Kemungkinan kalian ada mempelihara kucing sebagai haiwan peliharaan di rumah. Kemungkinan juga kalian rasa: “Kucing comel dan tidak berbahaya pun kepada sesiapa! Muka comel, badan buntat, dan personaliti manja macam tu pun boleh membuat orang terancam? Siapalah akan fikir macam tu?”
Walaubagaimanapun, dengan sifat-sifat ini yang tidak bersalah ini, ada satu perkara yang sebenarnya akan memberi kesan kepada sesiapa yang mempelihara kucing: ia adalah bulunya. Tetapi kalian akan berfikir macam mana bulu mereka yang tebal ni berkemungkinan memberi efek kepada sesiapa.
Meskipun, dalam artikel kalian akan mengetahui mengapa dan bagaimana bulu kucing akan memberi impak kepada sesiapa, malah akan menyatakan juga cara untuk mengatasi perkara ini, dengan penerangan yang lengkap pada masa yang sama seringkas mungkin.
Mengapa Dan Bagaimana
1. Gigitan kutu kucing
Serangga kutu yang kecil, berwarna coklat, dan memakan darah akan membiak dalam bulu yang tebal dan hangat. Selepas manusia memain dengan kucing kutu akan berpindah juga, lalu menggigit dan menyebabkan ruam, terutama pada buku lali; kes yang teruk, ia menyebabkan reaksi alahan, termasuk kerengsaan, kegatalan teruk, dan jangkitan kulit.
2. Reaksi alergi
Keadaan ini termasuk bersin, batuk, mata gatal dan berair, dan kesukaran bernafas. Ia dijelas bahawa bahan yang mencetuskan alahan atau alergen pada kucing berasal daripada protein dalam air liur dan bulu; Fel d 1, protein tersebut berpindah dari air liur ke bulu semasa mereka menjilat doro sendiri lalu melekat pada perabot rumah dan mencetus alahan kucing.
3. Kurap (ringworm)
Jangkitan kulit ini disebabkan kulat Microsporum canis atau Trichophyton mentagrophytes yang menjangkiti bulu. Ia mudah merebak melalui sentuhan terus antara kucing dan manusia, contohnya apabila membelai kucing yang kotor dan tidak mencucui tangan selepas itu; ia dicirikan dengan tompok kulit yang botak dan berkerak dengan kucing, manakala untuk manusia adalah dengan nejolan kering, bersisik dengan tepi kemerahan.
4. Penyakit calar kucing
Bartonellosis, nama saintifiknya, disebabkan oleh jangkitan bakteria Bartonella henselae. Walaupun ia senang tersebar melalui gigitan atau calar kucing yang dijangkiti, malah boleh dipindah apabila membelai kucing yang baru-baru menjilat dirinya sendiri. Penyakit ini menyebabkan sakit kepala, demam, dan ketulan di sekitar gigitan atau calar; gejala muncul dalam masa 1-3 minggu selepas.
5. Jangkitan Campylobacter
Bakteria ini biasanya hidup dalam saluran pencernaan kucing: boleh dijangkiti dengan bersentuhan najis atau bulu kucing yang tercemar. Juga dikenali sebagai campylobacteriosis, kanak-kanak di bawah umur 5 tahun, warga tua berusia lebih 65 tahun, dan orang yang mempunyai sistem imun yang lemah mudah dijangkiti; penyakit ini menyebabkan cirit-birit berdarah, demam, loya, muntah, dan kekejangan perut, malah akan bertahan selama seminggu.
6. Toksoplasmosis
Parasit Toxoplasma gondii akan menyebabkan penyakit ini, yang terdapat dalam najis kucing yang dijangkiti, malah akan lekat pada bulu lalu menjangkiti sesiapa yang membelainya. Orang yang mempunyai sistem imun yang lemah dan wanita hamil perlu lebih berhati-hati tentang keadaan ini; wanita hamil dijangkiti akan menghantar kepada janin mereka, di mana boleh menyebab komplikasi kelahiran pramatang, kecacatan kelahiran, dan keguguran.
Cara Untuk Mengatasi Dari Segi:
Kebersihan:
- Sikat bulu kucing dan mandikan kucing jika perlu
- Pastikan sangkar, peralatan makan, mainan, dan samaph untuk kucing bersih
- Jauhkan bekalan kucing dari ruang makan, tamu, dan bilik tidur
- Pakai sarung tangan dan topeng semasa membersihkan sangkar atau kotoran kucing
- Basuh tangan dengan sabun dan air mengalir selepas menyentuh, memberi makan atau membersih sangkar kucing
- Bersihkan tempat yang sering dikunjungi kucing dalam rumah
- Pastikan kucing diberi vaksin dan diperiksa berkala untuk memastikan kebebasan penyakit
Melindungi pakaian:
- Menyimpan pakaian terbaik dalam almari yang lengkap dengan sarun pelindung
- Mengunci pintu bilik untuk menghalang sebarang kotorang dari kucing
- Sediakan sebuah kontena atau bakul khas di dalam bilik khas untuk menyalin baju
Menanggal bulu dari pakaian jika ia berlaku:
- Mengguna pelekat atau tisu basah untuk menyingkir bulu
- Mengguna berus penghapus bulu (lint remover)
Iklim di Malaysia yang berbeza:
- Memberi ruang luas
- Bulunya disikat setiap hari jika boleh agar ia tidak kusut dan bergumpal tambahan juga lebih berterabur
- Mengguna kipas berdiri dan tingap terbuka jika tidak mempunyai penghawa dingin, dan menggunkan kipas teresbut untuk terbangkan gumpalan bulu di udara
Rujukan: Hello Sehat, Majoriti

