Hangat.com
TRENDING
No Result
View All Result
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
SUBSCRIBE
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
No Result
View All Result
Hangat.com
No Result
View All Result
Home Life

Lebih 53,000 Pasangan Islam Bercerai Dalam Tempoh Sembilan Bulan, JKSM Bongkar Lima Punca Utama

by Farah Fatihah
November 10, 2025
in Life, PEEK DAILY, Trivia
10
SHARES
Share on FacebookShare on Twitter

Sumber: Wanista

Dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini sahaja, seramai 53,245 pasangan Islam di seluruh negara telah sah bercerai! Antara semua negeri, Selangor mencatat jumlah tertinggi dengan 10,774 kes, diikuti Johor (6,078), Kedah (4,582), Perak (3,908) dan Kelantan (3,820).

Negeri dengan jumlah terendah pula ialah Perlis dengan 731 kes. Angka ini hanya melibatkan kes yang sudah disahkan oleh Mahkamah Syariah, belum termasuk yang masih dalam proses permohonan.

Jenis Kes Perceraian dan Statistik Mengejutkan

Menurut laporan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), kes perceraian yang direkodkan terdiri daripada pelbagai jenis. Paling tinggi ialah 31,845 kes perceraian dengan lafaz di depan hakim, diikuti 15,972 kes pengesahan lafaz di luar mahkamah. Selain itu, terdapat juga 4,090 kes fasakh, 1,257 kes taklik, dan 81 kes tebus talak.

Lima Punca Utama Perceraian

Ketua Pengarah JKSM, Datuk Mohd Amran Mat Zain, mendedahkan bahawa terdapat lima faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan kes perceraian dalam kalangan pasangan Islam.

Antara puncanya ialah kegagalan menunaikan tanggungjawab suami atau isteri, masalah kewangan, kecurangan, perlakuan kasar atau penderaan, serta pembabitan dalam jenayah atau dadah.

Usaha Mahkamah Syariah Selamatkan Rumah Tangga

Walau bagaimanapun, bukan semua kes berakhir dengan perceraian. JKSM menegaskan bahawa setiap permohonan akan melalui proses mediasi atau pendamaian (sulh), di mana pihak mahkamah cuba membantu pasangan berdamai terlebih dahulu.

Jika perbincangan gagal dan alasan perceraian memenuhi syarat hukum syarak, barulah perceraian disahkan secara sah di sisi undang-undang Islam.

Cadangan Kursus Selepas Kahwin

Bagi mengekang peningkatan kes perceraian, Datuk Mohd Amran mencadangkan agar kursus selepas perkahwinan diperkenalkan.

Kursus ini boleh membantu pasangan terutama yang berada dalam tempoh lima hingga sepuluh tahun pertama perkahwinan belajar tentang keibubapaan, pengurusan rumah tangga, komunikasi, dan batas gurauan dalam hubungan suami isteri.

Inisiatif Baharu: Bahagian Sokongan Keluarga (BSK)

Menariknya, JKSM kini mempunyai Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) yang berperanan memberi pendedahan tentang hak-hak pasangan dan bantuan undang-undang. Malah, pegawai BSK turun padang untuk membantu masyarakat, dan turut melibatkan pelajar universiti dalam latihan serta program kesedaran.

SUMBER RUJUKAN: BERITA HARIAN

Share4Tweet3Pin1

Related Posts

Games

Sony Perkenal Controller PS5 Edisi Terhad Genshin Impact

December 3, 2025
PEEK DAILY

Kenapa Kelantan Selalu Banjir Hujung Tahun? Ini Puncanya!

December 2, 2025
PEEK DAILY

Budaya Songsang: Ancaman Fitrah, Moral & Masa Depan Masyarakat

December 2, 2025
PEEK DAILY

Baca Al-Quran Guna Telefon Tanpa Wuduk, Boleh Ke? Ini Penjelasan Sebenar

December 2, 2025
Games

GTA 6 Dijangka Meletup Di 2026 — Tetapi Adakah PS6 Lebih Awal Dari Yang Kita Sangka?

December 2, 2025
PEEK DAILY

(EKSKLUSIF) Dah Mula Kerja Terus Kena ‘Sponsor’ Keluarga?

December 2, 2025
Next Post

Krisis Sudan Semakin Parah, Penduduk El-Obeid Cemas Ancaman Serangan RSF

TRENDING

Siri Dramatik Safira (Bukan Nama Sebenar) Dirasmi Akan Datang

November 10, 2025

RVM Pintar 5 Dalam 1, Inovasi Hijau Selangor Galak Masyarakat Kitar Semula

October 8, 2025
Foto: Flickr

7 Telefon Bimbit Terawal Dan Tertua Yang Pernah Di bina

December 26, 2018

Apakah Itu ‘Refresh Rate’ 120 Hz Pada Telefon Bimbit Dan Kegunaannya

November 30, 2023
Foto: The Metropolitan Museum of Art, New York

Unik! 10 Jam Tertua Di Dunia

November 22, 2018

Lebih 53,000 Pasangan Islam Bercerai Dalam Tempoh Sembilan Bulan, JKSM Bongkar Lima Punca Utama

November 10, 2025
  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

© 2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Automotif
  • Contact
  • Demo Homepage
  • Example of Shortcodes
  • Full Screen Home
  • Full Screen Slider Home
  • Home
  • Home 1
  • Home 1
  • Home 2
  • Home 2
  • Infinite Scroll Home
  • No Sidebar Home
  • Sample Page
  • Simple Four
  • Simple One
  • Simple Three
  • Simple Two

© 2026 JNews - Premium WordPress news & magazine theme by Jegtheme.