Hangat.com
TRENDING
No Result
View All Result
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
SUBSCRIBE
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
No Result
View All Result
Hangat.com
No Result
View All Result
Home Berita

Hujan Lebat ‘Kunci’ Shah Alam, Beberapa Jalan Ditutup, Paras Air Sungai Klang Lepasi Tahap Bahaya

by Ayu Ieranatasya
November 24, 2025
in Berita
7
SHARES
Share on FacebookShare on Twitter

Hujan lebat berterusan sejak semalam menyebabkan beberapa laluan utama di sekitar Shah Alam ditutup sepenuhnya selepas paras air meningkat secara mendadak hingga tidak selamat untuk dilalui.

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), penutupan itu dilakukan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) selepas air mula melimpah ke jalan raya. Antara jalan yang ditutup sepenuhnya termasuk:

  • Jalan Seksyen 19
  • Seksyen 24 menghala ke Seksyen 23
  • Persiaran Jubli Perak
  • Persiaran Perusahaan

MBSA dalam kenyataannya di Instagram mengingatkan orang ramai agar berhati-hati dan memilih laluan alternatif sehingga keadaan kembali pulih.

myMBSA Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)

Selain jalan raya, beberapa kawasan kediaman sekitar Shah Alam turut terjejas. Antara lokasi yang dilaporkan dinaiki air termasuk:

  • Taman Desa Kemuning, Seksyen 35
  • Kampung Budiman, Seksyen U14
  • Kampung Kubu Gajah, Seksyen U17
  • Taman Sri Lembayung, Seksyen 25
  • Jalan Opera, Seksyen U2
  • Giant, Seksyen 13
  • Jalan Mat Raji, Seksyen 16 Padang Jawa
  • Jalan Mantap 25/126 & Jalan Sentosa 25/129
  • Persiaran Budiman, Seksyen 25
  • Persiaran Perusahaan, Seksyen 23

Manakal Taman Sri Muda, paras air Sungai Klang dilaporkan sudah melepasi paras bahaya, menimbulkan kebimbangan susulan kawasan itu pernah mengalami banjir besar sebelum ini.

Klang Turut Terjejas

Fenomena hujan berpanjangan turut menyebabkan beberapa kawasan di Klang mula dinaiki air termasuk:

  • Kampung Delek
  • Kapar
  • Meru

Penduduk di kawasan rendah dan berhampiran sungai dinasihatkan sentiasa berwaspada dan memantau amaran rasmi dari pihak berkuasa.

Lima PPS Sudah Dibuka, 110 Mangsa Dipindahkan

Setakat ini, lima Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di empat daerah, menempatkan 110 mangsa daripada 30 keluarga. PPS yang dibuka:

  • Dewan Sri Sekinchan (Sabak Bernam)
  • Dewan Sri Bernam (Sabak Bernam)
  • Pusat Perkhidmatan JKKK Kampung Jaya Setia (Bestari Jaya)
  • Sekolah Kebangsaan Sungai Serai (Hulu Langat)
  • Masjid Al Falah Kampung Budiman (Shah Alam) – terbaru

Pihak berkuasa menasihatkan penduduk yang berada di kawasan berisiko banjir supaya bersedia untuk berpindah jika diminta dan menghubungi talian kecemasan sekiranya memerlukan bantuan segera.

Share3Tweet2Pin1

Related Posts

Berita

8,000 Kereta Tenggelam Banjir di Hat Yai

December 2, 2025
Berita

Dividen ASB 2025 Dijangka Kekal Stabil Antara 5.3–6.0 Sen

December 1, 2025
Berita

Serbuan Songsang Chow Kit: Guru Antara 201 Ditahan, i-Guru Desak KPM Bertindak Tegas

December 1, 2025
Berita

Wanita Hat Yai Terpaksa Simpan Jenazah Ibu Dalam Peti Sejuk Terapung Ketika Banjir Besar

November 27, 2025
Berita

‘Saya Bukan Proksi!’ Wanita Nafi Terlibat, Tuduh Albert Tei Buat Fitnah Jahat Libatkan PM & Shamsul Iskandar

November 27, 2025
Berita

Bantuan Wang Ihsan RM1,000 Disalurkan Kepada Semua Mangsa Banjir Berdaftar

November 26, 2025
Next Post

Subsidi Baja dan Racun Padi Bukit Dilancar untuk Pesawah di Sabah & Sarawak

TRENDING

Apakah Perbezaan Antara STR Dan SARA?

October 21, 2025

Siri Dramatik Safira (Bukan Nama Sebenar) Dirasmi Akan Datang

November 10, 2025

Roti Putih vs Roti Gandum: Mana Sebenarnya Lebih Sihat Untuk Sarapan?

October 21, 2025

Apakah Itu ‘Refresh Rate’ 120 Hz Pada Telefon Bimbit Dan Kegunaannya

November 30, 2023

Budaya Songsang: Ancaman Fitrah, Moral & Masa Depan Masyarakat

December 2, 2025

Tabung Haji Buka Peluang Kedua! Rayuan Haji 2026 Kini Boleh Dimohon Mulai 3 November

October 28, 2025
  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

© 2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Automotif
  • Contact
  • Demo Homepage
  • Example of Shortcodes
  • Full Screen Home
  • Full Screen Slider Home
  • Home
  • Home 1
  • Home 1
  • Home 2
  • Home 2
  • Infinite Scroll Home
  • No Sidebar Home
  • Sample Page
  • Simple Four
  • Simple One
  • Simple Three
  • Simple Two

© 2026 JNews - Premium WordPress news & magazine theme by Jegtheme.