Hangat.com
TRENDING
No Result
View All Result
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
SUBSCRIBE
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
No Result
View All Result
Hangat.com
No Result
View All Result
Home PEEK DAILY

Kenapa Kelantan Selalu Banjir Hujung Tahun? Ini Puncanya!

by Farah Fatihah
December 2, 2025
in PEEK DAILY, Trivia
12
SHARES
Share on FacebookShare on Twitter

Setiap kali hujung tahun tiba, isu banjir di Kelantan seakan sudah jadi perkara biasa yang berlaku. Dari bandar hingga ke kampung, ramai yang terkesan bila hujan lebat turun dan air sungai mula melimpah.

Tapi kenapa negeri ini sering dilanda banjir berbanding negeri lain? Jawapannya bukan satu, tetapi gabungan beberapa faktor.

Geografi dan Sungai yang Banyak

Kelantan terletak di kawasan rendah dengan banyak sungai utama seperti Sungai Kelantan. Kawasan sekitar sungai ini mudah dinaiki air apabila hujan lebat.

Tambahan pula, tanah rendah dan dataran banjir membuatkan air tidak dapat diserap sepenuhnya, lalu melimpah ke kampung dan bandar berdekatan.

Apabila musim monsun tiba, angin dari Laut China Selatan membawa hujan yang lebat ke arah negeri Kelantan.

Monsun Timur Laut dan Air Pasang Besar

Selain itu, Kelantan menjadi kawasan yang terdedah kepada Monsun Timur Laut dari November hingga Januari.

Hujan Monsun juga terjadi dengan tiba- tiba dan membawa air yang banyak menyebabkan penduduk di Kelantan sentiasa berjaga-jaga.

Monsun ini membawa hujan berterusan yang boleh bertahan beberapa hari. Apabila hujan deras bersamaan dengan fenomena air pasang besar, air sungai sukar mengalir ke laut. Ini sebabnya banjir boleh naik dengan cepat dan menenggelamkan kawasan yang biasanya selamat.

Aktiviti Pembalakan dan Pembangunan Tidak Terkawal

Selain faktor semula jadi, aktiviti manusia juga menyumbang kepada banjir. Pembalakan dan pembangunan yang tidak terkawal mengurangkan kawasan hutan yang boleh menyerap air hujan.

Tujuan pembalakan untuk memajukan ekonomi  dan perkara ini telah menyebabkan keupayaan tanah untuk menyerap air berkurang. Bila hutan semakin berkurangan, air turun ke kawasan rendah dengan lebih cepat, meningkatkan risiko banjir.

Perubahan Iklim Global

Perubahan iklim global juga memainkan peranan. Cuaca semakin tidak menentu, hujan menjadi lebih ekstrem dan tempoh monsun boleh berubah-ubah dari tahun ke tahun.

Suhu global semakin meningkat menyebabkan pencairan ais kutub dan kenaikan paras air laut. Gabungan ini membuatkan banjir hujung tahun di Kelantan lebih sukar diramal.

Sistem Pengurusan Air Terhad

Walaupun pihak berkuasa sudah ada usaha pengurusan banjir seperti empangan dan parit, sistem yang ada masih terhad. Apabila hujan lebat turun mengejut, air cepat melimpah kerana saliran tidak mencukupi, terutamanya di kawasan bandar dan penempatan padat.

Kesimpulannya, banjir hujung tahun di Kelantan bukan sekadar ‘takdir’. Ia hasil gabungan faktor geografi, cuaca, aktiviti manusia dan sistem pengurusan air yang terhad.

Dengan pemahaman ini, masyarakat dan pihak berkuasa boleh lebih bersedia untuk menghadapi hujan lebat dan mengurangkan impak banjir di masa hadapan.

Sumber: TheAsianParent

Share5Tweet3Pin1

Related Posts

Games

Sony Perkenal Controller PS5 Edisi Terhad Genshin Impact

December 3, 2025
PEEK DAILY

Budaya Songsang: Ancaman Fitrah, Moral & Masa Depan Masyarakat

December 2, 2025
PEEK DAILY

Baca Al-Quran Guna Telefon Tanpa Wuduk, Boleh Ke? Ini Penjelasan Sebenar

December 2, 2025
Games

GTA 6 Dijangka Meletup Di 2026 — Tetapi Adakah PS6 Lebih Awal Dari Yang Kita Sangka?

December 2, 2025
PEEK DAILY

(EKSKLUSIF) Dah Mula Kerja Terus Kena ‘Sponsor’ Keluarga?

December 2, 2025
Libur

ZEROBASEONE Sambung Aktiviti Kumpulan Selama Dua Bulan Lagi

December 1, 2025
Next Post

Sony Perkenal Controller PS5 Edisi Terhad Genshin Impact

TRENDING

Apakah Perbezaan Antara STR Dan SARA?

October 21, 2025

Siri Dramatik Safira (Bukan Nama Sebenar) Dirasmi Akan Datang

November 10, 2025

Roti Putih vs Roti Gandum: Mana Sebenarnya Lebih Sihat Untuk Sarapan?

October 21, 2025

Apakah Itu ‘Refresh Rate’ 120 Hz Pada Telefon Bimbit Dan Kegunaannya

November 30, 2023

Budaya Songsang: Ancaman Fitrah, Moral & Masa Depan Masyarakat

December 2, 2025

Baca Al-Quran Guna Telefon Tanpa Wuduk, Boleh Ke? Ini Penjelasan Sebenar

December 2, 2025
  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

© 2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Automotif
  • Contact
  • Demo Homepage
  • Example of Shortcodes
  • Full Screen Home
  • Full Screen Slider Home
  • Home
  • Home 1
  • Home 1
  • Home 2
  • Home 2
  • Infinite Scroll Home
  • No Sidebar Home
  • Sample Page
  • Simple Four
  • Simple One
  • Simple Three
  • Simple Two

© 2026 JNews - Premium WordPress news & magazine theme by Jegtheme.