PEEK DAILY, Trivia

Kemungkinan Posisi Tidur Anda Menunjuk Dalaman Diri Juga

Bayangkan kalian telah balik selepas apa-apa aktiviti: kerja dari office, sekolah, ataupun apa-apa yang boleh membuat kalian semua penat secara fizikal. Kemungkinan sebaik sahaja kalian balik ke rumah anda, dan selepas makan dan solat wajib sebagai, kalian terus lompat dan baring atas katil dan tidur serta merta! Mungkin kalian tertanya mengapa ini penting?

Secara ringkasnya, posisi yang kalian tidur dalam itu sebenarnya boleh menunjuk sesuatu tentang personaliti anda! Mungkin ia tidak mempunyai manfaat tinggi kerana tidak semestinya menunjuk diri anda, tetapi juga kemungkinan besar posisi yang kalian tidur sebenarnya membuat anda berfikir semula tentang diri anda.

Oleh itu, mari kita memulakan artikel ini.


1. Log

Untuk meringkaskan kedudukan ini pula, individu biasanya mempunyai kedua-dua lengan dan kakinya diluruskan lalu postur baring menyerupai kayu balak.

Selain itu, kajian juga mendapati ramai yang tidur memanjangkan kedua-dua kaki apabila berbaring di sisi malah kebanyakannya mengekalkan sekurang-kurangnya satu lengan dilipat.

Chris Idzikowski, seorang saintis dalam kajian tidur, mengujarkan individu yang tidur dalam posisi ini menunjukkan gaya mudah bergaul dan berinteraksi; walaubagaimanapun berisiko menjadi mangsa walaupun personalitinya positif.

2. Lompat bintang / tapak kaki Sulaiman

Untuk posisi ini pula, dengan semudahnya posisi adalah seperti dalam keadaan berlompat bintang.

Idzikowski juga berkata yang individu tidur dalam posisi ini menghargai persahabatan, dan mempunyai kemahiran untuk menjadi pendengar yang baik serta cepat membantu walaupun tidak suka menjadi tumpuan; tambahan lebih yakin pada diri sendir menurut kajian Dunkell.

Posisi ini juga adalah kedua paling popular selepas tidur mengiring, di mana lebih daripada satu pertiga masa tidur dihabiskan dengan berbaring di belakang.

3. Janin (womb)

Cara kedudukan ini dengan pendek kata adalah posisi tidurnya bengkok, lalu badan pada dasarnya akan dibulatkan sepert bola, malah berbaring dengan kaki dan tangan dibengkokkan.

Orang dewasa diandaikan biasanya tidur dalam kedudukan ini, tambahan juga lebih daripada 60 peratus orang dewasa menghabiskan sebahagian besar malam dalam kedudukan ini.

Seorang ahli psikologi malah seorang penyelidik tidur Amerika Syarikat mengemuka hipotesis berkenaan individu yang tidur dalam kedudukan ini sekitar tahun 1970-an: individu tersebut mempunyai ciri personaliti yang sensitif dan mudah gelisah.

4. Pemeluk bantal

Posisi ini adalah senang: dalam kedudukan memiring lalu memeluk bantal dengan langan dan ataupun melilitkan kaki di sekitarnya, malah boleh dalam posisi meringkuk (posisi janin) atau kaki diregang sambil memeluk bantal.

Dari segi personaliti pula, individu ini seorang yang hangat, pengasih, dan sangat peduli terhadap orang lain, tambahan menghargai hubungan erat malah memiliki sifat penyayang dan perhatian. Posisi ini juga memberi rasa aman, dukungan emosional, dan kenyamanan.

5. Stargazer

Untuk yang ini pula, tangan di belakang kepala sambil berbaring telentang seolah-olah mengamati langit malam indah. Tetapi kedudukan ini popular kepada sesiap yang tidak mengalami kesukaran bangun awal dan sangat aktif (power nappers).

Individu yang tidur dalam posisi ini adalah orang artistik dan kreatif dengan mempunyai ‘gambaran besar’ dan optimis tentang apa yang ada pada kehidupan. Tambahan lebih baik dan berkawan selepas mengenali, dan setia dan sentiasa membantu orang sekeliling kerana sentiasa mengutamakan mereka.

6. Askar

Dengan pendek kata, posisi ini menggambarkan baring lurus seperti askar berdir, di mana kaki tidak bengok dan lengan terletak lurus di sepanjang sis badan. Walaupun kedudukan tidak cukup selesa, kedudukan bantal adalah tinggi.

Idzikowski menyatakan perihalan kedudukan tidur adalah tenang dan dikekalkan, individu yang tidur dalam posisi ini memegang dirinya pada standard yang tinggi.

7. Tengkurap

Biasanya untuk posisi ini, individu tidur tengkurap dengan meletakkan tangan di atas atau di sekitar bantal dan kepala menoleh ke satu sisi. Tetapi usaha tambahan bernafas membuat posisi ini tidak popular.

Idzikowski mengujarkan individu yang tidur dengan perut mereka cenderung lebih cenderung untuk bergaul, tetapi sombong, sensitif, dan berasa tidak selesa dengan kritikan atau situasi yang melampau.

Manakala Dunkell pula berdakwa jang individu ini juga lebih cemas, impulsif, kompulsif, dan tegar, malah lebih bimbang dan rasa rendah dir dalam kajian pada tahun 1980 dan 2002.

8.  Yearner

Posisi ini hampir sama dengan kedudukan janin dan peluk bantal, tetapi mempunyai sedikit perbezaan di mana individu berbaring di sisi mereka dengan tangan dihulur seolah-olah sedang menggenggam sesuatu di luar jangkauan mereka.

Secara ringkasnya, individu mempunyai pemikiran terbuka tetapi degil dengan keputusan mereka, malah lebih pesimis dan sentiasa curiga tentang persekitaran mereka


Rujukan: Harian Metro, CNBC Indonesia, Taylor’s College

Tags