Hangat.com
TRENDING
No Result
View All Result
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
SUBSCRIBE
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
No Result
View All Result
Hangat.com
No Result
View All Result
Home PEEK DAILY

Hidup Dalam Bilik 45 Kaki Persegi, Ada 7 Helai Baju, Doktor Ini Pilih Hidup Minimalis Demi Jiwa Tenang

by Ayu Ieranatasya
November 4, 2025
in PEEK DAILY, Trivia
7
SHARES
Share on FacebookShare on Twitter

Walaupun tinggal dalam ruang sekecil 45 kaki persegi dan hanya memiliki tujuh helai pakaian, pasangan doktor ini mengaku hidup mereka kini jauh lebih bahagia, tenang dan bebas tekanan berbanding dulu.

Kisah inspirasi ini datang daripada Dr Amirah Alieya Mohammad, 36, dan suaminya Dr Muhammad Aiman Salahuddin, 38, yang kini memilih untuk mengamalkan gaya hidup ‘frugal minimalist’ hidup sederhana tanpa membazir dan hanya fokus pada perkara penting.

Dulu Kejar Jenama, Sekarang Kejar Ketenteraman Jiwa

Menurut Dr Amirah, minat terhadap gaya hidup minimalis bermula sejak zaman sekolah lagi. Ketika itu, dia berasa perlu membuktikan kejayaan diri melalui pakaian dan barangan mewah.

“Ketika itu, saya kurang yakin dan dari situ cuba untuk buktikan kepada orang ramai yang saya ni seorang yang ‘berjaya.’

“Disebabkan itu, saya mula memakai baju yang mahal dan beg yang mahal.

“Walaupun berbuat begitu, saya tetap berasa tidak gembira dan kesihatan mental saya sangat teruk,” katanya.

Semuanya berubah pada tahun 2017 apabila dia menemui konsep minimalisme, dan sejak itu hidupnya semakin tenang dan teratur.

Tinggal Dalam Bilik Kecil Tapi Hati Besar

Kini, pasangan itu tinggal di sebuah bilik kecil di dalam klinik mereka sendiri. Sebelum ini, mereka menyewa sebuah studio apartment kecil, namun akhirnya memutuskan untuk “mengecilkan lagi ruang hidup.”

“Antara cabaran utama dulu ialah rasa takut ketinggalan trend. Tapi bila saya dah buang semua barang mewah beg berjenama, apartmen besar, saya rasa lebih ringan dan bebas,” jelasnya lagi.

Hanya 7 Helai Baju & 1 Kasut Setiap Jenis

Dalam kehidupan seharian, Dr Amirah benar-benar mengamalkan prinsip minimalis.

“Saya hanya ada tujuh helai baju dan setiap jenis kasut hanya satu pasang. Untuk gajet, saya guna satu tablet saja untuk semua urusan tengok filem, baca buku dan buat kerja,” katanya.

Antara tip yang dikongsikan untuk mereka yang nak mula gaya hidup minimalis ialah mula dengan langkah kecil contohnya buang baju yang tak dipakai, kemudian tudung, kasut dan seterusnya.

Bahagia Tak Semestinya Mewah. Walaupun ruang hidup kecil, kehidupan mereka sangat sederhana tapi penuh ketenangan.

“Klinik kami buka 24 jam, jadi saya akan kerja dulu, kemudian masak di pantri, biasanya nasi goreng atau spageti. Baju pula kami ulang pakai dua kali seminggu dan basuh di dobi,” katanya.

Minimalis Demi Kesihatan Mental & Kewangan

Tujuan utama mereka beralih kepada gaya hidup ini bukan sebab nak berjimat semata-mata, tapi kerana kesihatan mental dan emosi.

“Hidup minimalis buat saya lebih fokus, tenang dan dapat rawat pesakit dengan hati yang gembira. Perniagaan pun makin baik,” katanya.

Selain tenang jiwa, mereka juga mula nampak kesan positif dalam kewangan lebih banyak simpanan, dana kecemasan dan sedikit pelaburan.

“Suami saya pun memang minimalis sejak bujang lagi. Jadi bila kami hidup begini, ia tak kekok. Malah kami saling bantu untuk tambah baik kehidupan dari segi kewangan,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Share3Tweet2Pin1

Related Posts

Games

Sony Perkenal Controller PS5 Edisi Terhad Genshin Impact

December 3, 2025
PEEK DAILY

Kenapa Kelantan Selalu Banjir Hujung Tahun? Ini Puncanya!

December 2, 2025
PEEK DAILY

Budaya Songsang: Ancaman Fitrah, Moral & Masa Depan Masyarakat

December 2, 2025
PEEK DAILY

Baca Al-Quran Guna Telefon Tanpa Wuduk, Boleh Ke? Ini Penjelasan Sebenar

December 2, 2025
Games

GTA 6 Dijangka Meletup Di 2026 — Tetapi Adakah PS6 Lebih Awal Dari Yang Kita Sangka?

December 2, 2025
PEEK DAILY

(EKSKLUSIF) Dah Mula Kerja Terus Kena ‘Sponsor’ Keluarga?

December 2, 2025
Next Post

“The End of History” Dilancarkan Dalam Akses Awal Pada 10 Disember

TRENDING

Siri Dramatik Safira (Bukan Nama Sebenar) Dirasmi Akan Datang

November 10, 2025

Hampir 10 Kenderaan Rosak, Stesen PETRONAS BBN Nilai Ditutup Dakwaan Petrol Bercampur Air

November 19, 2025

Kenapa Kelantan Selalu Banjir Hujung Tahun? Ini Puncanya!

December 2, 2025

Baca Al-Quran Guna Telefon Tanpa Wuduk, Boleh Ke? Ini Penjelasan Sebenar

December 2, 2025

Apakah Itu ‘Refresh Rate’ 120 Hz Pada Telefon Bimbit Dan Kegunaannya

November 30, 2023

Hidup Dalam Bilik 45 Kaki Persegi, Ada 7 Helai Baju, Doktor Ini Pilih Hidup Minimalis Demi Jiwa Tenang

November 4, 2025
  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

© 2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Automotif
  • Contact
  • Demo Homepage
  • Example of Shortcodes
  • Full Screen Home
  • Full Screen Slider Home
  • Home
  • Home 1
  • Home 1
  • Home 2
  • Home 2
  • Infinite Scroll Home
  • No Sidebar Home
  • Sample Page
  • Simple Four
  • Simple One
  • Simple Three
  • Simple Two

© 2025 JNews - Premium WordPress news & magazine theme by Jegtheme.