Hangat.com
TRENDING
No Result
View All Result
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
SUBSCRIBE
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
No Result
View All Result
Hangat.com
No Result
View All Result
Home Trivia Libur

‘K-Pop Demon Hunters’ Kembali Takhta Billboard 200! Soundtrack Netflix Ini Pukau Dunia K-Pop Lagi Sekali!

by Ayu Ieranatasya
October 7, 2025
in Libur, Luar Negara
5
SHARES
Share on FacebookShare on Twitter

Soundtrack animasi popular Netflix, K-pop Demon Hunters, sekali lagi mencipta sejarah apabila berjaya kembali ke tangga nombor satu carta Billboard 200 minggu ini. Ini menandakan minggu kedua album ini menduduki takhta carta muzik paling berprestij di dunia.

Album yang menjadi teman muzik kepada filem animasi hit Netflix itu pertama kali meraih kedudukan nombor satu pada carta 20 September lalu dan kekal dalam dua tempat teratas selama 10 minggu berturut-turut.

Persaingan sengit dalam carta minggu ini

Minggu ini turut mencatat saingan sengit bagi kemasukan album baharu ke dalam kelompok 10 teratas dengan lima debut keseluruhan mencatatkan jumlah tertinggi dalam carta sejak 26 Julai lalu.

Album Vie oleh Doja Cat debut di tangga keempat, menandakan album keempat penyanyi itu berjaya menembusi senarai Top 10. UY SCUTI oleh Young Thug pula berada di tempat keenam, diikuti Here for It All oleh Mariah Carey di tangga ketujuh yang juga merupakan album ke-19 dalam senarai Top 10 sepanjang karier legendanya.

Dengan pencapaian ini, beliau kini menjadi wanita ketiga selepas Madonna dan Shania Twain yang berjaya memiliki album baharu Top 10 dalam empat dekad berbeza. Melengkapkan senarai debut minggu ini ialah The Art of Loving oleh Olivia Dean di tangga kelapan dan EX oleh kumpulan P1Harmony di tangga kesembilan.

Bekas juara terus bersaing rapat

Carta minggu ini juga turut dikuasai beberapa bekas juara. I’m the Problem oleh Morgan Wallen naik satu anak tangga secara tidak langsung menjadikan beliau ditangga kedua, manakala juara minggu lalu, AM I THE DRAMA? oleh Cardi B, turun tiga anak tangga. Man’s Best Friend oleh Sabrina Carpenter pula jatuh ke tempat kelima, dan DeBÍ TiRAR MáS FOToS oleh Bad Bunny kekal di tangga kesepuluh.

Fenomena global yang sukar digugat walaupun saingan sengit, K-Pop Demon Hunters kekal kukuh di puncak. Dengan gabungan irama K-Pop, elemen sinematik dan sentuhan global Netflix. Soundtrack ini bukan sekadar muzik tetapi kini telah berjaya menjadi fenomena budaya pop sehingga mampu menembusi sempadan dunia.

Apa kata kalian, setuju tak kalau K-Pop Demon Hunters layak digelar soundtrack K-pop paling berpengaruh tahun ini?

Share2Tweet1Pin

Related Posts

Libur

ZEROBASEONE Sambung Aktiviti Kumpulan Selama Dua Bulan Lagi

December 1, 2025
Luar Negara

“New Fear Unlocked” – Wanita Terpaksa Ke Hospital, Terlalu Percaya Dengan Straw Kaca

November 27, 2025
INSENTIF GOMEN

Isu Kebuluran Yang Semakin Merosot Di Luar Negara

November 13, 2025
Libur

Vietjet Diiktiraf Sebagai Jenama Penerbangan Paling Bernilai ASEAN 2025 & Nombor Satu Vietnam

November 11, 2025
Luar Negara

Adakah Tindakan Laos Terhadap Ekopelancongannya Berjaya?

November 12, 2025
Inovasi

Hab Inovasi Garuda Spark: Inovasi Digital Di Medan

November 10, 2025
Next Post

“Cilik-Cilik Dah Celik”, Usaha Tabung Haji Didik Keluarga Muda Menabung Untuk Masa Depan

TRENDING

Risiko Banjir Meningkat: Negeri Utara & Pantai Timur Terjejas Teruk

November 25, 2025

(EKSKLUSIF) Dah Mula Kerja Terus Kena ‘Sponsor’ Keluarga?

December 1, 2025

Siri Dramatik Safira (Bukan Nama Sebenar) Dirasmi Akan Datang

November 10, 2025

Bantuan Wang Ihsan RM1,000 Disalurkan Kepada Semua Mangsa Banjir Berdaftar

November 26, 2025

Wanita Hat Yai Terpaksa Simpan Jenazah Ibu Dalam Peti Sejuk Terapung Ketika Banjir Besar

November 27, 2025

Serbuan Songsang Chow Kit: Guru Antara 201 Ditahan, i-Guru Desak KPM Bertindak Tegas

December 1, 2025
  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

© 2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Automotif
  • Contact
  • Demo Homepage
  • Example of Shortcodes
  • Full Screen Home
  • Full Screen Slider Home
  • Home
  • Home 1
  • Home 1
  • Home 2
  • Home 2
  • Infinite Scroll Home
  • No Sidebar Home
  • Sample Page
  • Simple Four
  • Simple One
  • Simple Three
  • Simple Two

© 2025 JNews - Premium WordPress news & magazine theme by Jegtheme.