Hangat.com
TRENDING
No Result
View All Result
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
SUBSCRIBE
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
No Result
View All Result
Hangat.com
No Result
View All Result
Home Kesihatan

Kerap Kencing Tapi Minum Air Sikit? Hati-Hati, Mungkin Tanda Penyakit Serius!

by Farah Fatihah
October 30, 2025
in Kesihatan, PEEK DAILY, Trivia
9
SHARES
Share on FacebookShare on Twitter

Sumber: Freepik

Pernah tak rasa pelik kenapa akhir-akhir ni asyik nak ke tandas je, walaupun baru je minum air segelas? Ramai ingat perkara ni biasa, tapi tahukah anda, kerap kencing sebenarnya boleh jadi tanda awal masalah kesihatan!

Kalau anda buang air kecil lebih daripada 7 kali sehari, mungkin badan anda tengah bagi isyarat yang tak patut diabaikan.

Berapa Kali Sebenarnya Normal Kencing Dalam Sehari?

Kebanyakan orang sihat akan kencing antara 4 hingga 10 kali sehari. Tapi purata normalnya sekitar 6 hingga 7 kali dalam masa 24 jam.

Namun, kalau anda minum air terlalu banyak atau minum kopi dan teh berkali-kali, jangan pelik kalau kerap ke tandas. Tapi kalau tak minum banyak air pun masih kerap kencing, benda itu kena diambil serius.

Punca Utama Kerap Ke Tandas

1.  Faktor Usia

Semakin meningkat umur, semakin aktif pundi kencing kita – sebab tu orang tua kerap terjaga malam untuk ke tandas.

2️. Saiz Pundi Kencing

Kalau pundi kencing kecil, logiklah cepat penuh dan cepat nak lepaskan “beban”.

3️. Pengambilan Cecair & Kafein

Minum kopi, teh, atau alkohol boleh menyebabkan kesan diuretik yang bermaksud anda akan kencing lebih kerap.

4️. Masalah Kesihatan Tertentu

• Jangkitan saluran kencing (UTI)
• Pundi kencing terlalu aktif
• Diabetes
• Masalah prostat (bagi lelaki)
• Kelemahan otot lantai pelvis (biasa bagi wanita selepas bersalin)

Kenapa Wanita Lebih Kerap Kencing?

Untuk wanita, perubahan hormon semasa kehamilan dan selepas bersalin boleh mempengaruhi kekerapan membuang air kecil.

Bila bayi makin membesar, tekanan pada pundi kencing meningkat sebab tu ibu mengandung akan kerap ke tandas walaupun minum sikit je air.

Cara Nak Kurangkan Masalah Kerap Kencing

• Kurangkan minuman berkafein dan beralkohol
• Minum air secukupnya (lebih kurang 8 gelas sehari)
• Kencing sebelum dan selepas hubungan intim
• Amalkan makanan probiotik macam yogurt atau kimchi
• Elak guna produk pewangi di bahagian intim
• Pakai pakaian dalam kapas dan longgar

Kerap ke tandas bukan semestinya tanda sihat. Kadang-kadang ia petunjuk awal yang badan anda perlukan perhatian lebih.

Jadi, kalau anda perasan ada perubahan pelik pada rutin kencing, jangan malu untuk dapatkan nasihat doktor. Lebih baik cegah dari rawat!

SUMBER RUJUKAN: HELLO DOKTOR

Share4Tweet2Pin1

Related Posts

Games

Sony Perkenal Controller PS5 Edisi Terhad Genshin Impact

December 3, 2025
PEEK DAILY

Kenapa Kelantan Selalu Banjir Hujung Tahun? Ini Puncanya!

December 2, 2025
PEEK DAILY

Budaya Songsang: Ancaman Fitrah, Moral & Masa Depan Masyarakat

December 2, 2025
PEEK DAILY

Baca Al-Quran Guna Telefon Tanpa Wuduk, Boleh Ke? Ini Penjelasan Sebenar

December 2, 2025
Games

GTA 6 Dijangka Meletup Di 2026 — Tetapi Adakah PS6 Lebih Awal Dari Yang Kita Sangka?

December 2, 2025
PEEK DAILY

(EKSKLUSIF) Dah Mula Kerja Terus Kena ‘Sponsor’ Keluarga?

December 2, 2025
Next Post

Trailer Dah Viral, Kini Malam Terlarang Mula Menghantui Pawagam!

TRENDING

Hampir 10 Kenderaan Rosak, Stesen PETRONAS BBN Nilai Ditutup Dakwaan Petrol Bercampur Air

November 19, 2025

Siri Dramatik Safira (Bukan Nama Sebenar) Dirasmi Akan Datang

November 10, 2025

(EKSKLUSIF) Dah Mula Kerja Terus Kena ‘Sponsor’ Keluarga?

December 2, 2025

Batik Malaysia vs Batik Indonesia: Nampak Sama Tapi Sebenarnya Banyak Beza!

October 29, 2025

Kenapa Kelantan Selalu Banjir Hujung Tahun? Ini Puncanya!

December 2, 2025

Apakah Perbezaan Antara STR Dan SARA?

October 21, 2025
  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

© 2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Automotif
  • Contact
  • Demo Homepage
  • Example of Shortcodes
  • Full Screen Home
  • Full Screen Slider Home
  • Home
  • Home 1
  • Home 1
  • Home 2
  • Home 2
  • Infinite Scroll Home
  • No Sidebar Home
  • Sample Page
  • Simple Four
  • Simple One
  • Simple Three
  • Simple Two

© 2025 JNews - Premium WordPress news & magazine theme by Jegtheme.