Hangat.com
TRENDING
No Result
View All Result
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
SUBSCRIBE
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
No Result
View All Result
Hangat.com
No Result
View All Result
Home Berita

KPM Umum Subjek Baharu ‘Alam dan Manusia’, Gabung Sains, Seni & TVET Mulai 2027!

by Ayu Ieranatasya
November 6, 2025
in Berita, INSENTIF GOMEN, Pendidikan
6
SHARES
Share on FacebookShare on Twitter

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bakal memperkenalkan mata pelajaran baharu bertajuk Alam dan Manusia: Pembelajaran Bersepadu pada Tahap 1 dalam Kurikulum Persekolahan 2027.

Poster yang dikongsi KPM di laman sosial.

Menurut kenyataan rasmi KPM, pengenalan subjek ini bertujuan memperkukuh kemahiran asas serta membentuk karakter murid di peringkat awal persekolahan agar mereka lebih bersedia menghadapi cabaran masa depan.

Gabung Pelbagai Disiplin Ilmu

Subjek Alam dan Manusia menggabungkan pelbagai bidang ilmu termasuk Sains, Pendidikan Kesihatan, Muzik, dan Seni Visual, selain turut melibatkan elemen Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta digital.

KPM menjelaskan bahawa pendekatan baharu ini akan memberi pengalaman pembelajaran lebih menyeluruh kepada murid melalui aktiviti berasaskan penerokaan, kreativiti dan kerjasama.

“Subjek ini akan menggantikan mata pelajaran Sains, Pendidikan Kesihatan, Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Muzik dalam kurikulum sedia ada,” katanya, hari ini.

Kaedah Pengajaran ‘Co-Teaching’ Dua Guru Satu Kelas

Menariknya, pelaksanaan subjek ini akan menggunakan kaedah pengajaran berpasukan atau co-teaching yang melibatkan dua guru dalam satu kelas.

May be an image of one or more people, slow loris and text that says "KEMENTERIAN PENDIDIKAN BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM PENGAJARAN BERPASUKAN AGA Dua orang guru diwajibkan untuk sentiasa berada di dalam bilik darjah secara serentak semasa PdP dilaksanakan RAJA GENEPASI MADANI Malaysla.x. 210 sla Jruly Asia MALAYSIA MADANI Rahyai RakyatDijantıri ASEAN ASEANREFORMASI GRASER#kurikulomnk MELAYSIA202 TELAYSIR2025 REFORMASI PENDIDIKAN #kurikulumkica #kuriku"

Kaedah ini membolehkan guru saling melengkapi dalam menyampaikan isi pelajaran dan memenuhi keperluan pembelajaran murid melalui pendekatan pelbagai disiplin ilmu.

Sebelum ini, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menjelaskan bahawa kaedah co-teaching antara pembaharuan utama dalam Kurikulum Persekolahan 2027 yang bertujuan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) lebih menarik, kreatif dan interaktif.

Fokus Penguasaan Asas & Pembentukan Karakter

KPM turut menegaskan bahawa pada Tahap 1, tumpuan utama akan diberikan kepada penguasaan kemahiran asas literasi seperti membaca, menulis dan mengira (3M) serta pembentukan karakter murid.

Oleh itu, jumlah mata pelajaran di peringkat ini akan diminimumkan bagi membolehkan murid menguasai kemahiran asas dengan lebih berkesan.

Langkah ini menandakan perubahan besar dalam sistem pendidikan negara yang kini lebih menekankan pembelajaran bersepadu, nilai murni, dan kemahiran abad ke-21, selaras dengan keperluan masa depan murid Malaysia.

 

Share2Tweet2Pin1

Related Posts

Berita

8,000 Kereta Tenggelam Banjir di Hat Yai

December 2, 2025
Berita

Dividen ASB 2025 Dijangka Kekal Stabil Antara 5.3–6.0 Sen

December 1, 2025
Berita

Serbuan Songsang Chow Kit: Guru Antara 201 Ditahan, i-Guru Desak KPM Bertindak Tegas

December 1, 2025
Berita

Wanita Hat Yai Terpaksa Simpan Jenazah Ibu Dalam Peti Sejuk Terapung Ketika Banjir Besar

November 27, 2025
Acara

Kementerian Pertahanan Perkasa Pendidikan Anak ATM Melalui Program e-Perkasa dan Sentuhan Elit

November 27, 2025
Berita

‘Saya Bukan Proksi!’ Wanita Nafi Terlibat, Tuduh Albert Tei Buat Fitnah Jahat Libatkan PM & Shamsul Iskandar

November 27, 2025
Next Post

Pasport Malaysia Merangkumi Tempat Ketiga Keseluruhan Global?

TRENDING

Siri Dramatik Safira (Bukan Nama Sebenar) Dirasmi Akan Datang

November 10, 2025

Baca Al-Quran Guna Telefon Tanpa Wuduk, Boleh Ke? Ini Penjelasan Sebenar

December 2, 2025

HONOR Malaysia Bakal Lancar Empat Produk Baharu Pada 22 April

April 17, 2024

Bantuan Wang Ihsan RM1,000 Disalurkan Kepada Semua Mangsa Banjir Berdaftar

November 26, 2025

Hidup Dalam Bilik 45 Kaki Persegi, Ada 7 Helai Baju, Doktor Ini Pilih Hidup Minimalis Demi Jiwa Tenang

November 4, 2025

HONOR Bekerjasama Dengan Google Cloud Memperkenalkan AI Pada HONOR Magic V3

May 4, 2025
  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

© 2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Automotif
  • Contact
  • Demo Homepage
  • Example of Shortcodes
  • Full Screen Home
  • Full Screen Slider Home
  • Home
  • Home 1
  • Home 1
  • Home 2
  • Home 2
  • Infinite Scroll Home
  • No Sidebar Home
  • Sample Page
  • Simple Four
  • Simple One
  • Simple Three
  • Simple Two

© 2025 JNews - Premium WordPress news & magazine theme by Jegtheme.