Hangat.com
TRENDING
No Result
View All Result
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
SUBSCRIBE
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
No Result
View All Result
Hangat.com
No Result
View All Result
Home Trivia

“Indigo Children: Mitos Spiritual atau Isu Psikologi Sebenar?”

by Iffah Najwa
October 15, 2025
in Trivia
6
SHARES
Share on FacebookShare on Twitter

Konsep Indigo Children mungkin kedengaran seperti idea mistik, namun ia sebenarnya telah lama dibincangkan dalam komuniti New Age.

Fenomena ini mula diperkenalkan sekitar tahun 1970-an oleh seorang psikik bernama Nancy Ann Tappe, yang mendakwa melihat kanak-kanak dengan “aura berwarna indigo.” Warna tersebut dikatakan melambangkan ketenangan, kebijaksanaan dan tenaga spiritual yang tinggi.

Siapa Sebenarnya Indigo Children?

Mereka yang digelar indigo children dipercayai lahir dengan ciri luar biasa seperti tahap kecerdasan yang tinggi, empati yang mendalam, daya kreativiti yang kuat serta sifat ingin menegakkan keadilan.

Golongan ini sering digambarkan sebagai bebas berfikir, tidak mudah tunduk kepada authority, dan memiliki misi untuk membawa perubahan positif kepada dunia.

Kredit foto: jcomp / Freepik

Sesetengah pengikut konsep ini turut mempercayai bahawa mereka memiliki keupayaan metafizik seperti telepati dan sensitiviti terhadap tenaga spiritual. Dalam kepercayaan tersebut, generasi indigo dianggap sebagai langkah seterusnya dalam evolusi kesedaran manusia.

Antara Kepercayaan dan Realiti Saintifik

Walau bagaimanapun, ramai pakar psikologi berpendapat bahawa label indigo mungkin digunakan sebagai cara alternatif untuk menjelaskan simptom gangguan seperti ADHD atau autisme yang tidak didiagnosis.

Ada kemungkinan ibu bapa lebih cenderung menerima anak mereka sebagai “spiritual dan istimewa” berbanding mencari bantuan perubatan yang sewajarnya.

Pakar kesihatan mental juga memberi amaran bahawa sikap sedemikian boleh membawa kesan jangka panjang. Tanpa diagnosis dan rawatan yang betul, kanak-kanak berisiko menghadapi cabaran dari segi emosi, sosial dan pembelajaran

Sama ada konsep Indigo Children benar atau sekadar kepercayaan moden, apa yang penting adalah setiap anak memiliki keunikan tersendiri.

Daripada mempercayai warna aura, lebih penting untuk ibu bapa memahami dan menyokong keperluan anak mereka agar dapat berkembang dengan seimbang, baik dari segi emosi mahupun mental.

Sumber: HowStuffWorks

Share2Tweet2Pin1

Related Posts

PEEK DAILY

Kenapa Kelantan Selalu Banjir Hujung Tahun? Ini Puncanya!

December 2, 2025
PEEK DAILY

Baca Al-Quran Guna Telefon Tanpa Wuduk, Boleh Ke? Ini Penjelasan Sebenar

December 2, 2025
PEEK DAILY

(EKSKLUSIF) Dah Mula Kerja Terus Kena ‘Sponsor’ Keluarga?

December 2, 2025
PEEK DAILY

Disalahguna Ejen Coway, Identiti Dipakai Tanpa Kebenaran Hingga Nama Tersangkut CTOS

December 1, 2025
PEEK DAILY

‘Lesen Nafsu’ Dijadikan Tuntutan? Tekan Hak Batin 3 – 4 Kali Seminggu

December 1, 2025
PEEK DAILY

Tragedi Hong Kong: Menara Kediaman ‘Disambar Api’. Puluhan Terkorban, Ratusan Masih Hilang!

November 27, 2025
Next Post

Chris Feo Sertai Unity Sebagai SVP Programmatic Baharu!

TRENDING

Lebih 53,000 Pasangan Islam Bercerai Dalam Tempoh Sembilan Bulan, JKSM Bongkar Lima Punca Utama

November 10, 2025

Disalahguna Ejen Coway, Identiti Dipakai Tanpa Kebenaran Hingga Nama Tersangkut CTOS

December 1, 2025

Nampak Sama, Tapi Tak Serupa! Ini Perbezaan Antara LRT dan MRT

October 29, 2025

Ramai Tak Tahu! Ini Kisah Sebenar Di Sebalik Wau Bulan Yang Jadi Ikon Malaysia

October 28, 2025

RVM Pintar 5 Dalam 1, Inovasi Hijau Selangor Galak Masyarakat Kitar Semula

October 8, 2025

Baca Al-Quran Guna Telefon Tanpa Wuduk, Boleh Ke? Ini Penjelasan Sebenar

December 2, 2025
  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

© 2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Automotif
  • Contact
  • Demo Homepage
  • Example of Shortcodes
  • Full Screen Home
  • Full Screen Slider Home
  • Home
  • Home 1
  • Home 1
  • Home 2
  • Home 2
  • Infinite Scroll Home
  • No Sidebar Home
  • Sample Page
  • Simple Four
  • Simple One
  • Simple Three
  • Simple Two

© 2026 JNews - Premium WordPress news & magazine theme by Jegtheme.