Hangat.com
TRENDING
No Result
View All Result
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
SUBSCRIBE
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
No Result
View All Result
Hangat.com
No Result
View All Result
Home Berita

Kerajaan Perak Komited Bantu Pelajar, Program Makanan Percuma TCS Diteruskan Tahun Ini

by Ayu Ieranatasya
October 30, 2025
in Berita, INSENTIF GOMEN
6
SHARES
Share on FacebookShare on Twitter

Kerajaan Perak meneruskan pelaksanaan Bantuan Makanan Percuma di bawah Program Tuisyen Cikgu Saarani (TCS) bagi calon peperiksaan awam di seluruh negeri, dengan peruntukan RM3.96 juta tahun ini berbanding RM3.42 juta tahun lalu.

Bantu 27,563 Calon SPM, STPM & STAM

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad, berkata program yang sudah memasuki tahun kelima pelaksanaannya sejak 2021 ini akan memberi manfaat kepada 27,563 calon peperiksaan awam di seluruh negeri Perak.

Saarani dijadual menghadap Sultan Nazrin pada Isnin, persembah laporan  berkait GISBH di Perak

“Bantuan diberikan kepada pelajar yang mengikuti kelas tambahan pecutan peperiksaan melalui penyediaan makanan bernilai RM5 sehari,” katanya.

Menariknya, tempoh bantuan turut dilanjutkan daripada 20 kepada 25 hari, meliputi fasa persediaan paling kritikal menjelang peperiksaan bagi memastikan pelajar sentiasa bertenaga dan fokus dalam pembelajaran.

Disokong GLC Negeri Perak

Saarani berkata, inisiatif itu turut disokong oleh lima syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) termasuk Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (SADC) dan Lembaga Air Perak (LAP), masing-masing menyumbang RM1.05 juta, Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc) RM750,000, Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk) RM560,000, dan Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI) RM550,000.

Semua sumbangan tersebut akan disalurkan melalui Tabung Amanah Didik dan dikendalikan oleh Yayasan Perak selaku agensi penyelaras, dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi memastikan bantuan sampai kepada semua sekolah yang terlibat.

Tingkatkan Kesejahteraan & Fokus Pelajar

Tambahnya, program TCS kini menjadi antara intervensi penting kerajaan negeri dalam meningkatkan kehadiran pelajar ke kelas tambahan serta memastikan calon peperiksaan berada dalam keadaan sihat dan bersedia menjelang hari besar mereka.

Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat Perdana Murid Peperiksaan Awam Peringkat Negeri Perak 2025 turut diadakan di Laman Seri Ridzuan malam tadi, sebagai simbol sokongan moral dan doa kejayaan kepada semua pelajar di negeri itu

Sumber: BERNAMA

Share2Tweet2Pin1

Related Posts

Berita

8,000 Kereta Tenggelam Banjir di Hat Yai

December 2, 2025
Berita

Dividen ASB 2025 Dijangka Kekal Stabil Antara 5.3–6.0 Sen

December 1, 2025
Berita

Serbuan Songsang Chow Kit: Guru Antara 201 Ditahan, i-Guru Desak KPM Bertindak Tegas

December 1, 2025
Berita

Wanita Hat Yai Terpaksa Simpan Jenazah Ibu Dalam Peti Sejuk Terapung Ketika Banjir Besar

November 27, 2025
Acara

Kementerian Pertahanan Perkasa Pendidikan Anak ATM Melalui Program e-Perkasa dan Sentuhan Elit

November 27, 2025
Berita

‘Saya Bukan Proksi!’ Wanita Nafi Terlibat, Tuduh Albert Tei Buat Fitnah Jahat Libatkan PM & Shamsul Iskandar

November 27, 2025
Next Post

Kerap Kencing Tapi Minum Air Sikit? Hati-Hati, Mungkin Tanda Penyakit Serius!

TRENDING

Siri Dramatik Safira (Bukan Nama Sebenar) Dirasmi Akan Datang

November 10, 2025

Apakah Perbezaan Antara STR Dan SARA?

October 21, 2025

Apakah Itu ‘Refresh Rate’ 120 Hz Pada Telefon Bimbit Dan Kegunaannya

November 30, 2023

Tabung Haji Buka Peluang Kedua! Rayuan Haji 2026 Kini Boleh Dimohon Mulai 3 November

October 28, 2025

Masih Ramai Tak Tahu Apa Itu IMEI, Ini Fungsinya & Cara Untuk Periksa Pada iPhone Anda!

May 24, 2023
Foto: Flickr

7 Telefon Bimbit Terawal Dan Tertua Yang Pernah Di bina

December 26, 2018
  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

© 2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Automotif
  • Contact
  • Demo Homepage
  • Example of Shortcodes
  • Full Screen Home
  • Full Screen Slider Home
  • Home
  • Home 1
  • Home 1
  • Home 2
  • Home 2
  • Infinite Scroll Home
  • No Sidebar Home
  • Sample Page
  • Simple Four
  • Simple One
  • Simple Three
  • Simple Two

© 2026 JNews - Premium WordPress news & magazine theme by Jegtheme.