Hangat.com
TRENDING
No Result
View All Result
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
SUBSCRIBE
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
No Result
View All Result
Hangat.com
No Result
View All Result
Home INSENTIF GOMEN

Langkah Prihatin: Vaksin Influenza Percuma Untuk Anak-Anak Selangor!

by Farah Fatihah
November 3, 2025
in INSENTIF GOMEN, Kesihatan
5
SHARES
Share on FacebookShare on Twitter


Sumber:Klinik As-Salam

Kerajaan Negeri Selangor nampaknya semakin serius dalam menjaga kesihatan rakyat, terutamanya golongan kanak-kanak.

Terbaru, Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar negeri, Jamaliah Jamaluddin, mengumumkan bahawa program vaksin Influenza percuma akan mula dijalankan minggu hadapan.

Program ini akan memberi tumpuan kepada empat daerah dengan kes Influenza tertinggi Petaling, Klang, Gombak, dan Hulu Langat.

Menariknya, lebih 12,500 murid dijangka menerima manfaat daripada inisiatif ini dengan peruntukan sebanyak RM1 juta!

Jamaliah menjelaskan, program ini diwujudkan bagi memastikan kanak-kanak terutamanya daripada keluarga B40 mendapat perlindungan daripada jangkitan Influenza yang kian meningkat, selain membantu mengurangkan penularan dalam komuniti.

Dua Cara Untuk Dapatkan Vaksin

Ada dua kaedah pelaksanaan program ini. Pertama, vaksin akan diberikan di sekolah yang mempunyai Pusat Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), melibatkan kira-kira 4,720 murid berusia 8 tahun ke bawah daripada keluarga B40.

Setiap murid akan menerima risalah lengkap serta kod QR untuk pendaftaran menerusi aplikasi SELangkah.

Bagi yang tidak terlibat melalui sekolah, jangan risau, kalian boleh hadir tanpa janji temu ke Klinik Selcare atau klinik panel terpilih, asalkan ibu bapa sudah mendaftar dan mengesahkan kelayakan mereka di aplikasi SELangkah.

Kerjasama Pelbagai Pihak

Program ini dijayakan hasil kerjasama antara Selcare Management Sdn Bhd, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, pihak sekolah dan pusat khidmat masyarakat dan semua berganding bahu untuk memastikan pelaksanaan berjalan lancar.

Jamaliah turut menyeru ibu bapa yang layak agar segera mendaftar dan tidak melepaskan peluang ini. Katanya lagi, kerajaan negeri kekal komited untuk memastikan kesihatan dan kesejahteraan anak-anak Selangor terus terjaga.

“Program vaksinasi ini bukan sahaja dapat membantu meringankan beban keluarga B40, tetapi juga penting untuk memastikan anak-anak sihat dan rajin hadir ke sekolah,” ujarnya.

Program ini bukan sahaja menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap kesihatan rakyat, tetapi juga bukti nyata usaha berterusan untuk melindungi generasi muda daripada penyakit berjangkit.

SUMBER RUJUKAN: SIAKAP KELI

Share2Tweet1Pin

Related Posts

Berita

Dividen ASB 2025 Dijangka Kekal Stabil Antara 5.3–6.0 Sen

December 1, 2025
Acara

Kementerian Pertahanan Perkasa Pendidikan Anak ATM Melalui Program e-Perkasa dan Sentuhan Elit

November 27, 2025
Berita

Bantuan Wang Ihsan RM1,000 Disalurkan Kepada Semua Mangsa Banjir Berdaftar

November 26, 2025
Berita

Bantuan Awal RM500 Kepada Mangsa Banjir Selangor

November 26, 2025
Berita

KPM Aktifkan Ops Payung, Nafi Dakwaan Kertas SPM Bocor

November 25, 2025
Berita

SPM Musim Banjir, Peperiksaan Tetap Jalan Di Seluruh Negeri Bermula Hari Ini

November 25, 2025
Next Post

Tokyo Anime Award Festival 2026 Dedah Visual Utama, Undian “Anime Fan Award” Kini Dibuka

TRENDING

Siri Dramatik Safira (Bukan Nama Sebenar) Dirasmi Akan Datang

November 10, 2025

Hampir 10 Kenderaan Rosak, Stesen PETRONAS BBN Nilai Ditutup Dakwaan Petrol Bercampur Air

November 19, 2025

Baca Al-Quran Guna Telefon Tanpa Wuduk, Boleh Ke? Ini Penjelasan Sebenar

December 2, 2025

Apakah Perbezaan Antara STR Dan SARA?

October 21, 2025

Tabung Haji Buka Peluang Kedua! Rayuan Haji 2026 Kini Boleh Dimohon Mulai 3 November

October 28, 2025

Meraikan Kreativiti di TikTok Awards Malaysia 2023: Khairul Aming Dinobatkan Creator Of The Year

August 28, 2023
  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

© 2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Automotif
  • Contact
  • Demo Homepage
  • Example of Shortcodes
  • Full Screen Home
  • Full Screen Slider Home
  • Home
  • Home 1
  • Home 1
  • Home 2
  • Home 2
  • Infinite Scroll Home
  • No Sidebar Home
  • Sample Page
  • Simple Four
  • Simple One
  • Simple Three
  • Simple Two

© 2025 JNews - Premium WordPress news & magazine theme by Jegtheme.