.com
No Result
View All Result
Home PEEK DAILY

‘Lesen Nafsu’ Dijadikan Tuntutan? Tekan Hak Batin 3 – 4 Kali Seminggu

Lelaki Ini Buat Netizen Naik Angin

by Ayu Ieranatasya
December 1, 2025
in PEEK DAILY, Trivia
9
SHARES
Share on FacebookShare on Twitter

Sebuah tangkap layar perbualan WhatsApp tular di media sosial apabila seorang gadis tampil berkongsi mesej tidak selesa daripada seorang lelaki yang baru dikenalinya selama tiga hari.

Tanpa disangka, perbualan yang sepatutnya ringan berubah menjadi perbincangan berat mengenai nafsu, hubungan intim, dan tuntutan batin dalam perkahwinan sehingga mencetuskan rasa kurang senang ramai pengguna X.

Tangkapan layar perbualan WhatsApp tular, dikongsi pengguna di aplikasi thread

Lelaki berkenaan dilihat terlalu menekan soal batin, siap menyatakan “isteri kena layan 3–4 kali seminggu”, bahkan mengulang kenyataan “perempuan ada 9 nafsu dan lelaki hanya 1 iaitu perempuan”, dan mendakwa semua itu adalah tuntutan yang perlu diterima oleh bakal isteri.

Lebih membimbangkan, hujah-hujah itu disokong dengan statement agama serta dalil yang tidak diketahui sumbernya, sesuatu yang menimbulkan rasa kurang senang ramai.

Tangkap layar: Thread
Tangkap layar: Thread

Perkongsian itu  menarik perhatian netizen yang rata-rata terkejut dengan cara fikir individu berkenaan. Ramai yang menyuarakan kebimbangan apabila lelaki itu seolah-olah menyempitkan tujuan perkahwinan kepada pemenuhan nafsu semata-mata, bukannya tanggungjawab dan kasih sayang.

Tangkap layar: Thread

“Ramai ke lelaki lenjan bini masa period & berpantang? Fokus utama perkahwinan nafsu semata? Aku doa mamat tu dapat jodoh yang tak lalu nak layan nafsu dia setiap hari,” berang pengguna thread.

Ada juga yang menyindir bahawa cara lelaki itu berbicara jelas menunjukkan dia tidak pernah berkahwin dan hanya berfantasi.

“Yang chat tu nampak sangat tak kahwin lagi hm.”

Nafkah Zahir vs Nafsu.

Selain obsesi terhadap seks, satu lagi perkara yang mengganggu ramai netizen ialah apabila lelaki itu mula mengelak soalan tentang nafkah zahir, perkara wajib yang dituntut dalam Islam.

“Jangan bab batin ja laju tapi nafkah zahir mengelak. Kahwin bukan sebab nafsu semata.”

Netizen lain turut menegaskan bahawa sifat memimpin keluarga bukan sekadar menuntut layanan seksual, tetapi menyediakan rezeki, tanggungjawab dan perlindungan.

Netizen Betulkan Fakta Agama

Hujah lelaki tersebut yang mendakwa perempuan mempunyai “perempuan 9 nafsu, 1 akal” segera disangkal oleh ramai pengguna X yang tampil memberikan pembetulan.

“Hadis perempuan 9 nafsu 1 akal adalah palsu. Hadis payung emas juga palsu. Islam tekankan sakinah, mawaddah, warahmah,” tekan netizen.

Penjelasan ini mendapat sokongan ramai, terutama apabila isu agama sering disalahgunakan untuk menyokong kehendak peribadi. Menariknya, bukan wanita sahaja yang mengecam. Ramai lelaki turut berbicara, menegaskan individu itu tidak mewakili suara lelaki secara umum.

Tangkap layar: Thread

“Mindset macam ni memalukan kaum sendiri.”

“As a man, sangatlah disagree. Guna dalil tak sahih. Aku pun bernafsu, tapi tak payah sampai paksa orang terima kehendak kau.”

Mereka turut menegur perangai menggunakan agama sebagai “lesen” untuk menuntut layanan seksual tanpa berbicara tentang tanggungjawab yang lebih besar.

Share4Tweet2Pin1

Related Posts

Games

Sony Perkenal Controller PS5 Edisi Terhad Genshin Impact

December 3, 2025
PEEK DAILY

Kenapa Kelantan Selalu Banjir Hujung Tahun? Ini Puncanya!

December 2, 2025
PEEK DAILY

Budaya Songsang: Ancaman Fitrah, Moral & Masa Depan Masyarakat

December 2, 2025
PEEK DAILY

Baca Al-Quran Guna Telefon Tanpa Wuduk, Boleh Ke? Ini Penjelasan Sebenar

December 2, 2025
Games

GTA 6 Dijangka Meletup Di 2026 — Tetapi Adakah PS6 Lebih Awal Dari Yang Kita Sangka?

December 2, 2025
PEEK DAILY

(EKSKLUSIF) Dah Mula Kerja Terus Kena ‘Sponsor’ Keluarga?

December 2, 2025
Next Post

Serbuan Songsang Chow Kit: Guru Antara 201 Ditahan, i-Guru Desak KPM Bertindak Tegas

TRENDING

Apakah Perbezaan Antara STR Dan SARA?

October 21, 2025

Siri Dramatik Safira (Bukan Nama Sebenar) Dirasmi Akan Datang

November 10, 2025

Roti Putih vs Roti Gandum: Mana Sebenarnya Lebih Sihat Untuk Sarapan?

October 21, 2025

Apakah Itu ‘Refresh Rate’ 120 Hz Pada Telefon Bimbit Dan Kegunaannya

November 30, 2023

Budaya Songsang: Ancaman Fitrah, Moral & Masa Depan Masyarakat

December 2, 2025

Baca Al-Quran Guna Telefon Tanpa Wuduk, Boleh Ke? Ini Penjelasan Sebenar

December 2, 2025
  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

© 2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Automotif
  • Contact
  • Demo Homepage
  • Example of Shortcodes
  • Full Screen Home
  • Full Screen Slider Home
  • Home
  • Home 1
  • Home 1
  • Home 2
  • Home 2
  • Infinite Scroll Home
  • No Sidebar Home
  • Sample Page
  • Simple Four
  • Simple One
  • Simple Three
  • Simple Two

© 2026 JNews - Premium WordPress news & magazine theme by Jegtheme.