Hangat.com
TRENDING
No Result
View All Result
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
SUBSCRIBE
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
No Result
View All Result
Hangat.com
No Result
View All Result
Home PEEK DAILY

Kupu-Kupu ‘Lutsinar’ Yang Hampir Tak Nampak Di Udara

by Iffah Najwa
October 23, 2025
in PEEK DAILY, Trivia
5
SHARES
Share on FacebookShare on Twitter

Sekilas pandang, seperti ada yang hilang. Tetapi sebenarnya, itu adalah keistimewaan Glasswing Butterfly atau Greta Oto. Serangga menakjubkan ini dapat “menghilang” semasa terbang oleh kerana sayapnya yang lutsinar.

Menjadikannya antara spesies paling unik di dunia serangga tropika.

Foto kredit: Wikipedia

Macam Mana Sayap Dia Boleh ‘Invisible’

Sayap kupu-kupu ini dilitupi struktur halus berbentuk nanopillar yang tersusun secara tidak sekata. Struktur itu membantu mengurangkan pantulan cahaya. Oleh kerana itu, sayapnya kelihatan seperti kaca.

Tambahan pula, di bahagian tepi sayap berwarna coklat gelap dengan sentuhan jingga atau merah, memberi sedikit kontras sekaligus menjadi perlindungan semula jadi daripada pemangsa seperti burung.

Apabila Glasswing butterfly ini terbang di antara daun dan cahaya, memang sukar untuk kelihatan.

Dari Telur Sehingga Dewasa

Glasswing butterfly mengikut kitaran biasa kupu kupu. Bermula dari telur, ulat, kepompong dan menjadi kupu-kupu dewasa. Glasswing betina kebiasaanya bertelur pada pokok dalam keluarga Nightshade (Cestrum) yang bersifat toksik.

Nightshade Cestrum
Foto kredit: Wikipedia

Menariknya, toksin dari tumbuhan ini diserap oleh ulat dan kekal dalam tubuh Glasswing dewasa. Menjadikan serangga ini tidak sedap dimakan pemangsa. Ulatnya berwarna hijau terang dengan garis ungu dan merah.

Gaya Mengawan Yang Unik

Bila tiba musim mengawan, Glasswing jantan akan berkumpul dalam ‘lek’ (kawasan memikat Glasswing betina). Kupu-kupu ini mendapatkan zat makanan melalui bunga dari keluarga Asteraceae untuk mendapatkan pyrrolizidine alkaloids, bahan kimia yang membantu hasilkan bau khas bagi menarik Glasswing betina.

Foto kredit: Wikipedia

Habitat dan Peranan Ekologi

Glasswing butterfly boleh ditemui di dalam hutan tropika Amerika Selatan, Costa Rica, Colombia, Peru dan Ecuador. Kupu-kupu ini cenderung untuk berada di kawasan kanopi hutan, jauh dari lantai hutan.

Selain mempunyai warna yang menarik dan cantik, kupu-kupu ini membantu dalam pendebungaan dan menjadi sebahagian daripada spesies penting dalam rantaian makanan.

Sumber: HowStuffWorks

Share2Tweet1Pin

Related Posts

Games

Sony Perkenal Controller PS5 Edisi Terhad Genshin Impact

December 3, 2025
PEEK DAILY

Kenapa Kelantan Selalu Banjir Hujung Tahun? Ini Puncanya!

December 2, 2025
PEEK DAILY

Budaya Songsang: Ancaman Fitrah, Moral & Masa Depan Masyarakat

December 2, 2025
PEEK DAILY

Baca Al-Quran Guna Telefon Tanpa Wuduk, Boleh Ke? Ini Penjelasan Sebenar

December 2, 2025
Games

GTA 6 Dijangka Meletup Di 2026 — Tetapi Adakah PS6 Lebih Awal Dari Yang Kita Sangka?

December 2, 2025
PEEK DAILY

(EKSKLUSIF) Dah Mula Kerja Terus Kena ‘Sponsor’ Keluarga?

December 2, 2025
Next Post

Anak Guna Telefon Pintar 17 Jam Di Rumah? Ibu Bapa Kena Lebih Peka!

TRENDING

(EKSKLUSIF) Dah Mula Kerja Terus Kena ‘Sponsor’ Keluarga?

December 2, 2025

Siri Dramatik Safira (Bukan Nama Sebenar) Dirasmi Akan Datang

November 10, 2025

Dividen ASB 2025 Dijangka Kekal Stabil Antara 5.3–6.0 Sen

December 1, 2025

Serbuan Songsang Chow Kit: Guru Antara 201 Ditahan, i-Guru Desak KPM Bertindak Tegas

December 1, 2025

Hampir 10 Kenderaan Rosak, Stesen PETRONAS BBN Nilai Ditutup Dakwaan Petrol Bercampur Air

November 19, 2025

‘Lesen Nafsu’ Dijadikan Tuntutan? Tekan Hak Batin 3 – 4 Kali Seminggu

December 1, 2025
  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

© 2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Automotif
  • Contact
  • Demo Homepage
  • Example of Shortcodes
  • Full Screen Home
  • Full Screen Slider Home
  • Home
  • Home 1
  • Home 1
  • Home 2
  • Home 2
  • Infinite Scroll Home
  • No Sidebar Home
  • Sample Page
  • Simple Four
  • Simple One
  • Simple Three
  • Simple Two

© 2025 JNews - Premium WordPress news & magazine theme by Jegtheme.