Hangat.com
TRENDING
No Result
View All Result
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
SUBSCRIBE
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
No Result
View All Result
Hangat.com
No Result
View All Result
Home Berita

Krisis Sudan Semakin Parah, Penduduk El-Obeid Cemas Ancaman Serangan RSF

by Farah Fatihah
November 10, 2025
in Berita, Luar Negara, PEEK DAILY, Trivia
5
SHARES
Share on FacebookShare on Twitter

Sumber: Anadolu Ajansi

PORT SUDAN – Suasana di Sudan semakin tegang apabila penduduk di bandar El-Obeid kini hidup dalam ketakutan susulan laporan bahawa kumpulan separa tentera, Rapid Support Forces (RSF), sedang bersiap sedia untuk melancarkan serangan baharu.

Menurut laporan AFP, El-Obeid iaitu ibu negeri Kordofan Utara yang terletak kira-kira 400 kilometer dari Khartoum kini menjadi antara kawasan paling genting selepas bandar El-Fasher jatuh ke tangan RSF baru-baru ini.

Walaupun kumpulan RSF sebelum ini dilaporkan bersetuju dengan cadangan gencatan senjata, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran bahawa mereka sebenarnya sedang mengatur langkah untuk meluaskan serangan ke wilayah Kordofan yang kaya dengan minyak.

Difahamkan, selepas kejatuhan El-Fasher, berlaku pembunuhan beramai-ramai, serangan seksual, penculikan serta rompakan, sekali gus menimbulkan kebimbangan konflik ini akan merebak ke kawasan lain.

Ribuan Penduduk Melarikan Diri

El-Obeid turut menjadi laluan penting antara Darfur dan Khartoum, dan situasi semakin genting apabila RSF berjaya menawan bandar Bara di utara El-Obeid bulan lalu. Kesan daripada itu, lebih 36,000 penduduk terpaksa melarikan diri dalam masa seminggu sahaja.

Tentera Sudan bagaimanapun dilaporkan berjaya menembak jatuh sebuah dron milik RSF, menandakan pertempuran masih aktif di kawasan itu.

Kini, RSF menguasai sepenuhnya lima ibu negeri di wilayah Darfur, termasuk sebahagian kawasan di selatan negara itu, sementara tentera Sudan masih mengawal bahagian utara, timur dan tengah termasuk ibu negara Khartoum.

Krisis Kemanusiaan Makin Buruk

Sumber: Newsonair

Selepas kejatuhan El-Fasher, lebih 80,000 penduduk terpaksa meninggalkan rumah mereka, manakala ribuan pelarian kini berlindung di Tawila, berdepan kekurangan makanan, air bersih dan rawatan perubatan asas.

Lebih memilukan, ramai kanak-kanak tiba di kem pelarian tanpa ibu bapa, dipercayai terpisah, ditahan atau dibunuh dalam kekacauan yang berlaku.

Cadangan gencatan senjata yang dikemukakan oleh AS, Arab Saudi, Mesir dan UAE masih belum diumumkan secara rasmi, namun dilaporkan mencadangkan gencatan selama tiga bulan dengan rundingan damai diadakan di Jeddah.

Dalam masa yang sama, UAE yang sebelum ini dituduh membekalkan senjata kepada RSF telah menafikan dakwaan tersebut.

Tentera Sudan pula dikatakan menerima sokongan daripada Mesir, Arab Saudi, Turkiye, Iran dan Rusia.

Gabenor Darfur yang menyokong tentera, Minni Arko Minnawi, menegaskan bahawa gencatan senjata hanya boleh dilaksanakan jika RSF berundur dari kawasan penduduk dan membebaskan semua tebusan, termasuk wanita dan kanak-kanak.

Konflik yang telah berlarutan lebih dua tahun ini dilaporkan meragut puluhan ribu nyawa dan menyebabkan hampir 12 juta rakyat Sudan menjadi pelarian, menjadikan ia antara krisis kemanusiaan paling buruk di dunia ketika ini. – AFP

SUMBER RUJUKAN: SINAR HARIAN & RTM

Share2Tweet1Pin

Related Posts

Games

Sony Perkenal Controller PS5 Edisi Terhad Genshin Impact

December 3, 2025
PEEK DAILY

Kenapa Kelantan Selalu Banjir Hujung Tahun? Ini Puncanya!

December 2, 2025
PEEK DAILY

Budaya Songsang: Ancaman Fitrah, Moral & Masa Depan Masyarakat

December 2, 2025
Berita

8,000 Kereta Tenggelam Banjir di Hat Yai

December 2, 2025
PEEK DAILY

Baca Al-Quran Guna Telefon Tanpa Wuduk, Boleh Ke? Ini Penjelasan Sebenar

December 2, 2025
Games

GTA 6 Dijangka Meletup Di 2026 — Tetapi Adakah PS6 Lebih Awal Dari Yang Kita Sangka?

December 2, 2025
Next Post

RM26 Juta Dibelanjakan, Kelantan Serius Bangunkan Tanah Terbiar Untuk Rakyat

TRENDING

Siri Dramatik Safira (Bukan Nama Sebenar) Dirasmi Akan Datang

November 10, 2025

RVM Pintar 5 Dalam 1, Inovasi Hijau Selangor Galak Masyarakat Kitar Semula

October 8, 2025

Apakah Perbezaan Antara STR Dan SARA?

October 21, 2025
Foto: Flickr

7 Telefon Bimbit Terawal Dan Tertua Yang Pernah Di bina

December 26, 2018

Hidup Dalam Bilik 45 Kaki Persegi, Ada 7 Helai Baju, Doktor Ini Pilih Hidup Minimalis Demi Jiwa Tenang

November 4, 2025

Batik Malaysia vs Batik Indonesia: Nampak Sama Tapi Sebenarnya Banyak Beza!

October 29, 2025
  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

© 2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Automotif
  • Contact
  • Demo Homepage
  • Example of Shortcodes
  • Full Screen Home
  • Full Screen Slider Home
  • Home
  • Home 1
  • Home 1
  • Home 2
  • Home 2
  • Infinite Scroll Home
  • No Sidebar Home
  • Sample Page
  • Simple Four
  • Simple One
  • Simple Three
  • Simple Two

© 2026 JNews - Premium WordPress news & magazine theme by Jegtheme.